"Ah! Cik Elryna Sapphira!" Salah seorang dari mereka telah jejak lokasi aku. Tetapi.. Mereka lihat, bahawa aku sedang berjalan sambil memimpin tangan seorang jejaka. "Eh? Siapa lelaki itu.."
Lantas mereka membuka telefon bimbit milik mereka, mengambil gambar kami berdua didalam diam, lalu terus dihantar kepada Aafazyad.
TING
Lantas dia membuka telefon bimbitnya terus apabila dia dengar notifikasi mengacau ditelinganya. Jarinya lantas mengeser skrin telefonnya. Sebuah gambar telah dihantar kepadanya.. Dan apabila dia menekan mesej itu.. Hah! Apa ini?!
Elryna berpegangan tangan dengan jejaka lain?! Bukan kah dia jenisnya yang berpegang teguh kepada agama?! Apa yang sebenarnya sudah terjadi?! Sejak dia dihalau, begini kah perangai dia? Ataupun.. Memang perangainya begitu?
Lantas jarinya menaip, terasa bahawa perasaan amarah didalam dirinya membara bara, saat demi saat semakin terisi dengan kemarahan. Mahu sahaja dia hubungi Elryna. Tetapi dia tahu, tidak boleh..
"Dekat mana engkau jumpa dia? Bukan edit kan?"
"Tak akan lah saya mahu edit gambar ini? Saya sendiri pun tidak reti lah mahu edit edit. Ah dekat, bahagian susur masuk KLCC, rasanya mereka mahu masuk berjalan kot.. Kami pun berpusing pusing dibahagian sini, mencari rumah ayahnya.. Tiba tiba sahaja terjumpa"
"Kau tengok dia betul betul. Cari informasi tentan-"
Baru sahaja Zyad mahu menyambung ayatnya itu.. Dia sedar.. Aden!
"Bodoh! Dia keluar bersama Aden?!" Dia lantas terus menjerit seorang diri. Pintu dibuka, Aeril "aik, engkau kenapa? Tiba tiba sahaja maki maki bertaburan."
Tangan Zyad dihempaskan pada dinding biliknya. "Elryna. Dia keluar berpegangan tangan dengan jantan tidak guna itu! Jikalau keluar sahaja tidak kisahlah, ini berpegangan tangan?! Kemana otak dia pergi?!" Kata kata Zyad menarik minat Aeril "elryna? Keluar dengan Aden? Sambil berpegangan tangan? Berdua duaan?"
Dia sendiri pun tidak percaya apa yang dikatakan oleh Aafazyad. "Tidak mungkinlah.." Lantas gambar itu ditunjuk pada Aeril. Foto berisikan Elryna dan Aden, jalan berdua duaan, sambil berpegangan tangan.
Wah! Jadi memang betul lah! Tetapi.. Bukan kah dia sendiri tahu, berpegangan sesama yang lain jantinanya itu haram?
"Tapi.. Bukan kah dia tahu hal itu haram?"
"Itulah. Tiba-tiba otak terjatuh ke lutut kah? Ataupun.. Memang dari awal lagi mereka berdua telah berpega-" "aih Aafazyad, sudah.. Janganlah engkau fitnahnya secara berlebihan.. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi diantara mereka." Kata kata Aafazyad dipotong.
Dia menghela nafas. "Apa lagi? Di gambar itu, sah mereka berpegangan tangan! Engkau tidak fikir kah hati aku sakit?! Melihat bekas isteri aku sendiri, Berpegangan tangan, berdua duaan dengan jejaka lain diluar sana?"
Aeril tergelak. "aku faham. Aku tahu betapa sakitnya rasa itu"
"Kau tau? Kau pernah kahwin ke? Tak silap aku, engkau tu single forever. Sampai ke tua single aje." Kata kata Aafazyad itu, terasa Aeril! "Ish.. Biarlah, pilihan aku nak single ke tak"
"Sayang.. Jom kita pergi date?" Soal Aden kepada aku. "Hehe jom! Tidak sabar mahu dating dengan suami sayang nii" jawab aku dengan gembira.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
RomanceWhat's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 IN EDITING SEBAB PEMBAHASAAN TERUK.