5

11 4 0
                                    

Hari ini tinggal beberapa hari sahaja lagi majlis perkhawinan ku akan berlangsung. Dewan sudah 70% siap, baju khawin juga sudah ditempah. Kad jemputan juga sudah diedarkan kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat. Lebih kurang dalam 400 orang yang dijemput hadir.

Namun aku masih rilek di tempat kerja dan sekarang ini aku hanya rasa ingin menyiapkan secepat mungkin kerja ku. Penat ya ampun!.

Semenjak dari kami bertemu di rumah ku, aku dan Zil sudah mulai rapat dan sedang dalam proses mengenali hati masing-masing. Pada awalnya sukar untuk aku membuka hati menerima dia, tapi siapa sangka dia berjaya buatkan aku suka pada dia.

Esok Zil membawa aku mencari baju untuk bersanding pula dan pergi mencari cincin. Segala hantaran semua sudah disiapkan. Cuma, doorgift belum dipilih dan ditempah. Itu auntie Shifa uruskan kerana dia mahir dalam bab-bab begini.

Rakan sekerja ku langsung tidak tahu yang aku akan berkhawin dalam beberapa hari lagi. Sengaja aku tidak hebohkan kerana aku tidak suka bising-bising. Cuma Diara yang tahu.

"Aku dengar cerita anak Dato' Mikael dah nak khawin!" Tiba-tiba aku mendengar Hilman membuka mulut

Mujurla sekarang waktu berehat kami. Aku duduk sahaja membatu disitu.

"Iye!? Yang mana weh!!?" sibuk pula si Nisa bertanya. Dia mstar versi manusia, cepat bawa cerita dan cerita tu dia akan tokok tambah ikut cita rasa dia! Menyampah!

"Aku tak tahu pulak, diorang tengah sibuk buat persiapan. Untung nya lahai perempuan tu ya? Keluarga tu bukan calang-calang orang dan sangat private" balas Hilman

"Kau tak rasa pelik ke? Mesti perempuan tu nakkan harta keluarga Dato' Mikael tu kan? Harta tu tak habis 7 keturunan pun, banyak sangat duit diorang." Nisa mula menghasut

Panas dah telinga aku ni. Diara hanya mendengar, Diara pun tak tahu siapa bakal suami aku. Dia hanya angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja mendengar cerita itu. Langsung tak menyampuk.

"Ha ah lah kan? Lain la perempuan tu dari kalangan have-have jugak. Tapi aku rasa perempuan tu orang biasa-biasa ja aku dengar. Tak kaya pun" Tiba-tiba Ernie menyampuk

"see! Nampak sangat!. Eee nyampah aku! Perempuan khawin dengan orang kaya ni, mesti nak harta. Pfft, takda maruah biasalah" makin menjadi-jadi mulut si Nisa

Hati aku sudah menggelegak kepanasan. Perempuan yang diorang katakan tu ialah aku. Aku bakal menantu keluarga kaya tu. Sumpah! Langsung aku takda niat nak harta atau apa!

Meja rehat itu aku hentak kuat. Tersentak mereka disitu. "Korang dah tak ada kerja ke? Asyik nak membawang pasal orang?!! Membawang bukan benda baik pon! Benda jahat jugak korang bukak!!"

"Kau Nisa!!" tepat wajahnya aku tunjuk

"Mulut kau ni mulut puaka! Kau selalu bawa fitnah dekat orang. Kau pandai tokok tambah cerita buruk pasal orang. Kau ingat aku tak tahu, kau yang jaja cerita aku berskandal dengan Tuan Hakimi masatu? Hah!! Kau jugakkan yang bagitahu Diara mengandung anak Pakcik Wahab driver Tuan Hakimi!!!" jerkahku

"Kau tak tahu ke akibat dari semua yang kau cakap tu tempias kat kitaorang!! Kitaorang tak buat benda tu kau pergi cakap kat orang!! Apa! Kau ingat aku selamani pendiam, chill, takda perasaan ke?! Kau buat aku dan Diara hampir dibuang kerja la sial!!. Kau la pembawa sial dalam office ni!! Kau mulut puaka, mulut pukimak!!! Lancau la kau!!" segala carutan aku hambur di wajahnya

Mereka disitu semua terkedu, terkejut mendengar nada suara ku meninggi. Aku rasa Tuan Hakimi juga dengar.

Terdiam Nisa mendengar itu. Dia tak pernah kena macam tu sebab tu dia berani. Aku ingat lagi aku dan Diara kena caci sebab mulut dia ni. Sampaikan pihak atasan panggil aku, bagi notis amaran. Isteri Tuan Hakimi juga ke office dan menyerang ku. Isteri Pakcik Wahab menyerang Diara dan memaksa Diara melakukan pemeriksaan.

AMORIST Where stories live. Discover now