Bab 10

12 3 0
                                    

      CLYRESA kembali terlelap,air matanya masih mengalir. Di dalam tidur pun hatinya masih sakit seperti di hiris sembilu. Kenapa dia tidak merasakan pelukan ketika dia merasa sakit?kenapa dia harus melaluinya sendirian walau sebenarnya dia memiliki sebuah keluarga yang lengkap?kenapa semua orang meninggalkannya?Angela juga tidak berfungsi pada ketika ini,saudari tuanya itu yang berusia 16 tahun itu memiliki jalan pemikiran diluar persaudaraan. Sangat egois dan kasar,tidak dapat dijadikan teman suka dan duka.

     Ketika pagi masih gelap telah tiba,Clyresa terbangun kerana Angela membangunkannya dari tidur.
      "Clyresa!bangun,pergi sekolah!,"panggil Angela yang sedang bersiap pada ketika ini. Clyresa membuka matanya,dia berasa panas,....sewaktu dia mencuba untuk bangun,kepalanya terasa sangat berat sehinggakan dia harus berbaring kembali. Saya demam pula,kata Clyresa dalam hati. Tubuhnya terasa sangat lemah,Clyresa kembali melelapkan matanya.

      "Kau tidak mahu bangun lagikah?!,"kata Angela dengan nada suara yang sangat kasar. "Saya demam...,"kata Clyresa dengan suara lemah. Dengan wajah yang bengis Angela merenung Clyresa seperti hendak menelannya,"jadi,kau tidak mahu pergi sekolah?!,"marah Angela. "Saya tidak dapat bangun,kepala saya sakit,"sahut Clyresa dengan sakit hati. Dalam keadaannya sakit pun,dia tetap dikasari seperti dia adalah beban yang menyakitkan bagi Angela. Angela bertambah geram mendengarkan Clyresa, "kalau kau tidak pergi sekolah siapa kawan kau dirumah!hah,bodoh!,"tengking Angela. Dengan air mata yang sudah menderas di pipi Clyresa menjawab dengan suara yang terdengar sangat lemah,
       "Saya di rumah saja,saya mahu tidur...,"Clyresa sudah penat di kasari terus. Ditengking pada waktu keadaannya seperti ini. Clyresa memalingkan kepalanya dari Angela,malas mendengarkan kemarahannya terus. Dengan amarah yang menyala-nyala Angela menendang kaki Clyresa, "huh!pedulilah kau sana!biar kau kena makan hantu di rumah!,"kata Angela,dia membawa beg sekolahnya lalu keluar dari rumah.

    Tubb!!!!
     Kedengaran pintu rumah dihempas ditutup dengan sangat kuat oleh Angela. Clyresa menangis di tempat tidur. Dia meraung di sana,tekanan yang dia alami sangat menyakitkan jiwa dan raga kecilnya,dia menangis sampai dia tertidur kembali.

      Cahaya mentari yang silau,membangunkan Clyresa dari tidurnya. Tekak terasa kering,rasa haus yang dia rasakan tidak tertahankan. Lalu dia memaksakan diri untuk berdiri dan berjalan menuju ke dapur. Terhuyung- hayang dia seperti mabuk. Clyresa mencapai gelas dari rak pinggan dan mengambil air dari pain singki dapur lalu minum sepuasnya dari sana. Clyresa cuba membuka tutup periuk untuk mencari apa yang boleh di makan tapi tidak ada. Jadi dia kembali ke bilik dengan segelas air ditangan lalu berbaring kembali.

    Kenapa saya ada kakak begitu?
Rasa kecewa yang dia rasakan sangat menyeksakan perasaannya.

     "Jadi kau boleh jalan sudah?,"soal Angela.
     "Boleh,saya OK sudah,"jawab Clyresa tapi dalam keadaan lemah yang dipaksakan kuat.
       "Besok pergi sekolah lah,kalau sudah OK,tiada yang mahu bawa kau pergi klinik ni,saya pun sekolah,saya sendiri pun sibuk,jadi kalau sudah rasa sihat sikit pergi saja sekolah,"kata Angela. Clyresa hanya mengiyakan seraya menganggukkan kepalanya.

      Tidak ingin membangkitkan amarah Angela. Clyresa mengiyakan segala-galanya, salah sedikit jawabannya habislah dia. Lebih mudah mendengarkan sahaja selagi boleh dia dengarkan.

     MUNGKIN sebenarnya, Clyresa memang tidak perlukan sesiapa didalam hidupnya. Semua orang menghilang dan meninggalkan dia menanggung banyak duka seorang diri sebagai seorang anak kecil.

      PAGI SELASA telah tiba,Clyresa  memaksakan diri untuk bangun walaupun tubuhnya sangat sakit jika dipaksakan untuk berdiri. Dia hampir terjatuh tapi dinding bilik menahannya. Perlahan-lahan dia menyalin pakaiannya kepada baju sekolah pinafore. Memaksakan diri untuk menelan sarapan walaupun rasanya dia seperti ingin muntah.
       Peluh-peluh dingin menuruni pipinya,bibirnya agak pucat.  Sepanjang  jalan langkahnya sering terhenti kerana sakit kepala yang dia rasakan dia pasti akan duduk jongkok di tepi jalan sambil memeluk lututnya sekejap. Mengambil kekuatan,setelah itu dia akan kembali meneruskan perjalanannya.

     Sesampainya di kelas,Clyresa menanggalkan kasutnya,kelas tahun satu memang tidak membenarkan murid-muridnya untuk memakai kasut didalam kelas sebagai peraturan keberasihan. Clyresa masuk ke dalam kelas tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya. Rasa sakit ini membuatkan Clyresa sudah tidak peduli dengan apa pun lagi.

     Pada waktu rehat sekolah,Clyresa ingin ke kantin sekolah. Dia lapar tapi dia tidak berani untuk keluar kelas kerana dia sudah trauma semenjak dia dirundung beramai-ramai. Jadi Clyresa hanya ingin nenunduk tidur di meja sahaja.
      "Clyresa, kau tidak laparkah?," soal Grace kepada Clyresa sambil menepuk perlahan bahu Clyresa. Clyresa mengangkat kepalanya seraya berkata,
      "Saya tidak berani pergi kantin,"jawab Clyresa.
       "Marilah saya tolong belikan,kau mahu makan apa?,"kata Grace menawarkan diri untuk membantu Clyresa. Clyresa mengeluarkan sekeping syilling 50 sen dari dalam poket pinaforenya lalu dia berikan kepada Grace.
      "Saya mahu makan donat,"kata Clyresa perlahan. Grace segera pergi ke kantin untuk membeli makanan yang diminta oleh Clyresa.
       "Nah,"Grace menghulurkan sebiji kuih donat kepada Clyresa. Hati Clyresa sangat berterima kasih melihat kuih yang dihulurkan oleh Grace"Terima kasih Grace,"kata Clyresa seraya menyambut huluran Grace.

      Hari ini ada pembahagian susu kotak,satu orang akan mendapat dua kotak susu krim cap lembu. Clyresa tidak menyukai susu kotak berperisa krim ini kerana rasanya tawar dan sangat pekat krim tersa sekali pada lidahnya. Namun,Clyresa tetap menerima ketika dia diberi susu kotak berperisa krim cap lembu walaupun dia tidak menyukainya. Dia akan membawanya pulang dan membekukannya di dalam peti ais lalu memakannya seperti ais krim.

      Waktu berlalu begitu cepat,sudah waktunya pulang sekolah. Clyresa mengambil begnya yang berada  dirak lalu berjalan ke luar kelas,'syukurlaa kelas sudah tamat,'kata Clyresa di dalam hati dia berjaya melalui kelas hari ini walaupun dia sakit.

      Ketika Clyresa memasukkan kakinya ke dalam kasut,dia merasakan ada sesuatu yang basah dan lembab di dalam kasutnya. Dia mengangkat kakinya semula,stokinnya sudah basah. Ternyata kasut sekolahnya diisi  dengan susu. Susu berkrim bertakung di dalam kedua-dua kasutnya.

     Hati Clyresa sangat sakit,rasa pedas menusuk jantungnya sehingga kesakitan itu mampu membuatkan air mata Clyresa mengalir. Dia mengambil kasut sekolahnya dengan tangan yang gemeteran,lalu menumpahkan susu itu ke dalam tong sampah dekat tangga. Dengan gemetaran juga dia memakai kasut nya yang telah dibasahi oleh susu berkrim. Clyresa mulai merasa bahawa lebih baik gemetaran kerana belum makan,daripada gemetaran kerana suatu hal yang menyakitkan. Ini benar,sakit hati itu kekal sedangkan belum makan itu sekejap sahaja.

      Ketika Clyresa berjalan menghampiri suatu pondok,
      Splashhh!!
     "Eh,sorry!saya sengaja!,"kata seorang murid lelaki yang menyiramnya dengan susu kotak,Clyresa tidak memandang murid lelaki itu sama sekali dia hanya diam dan berjalan dengan tenang walaupun matanya terus-terusan mengalirkan air mata.
      Pruhhhhh!!
     Seorang lagi murid lelaki tiba-tiba menyemburkan susu dari dalam mulutnya ke arah Clyresa. Menjijikkan! Rambut Clyresa basah oleh semburan dari mulut murid lelaki itu sedangkan beg dan pakaian Clyresa basah kerana disiram oleh susu kotak tadi. Suara tawa mereka benar-benar menyakitkan hati Clyresa.

       Kebanyakan yang membulinya adalah murid lelaki dari kelas lain yang tubuh mereka dua kali ganda lebih besar dari Clyresa, sebelumnya Clyresa pernah melawan dan mengasari orang-orang yang membulinya dan itu semua kerana Rusinah menyuruh Clyresa supaya melawan orang-orang yang membulinya. Kata Rusinah Clyresa bodoh kerana tidak melawan orang yang membulinya,bodoh kerana diam semasa dibuli. Tiba masanya Clyresa cuba untuk melawan hasilnya dia mendapatkan tumbukan di wajah,dua orang murid lelaki akan memegang kedua-dua tangan Clyresa dan satu orang akan menampar  wajah Clyresa. "Apa kau melawan!,"kata mereka dengan marah,lalu meludah wajah Clyresa dan dengan paksa membuka mulut Clyresa untuk meludah ke dalam mulutnya sehingga Clyresa tertelan ludah mereka.

     Semakin Clyresa melawan,keinginan mereka untuk membunuh Clyresa meluap-luap. Percayalah, melawan pembuli seorang diri jika tubuhmu memang tidak berdaya tidak ada gunanya. Melawan mereka sendirian juga bukan satu idea yang baik.  Tidak ada satu orang pun yang berada di pihak Clyresa sedangkan pembuli itu lebih dari tiga hingga lima orang. Saranan Rusinah hanya akan membunuh atau mencacatkan Clyresa.

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now