"Sayang dah balik?"
"Dah"
"Driell?"
"Dah tidur dah, abang" aku mengalihkan pandanganku pada ayah "ayah hmmmm"
"Ya?" "Jom dinner?" Ayah aku tergelak. "Iraa Iraa.. Tak reti duduk diam betul ye? Baru sahaja balik dari rumah Aden kan? Ni tiba tiba je nak ajak pergi dinner? Marah Carlo karang!"
"Ehhe alaahh bukan selalu"
"Eh ayah, tengok ni" kotak perbualan aku bersama dengan Carlo ditunjuk kearah ayah."
"Sayang! Dah balik ke belum!"
"Buat apa dengan jantan tu lama lama? Balik!"
"Sayang, sayang tak curang kan?"
"Ingat ye sayang.. Apa apa yang sayang buat, walaupun dibelakang abang, abang akan tetap tahu. You can't run."
"Sekarang, abang mahu sayang pulang kerumah ayah! Cepat sebelum abang sendiri guna kekerasan pada Aden itu supaya sayang dah tak berjumpa langsung dengan nya!"
"I swear. Go. Back. Home. Now!"
"ya abang, nak balik lah ni"
"Tu je sayang reply? Call tidak berangkat, chat tidak dibalas kalau iya pun dibalas, dibalas sikit sahaja. Syok sangat ke dengan jantan tu? Sayang, sedar. Im better than him."
"Hehe sorry.. Sayang cuma.. Rasa tidak selesa lah pada perut sayang, tu yang bersembang lebih tu"
"Oh? Really? Im gonna get my second child!"
"Bacalah ayat akhir dia tu.. Risau Iraa!"
Ayah aku gelak, dia gelakkan aja? Apa ni?! "Ayah rasa, apa yang Carlo maksudkan itu, mungkin Iraa mengandung? Iraa tak rasa apa apa yang mungkin lain macam kah?" Aku angguk "ada je rasa tapi.. Tak akan lah Iraa mengandung pula..""Mana tahu? Cuba lah pergi periksa ke, kalau ayah dapat cucu kedua pun best jugaa!" Aku menjeling "ayah!! Ayah ni! Ayah lupa ke pasal anak ayah lagi 2 tu? Ish! Dah kahwin! Dah ada anak pun!" Ayah gelak.
"Alahh.. Yee ayah tahu.. Alah hm dah berapa cucu eh ayah ada hm.. Along kamu ada 4 anak, angah kamu ada 3 anak, Iraa ada 1, jadi, ayah ada 8 cucu lah kan? Hehe" aku tersenyum "banyak cucu ayah yee"
"Tapi, along dengan Angah ada ke mesej ayah?" Wajah ayah ketat "tak ada... Lupa ayah kot." Aku lantas memeluk ayah "ayah.. Janganlah berkata begitu.. Okey?"
Kontak along aku ditekan. 'Along sesad' sudah berbelas tahun juga tidak bersuara diantara kami beradik sejak mereka berdua berkahwin.
"Assalamualaikum, Along."
"Ni Iraa. Maaf menganggu tapi.. Along ingat kan, esok hari jadi ayah? Adik rasa ayah kecil hati dengan Along dan Angah, apa kata along dan angah pulang kekampung semula? Alah tidak lama pun, asal sudah menyambut hari lahir ayah, sudah lah.. Adik minta tolong sangat sangat, adik merayu, datanglah, okay?"
Dia pun sedang typing nampaknya.
"Waalaikumsalam. Tengoklah kalau along tak busy along pergi, adik pergi lah tanya angah tu sekali, malas along mahu mengacau dia"
Kontak angahku lantas ditekan 'angah bangau'. Angah ini boleh dikatakan aku rapatlah juga, ada juga berkomunikasi walaupun hanya sekadar diatas talian mungkin didalam 2 bulan sekali, tetapi tidaklah seteruk Along aku itu.
"Angahh! Jom balik kampung esok? Birthday ayah lah! Takkan nak biar ayah sedih saja? Adik tengok ayah tu macam kecil hati lah dengan Angah dan along. Janji tau angah datang esok? Kalau takk, adik merajuk"
Hah chat aku di seen kan sahaja?! Melampau! Ini sengaja ke apa?!
Eh tetapi..
"Yer esok angah memang nak datang. Kawan adik bagitahu adik dekat rumah ayah, angah dah rancang dah dari tadi nak datang rumah ayah esok. Eh si Carlo laki adik tu tak ada eh?"
"Tak, dia dekat rumah lah"
"Membujang nampak"
"Kurang asam" terus aku palaukan sahaja apa apa yang dihantar oleh angah!
"Ayah, tidurlah, ayah nampak sedih je.." Aku melabuhkan punggungku disebelah ayahku. "Ayah sedih, mak dah tinggalkan ayah, along langsung tidak hubungi ayah, lama pula tu.. Angah ada lah sikit sikit komunikasi dengan ayah didalam telefon tapi.. Ayah rindu kita sekeluarga."
Hati berasa sebak. "Ayah.. Mungkin dihari raya nanti mereka akan pulang kesini? Ayah jangan risau, Iraa akan paksa along dan angah! Heheh" adalah sikit riak muka ayah gembira.
Itu pun sudah cukup lah..
"Tak apa lah, jikalau mereka tidak mahu, bagaimana mahu dibuat? Mahu paksa pun tidak elok.. Biarkan sahaja lah.. Sudah, ayah mahu tidur, selamat malam" dahiku dikucup oleh ayah "goodnight, ayah hehe"
"Mummy, mummy buat apa tuu??" Soal Driell apabila dia melihat bahawa aku dan Amir sedang membalut sebuah hadiah. "Hadiah untuk atuk.. Esok atuk punya birthday, tahu? Driell nak bagi apa dekat atuk?"
"Gula gula!!!" Jeritnya. "Shhh, atuk dengar nanti tak suprise tauu, nah gula gula, Driell bungkus, esok bagi atuk ye?" Sebungkus gula gula diletakkan dihadapan Driell, lantas dia sumbat sahaja kedalam plastik terukir ayat 'selamat hari jadi' diluarnya.
"Cik Iraa, yang tu tampal kuat sikit, takut bungkusannya terbuka." Aku mengangguk.
"Tch.. Seronok engkau ye? Dapat dekat dengan bini aku?" Tangannya digenggam, dimatanya terbakar perasaan cemburu. Mahu sahaja dia pecahkan wajah si Amir itu dengan secepat mungkin.
"Kau tunggu.. Kau tunggu.." Wajahnya merah biram, penuh kemarahan.
"Sabarlah, bukannya dia try bini engkau pun, dia tolong Iraa balut hadiah je, relax relax sudah.." Inilah yang mengurangkan kepanasan hatinya setiap kali dia mahu mengamuk. "Menyebuk lah engkau ni."
"Kau tak faham. Kau single. Single pergi duduk tepi bucu je lah senang. Aku ni dah berkahwin, berbini, ada anak. Situasi lain dari engkau yang bujang entah entah sampai ke tua itu." Setepek. Tergelak si Aeril.
"Tak respect lah engkau dengan orang single!"
"Eh kau ni, macam ni lah, kalau Amir ada buat apa apa dekat bini kau, pecat aje dia. Tapi engkau fikir dia berani ke nak kacau bini kau tu?"
Carlo geleng "tak pun. Risau dia terjatuh hati pada bini aku je"
Jam menunjukkan tepat jam 12..hari jadi ayah!!! Pintu bilik ayah diketuk "ayah.. Assalamualaikum.." Aku disamping ayahku, mengucup perlahan pipinya "selamat hari jadi, ayah!" Ayah dengan muka baru bangun tidurnya! Ish ish ish.. "Iraa..? Alahai.. Terima kasih sayang.." Kami berpelukkan.. "Atukkkk!!"
"Driell ada hadiah untuk atukk! Candyy!" Aku gelak "ish kantoi lah Driell, jangan bagitahuu" plastik itu diberi pada ayah oleh Driell. Ayah membuka, ya benar, gula gula, tergelak dia.
"Terima kasih ya cucu atukk niii" ayah mencubit pipi Driell. "Mummy pun ada ha-" kata kata nya dengan lantas dipotong olehku "aishh!! Tak ada apa apa! Nyanyi laguu! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to ayah, happy birthday to you..!!" Aku tergelak.
"Esok.. Ada suprise hehee"
"Apa itu?" Soal ayah.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
RomanceWhat's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 IN EDITING SEBAB PEMBAHASAAN TERUK.