Selesai berperangan di mahkamah tentang hal hal hukum hakam rumah tangga.. Dan dengan itu.. Aku dan Zyad sah telah becerai. Dengan lafas talak 3 olehnya.
Tetapi.. Juga aku perasan.. Selama ini.. Hubungan aku bersama Zyad itu hubungan yang haram.. Kerana? Ini kali kedua aku bercerai dengannya, tetapi pada kali pertama kami bercerai.. Hukum yang sebenarnya untuk berkahwin semula setelah bertalak 3 itu, perempuan wajib mengahwini lelaki lain.
Apabila mereka sudah bercerai, bolehlah mereka berkahwin semula.. Tetapi aku tidak.. Lantas terus sahaja berkahwin dengan Zyad semula.. Apa hubungan aku selama ini hubungan yang haram..?
Aku juga telah dihantar pulang ke Malaysia, tetapi.. Walaupun sudah bercerai, tiada apa lagi hubungan aku bersama Zyad.. Dia masih menyewakan sebuah rumah yang agak luas untukku.
Kerja aku? Tinggal disitu, bill? Zyad lah yang menanggungnya. Sebaik itu kah Zyad? Walaupun sudah berpisah tetapi masih juga dia menyara hidupku. Bukan aku sahaja.. Zrie, putera kecilku juga dihantar untuk menjaga aku. Rumah sewa yang dipilih oleh Zyad itu tidak jauh dari rumah ayah.
Ayah pun sudah tahu hal ini.. Tetapi.. Dari awal ayah sudah tahu bahawa bagaimana perangai aku sehabis sahaja spm dahulu.
Berhari hari ayah memujukku. Aden juga kerap menziarahi rumahku.
"Iraa.. Kau janganlah sedih sangat.. Dia masih menyara hidup engkau kan? Jadi.. Maksudnya, dia masih kisahkan engkau. Jangan macam ini ya?"
"Jikalau aku ini perempuan, sudah aku dakap engkau, bujuk engkau. Kasihan aku melihat engkau." Nafasnya dihela perlahan.
"Salah aku, Aden.. Zyad tak salah apa apa.." Menangis.
"Shhh shh.. Aku belanja engkau mushroom soup, nak?" Macam tahu tahu aja tekak aku sedang mengidam soup panas. "Erm boleh.."
"Eh Iraa, kau mengandung ye?" Kali kedua soalan ini ditujukan kepadaku.. Jadi.. Ya memang sah lah aku ini mengandung. Perut aku juga sudaj membesar.. Manalah orang sekeliling tidak perasan, kan?
"Erm.. Ye kot... Tidak buat apa apa test lagi.. Tiada masa lah aku.. Serabut otak mahu memikirkan semua masalah tidak guna itu."
Dia merenung pada perutku "sah lah ini.. Engkau mengandung, Iraa.. Tengok gaya pun sudah tahu.. Ini bukan besar gemuk tetapi besar mengandung.. Placement nya kebawah."
"Aku tolong engkau sepanjang pregnancy engkau ya? Bukan senang aku mahu tolong janda janda single mom ni yeee" tergelak Aden.
Kata katanya benar. Hampir hari hari dia melawatku. "Iraa, nak pergi healing?" Soalnya. "Hah? Pantai kah?" Dia angguk "bawa Zrie sekali" laju sahaja telinga Zrie apabila dia mendengar ayat 'pantai' itu. "Hah?? Mummy!!! Nak pergi pantaii!"
"Ehh, alamakk dia dah dengar hehe" usik ku. Lantas kami bersiap, alah tidak jauh mana lah pantai itu! Bernasib baik sahaja kami ini tinggal dikawasan yang berdekatan dengan pantai.
Sesampai sahaja disana.. Mestilah bercamping, bukan? Tikar, makanan semua sudah terbentang. Bersusah payah juga kami membina khemah itu, walau kecil tetapi mampu untuk menampung kami bertiga jikalau cuaca tidak mengizinkan.
Aku apa lagi? Healing lah disisir pantai! Ya tidak tipu lah jikalau suasana dipantai ini tidak mengimbau kembali kenangan aku bersama Zyad. Sebak rasanya hati tetapi apalah daya aku untuk membujuknya pulang kembali kepadaku?
"Sedih sahaja Iraa ini.. Bosan kah? Ataupun.. Ah entahlah." Bisik Aden pada dirinya sendiri lalu lantas melabuhkan punggungnya disebelahku.
"Iraa.. Engkau.. Okay tak? Monyok sahaja muka, jangan lah macam ini.. Aku dah bawak kau kesini kan? Sekarang, aku nak kau guna masa ni, untuk lupakan Zyad, move on, happy. Focus kau sekarang hanyalah pada Zrie okay? Kalau engkau ada masalah apa apa pun, aku ada. Datang padaku."
Air mataku mengalir "aku cuma.. Rindu akan hubungan aku dengan Zyad... Tapi.. Dia mesti kecewa padaku. Tindakkannya benar, ceraikan aku. Kerana.. Aku bukan lah seorang wanita suci.. Namun telah dirosakkan."
"Aku pun bodoh.. Aku jahil amat pada waktu itu.." Aku menangis. Aden tersenyum nipis "tapi itu semua hanyalah sekadar masa lalu yang pahit.. Apa yang penting.. Engkau sudahpun bertaubat dan kembali kejalan Allah. Itu sudah cukup. Jikalau dia tidak mampu menerima diri engkau yang sebenar.. Erm.. Beri sahaja dia masa.. Mungkin hal itu berat kepadanya, mungkin dia tidak pernah melalui masa sebegitu?"
Lantas aku mengangguk.
"Erm.. Iraa.. Bila engkau mahu move on darinya..?" Soalan nya itu mendakap perasaan ingin tahu aku. "Kenapa? Didalam fasa move on.. Jangan lah engkau risau ya?"
"Mummyy! Zrie jumpa crabss!" Jeritnya dengan gembira. Lantas aku bangun. "Mana?"
Hah! Kesian ketamnya! Digenggam kuat oleh Zrie tanpa rasa takut walau sedikit pun "zrie! Turunkan dia! Bahaya nanti kena cubit!" Mula lah itu, mulutnya mencebik "alaa mummy, comel, Zrie nak bela dia!"
Aku mengela nafas "aip, mummy panggil uncle Aden karang! Siap nanti Zrie kena mara-" baru sahaja aku mahu menghabiskan kats kataku.. "Bela lah" boleh pula Aden main potong sahaja kata kataku?? Diberi pula kebenaran kepada Zrie untuk membela crab itu?
"Kau gila kah Aden?! Bahaya lah!"
"Masukkan didalam bekas, letak sedikit air dan pasir, rumput sekali lah.. Okay lah selepas itu, boleh punya dia hidup. Asakan ada air, pasir dan sedikir rerumpai laut."
Aku menghela nafas, sengaja aje Aden melayan karenah anak aku ini, patutlah Zrie manja semacam dengan Aden!
Langit dengan perlahan berubah gelap.. "Ah.. Mahu hujan.. Zrie, jom masuk kedalam khemah? Tinggalkan babycrab itu dahulu ya?" Dia mencebik "nanti dia lari!"
Aku tergelak, terpaksa lah aku menipunya "mana adaa, cakap dekat dia jangan gerak, nanti dia ikutlah."
Boleh pula dia percaya akan kata kataku, crab itu diletakkan dipasir semula, dia mencangkung lalu "crab, awak duduk disini diam diam okay? Mummy tak bagi Zrie bawak awak masuk kedalam khemah, nanti Zrie beri babrcrab makan okay?"
"Zrie, lekas" aku menyerunya.
"Okayy!!" Dia mula berlari kearahku, zip khemah itu juga telah ditutup erat.
Tubuh Zrie aku peluk. "Anak mummy ni comell!" Banyak kali aku mencubitnya "eee mummy sakitlah!! Zrie dah besarr! Hmph! Zrie bukan baby lagi nak mummy cubit!" Tergela aku.
Apabila ditenung wajah Zrie.. Ya ada irasnya dengan Zyad.. Semakin erat aku peluk. "Zrie.. Jangan tinggalkan mummy, okay? Janji?" Dia mengangguk "zrie taknak tinggalkan mummy! Zrie mahu jaga mummy! Sebab Zrie sayang mummy! Hehehhe"
Aden tersenyum melihat karenah kami berdua. Sehinggakan.. Aku dan Zrie lena dibuai mimpi. Tubuh kecil Zrie aku dakap.
Aden, matanya merenung tepat pada wajahku. "Tergamaknya Zyad meninggalkan wanita secantik Iraa ini..?"
"Apa aku ada peluang bersama dengan Iraa..?" Terkeluar sesuatu dari poketnya.. Apa itu? Apabila dikeluarkan.. Sebuah kotak kecil.. Berwarna merah dipegang oleh Aden.
Apabila dibuka dengan perlahan.. Cincin..?
"Layak kah aku bersama dengan engkau wahai bidadari? meski sudah dimiliki orang.. Tetapi sekarang, engkau available.."
Cincin itu dengan perlahan dia simpan didalam sebuah bekas yang tampaknya buruk.. Apa rancangannya yang sebenar..?
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
RomanceWhat's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 IN EDITING SEBAB PEMBAHASAAN TERUK.