Bab 3

17 4 0
                                    

        Luka di tangan dan kaki Clyresa masih lebam merah,Rusinah tidak tahu kemarahan dalam diri Clyresa membuak-buak.Kepalanya sangat sakit tertekan teringat perlakuan mama kepadanya.Rasa benci dan kecewa bercampur didalam diri Clyresa kecill.
      
       Pada waktu pulang sekolah Rusinah datang menjemput Clyresa,
"Besok,dia tidak perlu datang sekolah sebab dia sakit,tadi pun dia muntah didapur..Bawa dia pergi klinik la,"kata Cikgu tadika memberikan cadangan kepada Rusinah."Oh,okay...nanti saya bawa dia pergi klinik,"sahut Rusinah sambil memegang kepala Clyresa.Clyresa masih dalam kemarahan tapi dia memendam semua itu sebab dia tahu tidak ada gunanya memberontak sebab Rusinah tidak memiliki perasaan untuk memahaminya....
        
        Tiba masanya hari sabtu,waktu cuti sekolah Clyresa, kakak dan abangnya cuti sekolah.Pada waktu tengah hari ketika Clyresa sedang bermain patung-patung tiba-tiba Clyresa dikejutkan dengan suara Rusinah yang seperti sangat marah disertai dengan suara suatu barang dibanting.Clyresa kecil berlari untuk melihat siapa yang mama sedang  marah,Rusinah sedang memegang rotan sambil membebel tidak puas hati menaiki tangga.Tangan Clyresa bergegar dan jantungnya juga berdetak sangat laju..Rusinah sampai ke tingkat atas dia tidak memiliki perasaan marah kepada Clyresa,Rusinah hanya berlalu pergi di depan Clyresa.'oh,bukan saya yang mama marah,'hati Clyresa menjadi lega.
        Dengan langkah yang agak cepat Clyresa turun menuruni tangga menuju keluar  untuk mencari siapa di antara saudara-saudari nya yang di ajar Rusinah kali ini.Perlahan-lahan Clyresa mengeluarkan kepala ke luar pintu rumah,dia melihat Alexa kakaknya sedang mengesat air matanya.Dengan langkah perlahan-lahan Clyresa mendekati Alexa,
       "Alexa,kau kenapa?apa mama buat sama kau?,"soal Clyresa kecil sambil memegang bahu kakaknya itu.Alexa tanpa memandang ke arah Clyresa hanya menggelengkan kepala sambil menyeka air mata menggunakan sapu tangannya.Alexa juga masih dalam keadaan sakit hati,untuk menyembunyikan kesedihan dari Clyresa,Alexa tidak sampai hati memandang wajah adiknya itu.Mata Clyresa memandang kaki Alexa,ada kesan birat panjang warna merah di betis dan paha Alexa.Barulah,Clyresa mengerti bahawa Alexa lah yang dipukul oleh mama tadi.
     
        Clyresa menepuk-nepuk bahu Alexa mahu memujuknya,Clyresa tidak faham apa yang membuatkan mama sangat marah tadi sedangkan dia sama sekali tidak terdengar suara Alexa marah atau melawan...hanya mama yang emosi habis-habisan tadi.Clyresa ingin tahu namun setiap kali dia bertanya kepada Alexa,Alexa cuma menggelengkan kepalanya dan Clyresa tidak lagi bertanya kerana dia takut akan melukai hati Alexa.

       "Itulah,siapa suruh kau sundal sangat!,"teriak Rusinah dari tingkat atas.Clyresa memandang ke atas dan dia melihat Rusinah sedang memandang ke arah mereka melalui tingkap.Clyresa berlari kembali masuk ke dalam rumah setelah melihat Rusinah memperhatikan mereka.Ketika Clyresa hendak melihat ke luar lagi,Alexa sudah tidak ada diluar.'oh,mungkin dia jalan,'kata hati Clyresa meneka.
      
      Semenjak Clyresa dipaksa untuk ke sekolah semasa dia sakit,dia berasa tertekan dan hatinya mulai tidak menyukai sekolah untuk seketika waktu .Dia mulai bermasalah dengan kawan-kawannya yang lain..mulai bergaduh dengan orang lain.Sepertinya dia memiliki isu untuk bercampur dengan anak-anak lain.walaupun begitu,Clyresa berjaya menamatkan persekolahan tadika.Dia graduasi dari tadika dan memasuki tahun satu,Clyresa sangat aktif bermain dan berbuat bising pada ketika ini kerana terikut-ikut dengan keceriaan kanak-kanak lain.Sekali lagi Clyresa jatuh cinta kepada sekolah.Namun,untuk kali ini Rusinah dan Dominic, ibu bapa Clyresa semakin sering mereka menghilang dan Clyresa sering tertanya-tanya kenapa mereka begitu.
   
        Suatu hari,Clyresa melihat Rusinah sedang memasukkan kainnya ke dalam beg besar.Clyresa yang memahami bahawa Rusinah akan meninggalkan rumah bertanya kemana dia akan pergi,
        "Ma,mama mau pergi mana?,"soal Clyresa yang sedang duduk di samping Rusinah.
       "Mama mau balik pergi kampung bawang,mahu pergi jaga atuk dan nenek...mereka sakit,"jelas Rusinah."Oh...,"kata Clyresa memuncungkan bibir.Clyresa mempercayai sahaja dan tidak bertanya-tanya lagi.Tapi Clyresa tidak tahu inilah titik permulaan penderitaan dia...mimpi ngeri Clyresa baru dimulai.

       Abangnya Lexander masih tinggal di rumah ini,dan Clyresa masih hidup dalam ketakutan yang mendalam.Dia masih melalui penyeksaan secara mental dan fizikal.Clyresa masih menjalani derita sama seperti ketika dia berusia 4 tahun dulu.Clyresa masih teringat di mana waktu dia berusia 4 tahun dulu,setiap kali Lexander memukul dan merotannya dengan segala jenis benda seperti hanger,tali pinggang
,penyapu dan wayar kecil.Clyresa kecil  mendatangi mama dan mengadu,ketika mama hendak memarahi Lexander,Lexander akan berbohong mengatakan bahawa Clyresa bermain-main api padahal Clyresa sama sekali tidak menyentuh bahan api dia cuma bermain patung-patung. Rusinah yang lebih mempercayai kata-kata Lexander akan kembali membentak gadis kecilnya dan memarahi Clyresa habis-habisan.Clyresa kecil yang baru berusia 4 tahun pun terluka.Tubuhnya berbirat tanpa alasan yang betul.
     
       Padahal,Clyresa tahu dengan pasti bahawa Lexander hanya ingin melepaskan tekanannya dan sebab itulah Lexander menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan Clyresa adik kecilnya sebagai tempat pelampiasan amarahnya.Hanya Rusinah yang tidak pernah tahu apa yang ada di hati anak sulungnya itu.
        Mama juga tidak mau menolong Clyresa,dia harus hidup dengan memendam rasa takutnya sendiri..takut akan rumah sendiri.Hati Clyresa sangat sakit,seorang kanak-kanak pun memiliki perasaan sakit hati hanya Rusinah yang memandang remeh akan perasaan anak kecil sepertinya.

     Sepertinya keberadaan Clyresa tidak pernah dianggap sama sekali.Rusinah juga memandang remeh akan kekerasan yang telah dilakukan oleh Lexander terhadapnya,seolah-olah anak kecil sepertinya layak mendapatkan hukuman yang baginya sudah melampaui batas.Dan dia tidak mendapatkan perlindungan serta pembelaan atas kekerasan itu.Adakah wajar bagi anak yang baru berusia 4,5,6 atau 7?layak diberikan hukuman seperti itu.Layak untuk dipukul sesuka hati dan bahkan seperti mahu membunuhnya?Kenapa mama tidak mahu melakukan sesuatu untuk melindungi Clyresa seperti mengusir atau membuang Lexander?kenapa bukan Clyresa sahaja yang diberikan kepada orang lain atau dihantar ke rumah kebajikan supaya Lexander tidak lagi dapat melihat dan menyakitinya?Rusinah tetap menyimpan kedua-duanya di dalam rumah walaupun salah satunya sedang Lexander 'bunuh' secara perlahan-lahan.Seego inikah seorang mama yang tidak mahu kehilangan salah satu anaknya,sampai sanggup melindungi hati Lexander yang sejahat ini.Diluar peri kemanusiaan seorang manusia.
     
       Dan sekarang pun Clyresa masih berasa sangat takut dan dia tidak berani untuk bermain dengan bersuara.Kerana tidak ada yang melindungi nya,hak nya juga sebagai seorang anak kecil tidak ada.Hak anak kecil adalah bermain dan membuatkan suasana rumah ceria dengan tawa riang nya.Tapi rumah ini hanya memberikan Clyresa mengalami keperitan yang tidak harusnya dia rasakan.

     

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now