~ Kini ~
Kedua-duanya diam selepas mengetahui cerita masing-masing. Sofia mengerling ke arah Emir.
"We're done here, right?"
Emir mengeleng. "Rujuk semula dengan saya, please. Saya nak hidup dengan awak dan anak-anak,"
Sofia gelak sambil menepuk tangannya. Tawanya terhenti apabila terpandang wajah serius Emir.
"Saya tak buat lawak Sofi," suara Emir mendatar.
"You know we don't have future together, Emir. Kisah kita dah lama tamat," Sofia berubah serius.
"You don't know that. Kalau ya pun, so what? I want us to be happy in the present even if that's all we have," pandangan mata Emir redup memandang Sofia.
"Awak nak saya fight untuk kita. I'm doing it now," sambungnya lagi.
Sofia mengeleng. "Saya tak nak terluka lagi. Biarlah saya hidup dengan anak-anak saya. Awak teruskan aje dengan tunang awak,"
Emir memicit dahinya. Rasa geram menapak dalam dada. "Awak ni tak dengarkah atau buat-buat tak dengar? Saya dah kata pertunangan saya tu sebab terpaksa. Faham tak?" Emir mendengus kasar.
"Terpaksa. Faham maksud terpaksa?" Emir menujah dinding pipinya.
"Tak kisahlah terpaksa atau tak, awak dah bertunang," ujar Sofia.
"And I deserve to be happy too,"gumamnya.
"Apa dia?"Emir menyoal. Mukanya ketat menahan marah.
"Tak ada apa. Hantar saya balik, saya kena siapkan pakaian sekolah anak. Please," Sofia menjawab tanpa memandang Emir.
Emir terus membuat pusingan U dan menekan minyak menuju ke rumah Sofia. Setibanya mereka di rumah Sofia, dia membiarkan wanita itu keluar dari perut keretanya tanpa berkata apa-apa. Sofia mengerling ke arah Emir seraya menghela nafas dalam.
"Terima kasih. Nanti saya contact awak untuk temukan awak dengan anak-anak."
Emir tidak menjawab. Sofie ketap bibir sambil menutup pintu keretanya. Belum sampai ke pintu rumah, Emir memanggil namanya.
"Yes! You deserve to be happy. But, not with anyone else but me! Me Sofi, Me! "Emir memukul dadanya.
"Baliklah Emir..."Sofia merenung wajah Emir.
Emir mengangguk. Keretanya hilang dari pandangan Sofia barulah dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia memukul bahunya yang lenguh.
"Yes! You deserve to be happy. But, not with anyone else but me! Me Sofi, Me!" Mia meniru gaya Emir.
"Adoilah... Apa nasib badan? Terlepas dari mulut buaya, masuk pulalah ke mulut harimau," rungut Sofia.
Dia merebahkan badannya di atas sofa. Matanya dipejam. Satu pukulan hinggap di pahanya menyebabkan matanya terbuka luas. Pandangan mata kedua orang sahabatnya itu dapat dibaca jelas.
"Apa yang kau orang berdua fikir. Betulllah tu,"jawab Sofia malas.
"Betul apa?"Mia menarik tangan Sofia.
"Aku penatlah wei," Sofia berbaring semula. "
"Tunggu Hani baliklah ya. Nanti nak kena cerita ulang-ulang aku penat. Topik ni memenatkan tahu tak,"
"Worry not!"Mia keluarkan telefonnya bersedia menekan butang rakam. Kening Sofia bertaut. Otaknya ligat berpusing. Adakah perlu dia maklumkan pada anak-anaknya sekali? Dia memejamkan matanya mengharapkan semua yang terjadi ini hanyalah mimpi buruknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/338740922-288-k587857.jpg)
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...