Bab 2

21 5 0
                                    

Clyresa menutup semula buku diarinya dan menarik nafas perlahan-lahan,jantungnya berdegup kencang selepas membaca semula kisah masa kecilnya.

'Kalaulah saya mati masa tu,mungkin saya tidak akan melalui semua kesakitan ini lagi juga saya tidak perlu bersusah payah untuk sembuh dari luka yang tidak layak saya dapatkan...,"kata Clyresa dalam hati.
'Mama yang sepatutnya melindungi saya,juga berpihak kepada orang yang telah menghancurkan jiwa saya...mama sendiri menggagalkan saya,'Clyresa memegang dadanya, merasakan detak jantungnya yang melaju setelah membaca semula catatan kisah lalunya.
Seorang mama yang sepatutnya meelindungi Clyresa sebagai anak kecil berusia 4 tahun telah mengkhianatinya,mama lebih melindungi orang yang telah menyakiti Clyresa kecil pada masa itu...Dari dulu Clyresa berfikir lebih baik dia mati dibunuh pada waktu dia masih kecil supaya penderitaannya berakhir dan walaupun dia mati ditangan abangnya KEADILAN itu tetap ada.Sekarang dia harus hidup dengan trauma yang diberikan oleh mama dan abangnya,Lexander.Walaupun Clyresa telah memaafkan mereka tetapi untuk melupakan semuanya adalah hal yang paling mustahil untuk terjadi kepadanya.Mama tidak akan pernah mengerti bahawa kekerasan yang telah dia alami sejak dini itu telah memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupannya menuju dewasa.

Clyresa bersandar pada sofa, kepalanya dipalingkan sedikit ke arah tingkap dan melihat langit yang dihiasi dengan bintang-bintang indah yang berkerlipan.Bintang-bintang itu sangat indah...
'Dan sekarang waktu berlalu begitu sahaja tapi orang-orang yang menyakiti dan yang telah menghancurkan mental dan fizikal saya tidak mendapatkan hukuman,Lexander juga telah berkahwin dan memiliki enam orang anak dan mama bersikap seolah-olah saya lah anak yang paling derhaka dalam hidupnya...mereka tidak pernah memohon maaf dan hati saya harus dipaksakan untuk mengampuni demi ketenangan saya...'Clyresa berkata-kata didalam hati.

Clyresa menelan beberapa pil misteri dari dalam botol putih kecil,sebelum memejamkan matanya perlahan-lahan....ingatannya mengimbas kembali seluruh kenangan masa lalunya..

"Resa!Resa!bangun..,"awal pagi lagi Rusinah membangunkan Clyresa kecil yang sedang tidur nyenyak.Clyresa yang mendengar namanya dipanggil berulang kali perlahan-lahan membuka kelopak matanya,dalam keadaan mamai-mamai Clyresa bangun.. mulutnya menguap besar dan dia mengosok-gosok matanya.Dalam keadaan masih mengantuk berat,Clyresa berdiri dalam keadaan mata yang masih berat mahu terbuka sepenuhnya.Rusinah mengeluarkan sepasang baju biru lalu menyuruh Clyresa memakai baju biru itu.Memandangkan Clyresa masih mamai Rusinah pun membantunya menyalin pakaian.Clyresa ingat mamanya mahu memberinya mencuba pakaian baru...
"Baju apa ni ma?,"soal Clyresa sambil mengosok-gosok matanya lagi.Sekali lagi Clyresa menguap.
"Inilah baju sekolah,hari ini kau pergi sekolah..,"jelas Rusinah kepada anaknya itu.Sekolah?....Clyresa masih belum mengerti.Apa itu sekolah?
"Nanti di sekolah baru kau sarapanlah,biasanya tadika ada sarapanlah...,"kata Rusinah sambil meletakkan beg sekolah dibelakang Clyresa,selepas Clyresa memakai kasutnya,Rusinah memegang tangan kecil Clyresa dan mereka berdua berjalan beriringan keluar dari rumah..Clyresa yang belum mengerti kemana mereka akan pergi hanya mengikuti langkah mamanya.

Sesampainya di tadika SK Pukak,Clyresa melihat ada ramai lanak-kanak di sana,dia terpegun dan bertambah hairan.'Tempat apa ni?',hati kecil Clyresa tertanya-tanya.Suasana ini sangat meriah dan nyatanya hati Clyresa sangat menyukai kemeriahan ini.
"Saya tinggalkan kau disini,kau jangan nangis nanti tengah hari saya datang ambil kau balik,ok?,"kata mama kepada Clyresa. Clyresa kecil hanya menganggukkan kepala tanda faham.Benar saja ketika mama pergi Clyresa tidak menangis akan tetapi ketika melihat kanak-kanak lain menangis sampai memanjat jeriji besi kerana ditinggalkan Clyresa seperti ingin ikut menangis namun dia takut dimarahi oleh mama jadi Clyresa menahan hatinya.
Clyresa kecil sangat menyukai sekolah,dia mendapat ramai kawan di sini,di tadika ini juga senyuman Clyresa kecil kembali dan tawanya kedengaran lagi.Setiap hari dia sangat bersemangat untuk ke sekolah untuk bertemu dengan kawan-kawannnya.Semangat dan kegembiraan nya berterusan sampai beberapa minggu.

Suatu masa,Clyresa jatuh sakit dan dia mengalami demam panas.Sudah tentu seorang anak yang berusia enam tahun ini berasa tidak selesa dan dia bahkan tidak dapat berdiri lama pada masa ini.Clyresa mendatangi papa yang sedang berada di sebelahnya pada ketika ini,"pa,saya demam..,"Clyresa mengadu manja sambil mendekati papanya.Papa memegang dahi Clyresa untuk merasai tahap kepanasan demam Clyresa kecil."oh,panas ni...tidak payahlah pergi sekolah,"kata papa.Clyresa yang merasa lega berfikir bahawa dia dapat berehat kembali.Dia pun kembali berbaring di tempat tidur.

"Kau tidak mahu bangun lagi kah pergi sekolah?!,"jerit Rusinah dari arah dapur.
"Saya sakit kepala!,"sahut Clyresa mencuba memberitahu mama bahawa dia sangat sakit.Clyresa mendengar derapan tapak kaki mama dari dapur menaiki tangga menuju ke bilik.Pada waktu ini Clyresa berharap bahawa mama akan memegang dahinya untuk memeriksa suhu badannya yang begitu panas dia rasakan dan kemudian akan membawanya ke klinik...itu harapan Clyresa kepada mama.

Namun,apa yang terjadi mama malahan mengambil hanger baju lalu menyebat tubuh Clyresa sampai dia mahu bangun.Clyresa memaksakan diri untuk bangun,air mata anak ini berjuraian berkali-kali dia memberitahu mamanya bahawa dia sakit tapi Rusinah sepertinya tidak memiliki perasaan.Clyresa berteriak kesakitan, rasa sakit ini bukan hanya di kulitnya tapi merebak sampai kehatinya.Kemarahan dan kecewa di hati Clyresa tidak dapat ditahan lagi.Rusinah terus-terusan menyebat Clyresa,sebab dia enggan ke sekolah.Akhirnya,tanpa menukar pakaiannya Clyresa mengambil beg dan terus berlari keluar dari rumah dalam keadaan terhuyung-hayang kerana mabuk demam.
Sepanjang jalan Clyresa sering berhenti kerana kepalanya sakit dan dia menangis sepanjang jalan.Hatinya terus-terusan merasa sakit dan benci kepada mama.Namun,ketika dia hampir sampai ke sekolah dia cepat-cepat mengesat air matanya.sesampainya dia di tadika,Cikgu memberinya sarapan tapi secara diam-diam ketika dia hendak pergi mencuci gelas di singki dapur dia termuntah kan kembali sarapan yang dimakannya.Seharian dia hanya tidur di tempat duduknya.Dia sama sekali tidak bergerak tidak ada rasa mahu bermain sebab kepalanya terlalu sakit...sesekali dia melihat tangan dan kakinya untuk melihat lebam merah bekas pukulan mama tadi.

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now