Bab 15

10 2 0
                                    

    "MANA ibu bapa kau,Clyresa?,"soal cikgu Karla ketika melihat Clyresa hanya sendirian di dalam ruangan bilik guru ini.Clyresa terdiam seketika waktu,kepalanya tunduk matanya memandang lantai. Dia yang duduk di atas kerusi plastik itu terus-terusan menggengam jari-jemarinya tanda dia begitu gelisah.

    Jantung Clyresa berdetak sangat laju,dia tidak takut cuma agak gugup. Tiga buah kerusi di samping Clyresa diduduki oleh ibu kepada para pembuli Clyresa, masing-masing pembuli itu juga duduk di samping ibu mereka. Pada ketika ini Clyresa tidak sanggup memandangi wajah ketiga ibu kepada pembuli itu sebab dia malu, mamanya sendiri tidak ada di sana. Sedangkan ibu kepada kanak-kanak yang telah menganiaya Clyresa datang dan duduk dengan tenang di sana tapi mamanya sendiri...mama kepada mangsa buli tidak ada sama sekali...

    Clyresa merasa ditelantarkan,tidak dipedulikan sama sekali. Malu?sudah tentu ini sangat memalukan...Angela sendiri yang sudah berusia 17 tahun itu sebenarnya boleh menjadi wakil jika dia benar-benar mengasihi adik nya yang baru berusia 8 tahun itu..tapi apa yang Angela lakukan adalah dia menengking sebelum bertanya apa masalah dan kesusahan yang Clyresa sedang hadapi..Hal ini sangat menyakitkan Clyresa sebenarnya.

     "Mereka tidak dapat datang,"bohong Clyresa. Padahal sebenarnya,orang tuanya tidak ada dirumah. Mereka sibuk mengurusi nenek dan atuk di Kampung Bawang yang merupakan orang tua kepada Rusinah.
      ***
    "Kenapa mereka tidak dapat datang?atau kau tidak beritahu mereka apa-apa pasal masalah ini?mama atau papa kamu...tidak ada satu pun yang dapat jadi wakilkah untuk datang sini?kau ada beritahu mereka atau tiada?,"soal cikgu Karla kehairanan. Takkan lah anak sendiri kena aniaya,orang tuanya sama sekali tidak peduli?adakah...wujudkah orang tua yang sebegitu?hati cikgu Karla tidak percaya. Dia menatap Clyresa yang berwajah tenang tapi berhati gugup di depannya..

     Timbul kemarahan dari dalam diri Clyresa...marah?marah kepada siapa?sudah tentu marah kepada Rusinah!marah kepada papa!marah kepada Angela!...dia sangat perlukan mereka pada ketika ini tapi kemana saja mereka semua?!
     Dia harus menghadapi persoalan-persoalan ini seorang diri. Hati yang dipenuhi kemarahan dan kebencian itu tetap menunjukkan wajah yang tenang walaupun sesuatu yang pedas dan perih mengalir di hatinya.

     "Saya sudah beritahu mama,tapi mama cakap dia tidak dapat datang sebab dia sibuk dan papa saya pun cakap begitu,"jawab Clyresa dengan suara yang bergetar sedikit. Dia hampir tidak dapat mengeluarkan suaranya sebab dia memendam banyak hal didadanya. Dia masih terpaksa berbohong  kerana dia tidak memiliki pilihan yang lebih baik.
    
     "Jadi...mama kau tidak pedulikah dengan apa yang sudah terjadi pada kau?mama kau tidak sayang dengan kau kah,Clyresa?kau ada bagi tahu apa yang terjadi pada kau kemarin kepada mama? Kau ada bagi tahu kan...?,"soal cikgu Karla lagi meminta kepastian. Mustahil...mustahil ada orang tua seperti ini...adakah mereka mau Clyresa hidup lebih terseksa?
      Cikgu Karla masih tidak percaya dan puas hati mendengar jawaban dari mulut Clyresa tadi. Jadi dia mengulang soalan yang sama..

     Clyresa yang mendengar soalan cikgu karla cuma menjawab,"ya,"seraya menggangguk kecil. "Kalau kau sudah beritahu apa yang terjadi kepada kau kemarin kepada orang tua kau...jadi apa respon mereka?apa yang mereka cakap pada kau..Clyresa?,"soal cikgu Karla lagi ingin tahu.

    Clyresa menarik nafas. Lalu menghembuskan nafas dengan perlahan-lahan lalu menjawab,"mama cakap mama tidak peduli...,"Clyresa tertunduk. Cikgu Karla terdiam sebentar. Bilik guru menjadi sunyi untuk seketika waktu..Clyresa cuba untuk melihat wajah ibu kepada para pembuli itu untuk melihat reaksi wajah mereka seperti apa. Kalau mereka sudah tahu apa  yang anak mereka telah lakukan kepada Clyresa sepatutnya mereka akan merasa bersalah. Namun,reaksi mereka sangat datar tidak peduli.

    Cikgu Karla putus asa...
    "Kalau begitu...tidak ada lagi yang harus kita selesaikan. Mama Clyresa pun tidak datang,kita tidak tahu mahu bincangkan apa?mahu selesaikan apa?kita selesai sudah sampai sini saja..kes ini sudah selesai dan masing-masing sudah boleh keluar dan murid-murid boleh balik ke kelas masing-masing, "kata cikgu Karla lalu berdiri dari kerusi meninggalkan mereka.
      Clyresa kecewa tapi mahu bagaimana?

      Selepas cikgu Karla berkata demikian. Mereka masing-masing berdiri dan keluar dari bilik guru. Clyresa sempat melihat senyuman sinis dari ibu Bryan,senyuman sinis itu seperti menunjukkan rasa menangnya. Clyresa terasa sakit...sekali...

      Clyresa duduk di tangga bilik guru untuk memakai kasutnya,tiba-tiba dia terdengar kata-kata dari mulut ibu Mark berkata,"huh...buang masa saya saja!,"begitu sinis sekali dia berkata-kata. Jantung Clyresa berdetak laju tapi dia sengaja memakai kasut dengan lambat.
    ***
    Clyresa memandang ke arah para ibu pembulinya,Clyresa sebenarnya berharap bahawa mereka akan memohon maaf kepada Clyresa atas kelakuan anak-anak mereka. Atau setidaknya membuat anak-anak mereka memohon maaf kepada Clyresa kerana telah menyakiti dan menganiaya dia begitu teruk. Tapi apa yang Clyresa dapatkan?mereka hanya merenung tajam ke arah Clyresa sambil tersenyum mengejek ke arahnya.
      Pandangan yang begitu sinis membuatkan Clyresa merasa begitu rendah dan hinanya dia di mata mereka.

     Clyresa menunggu tapi tidak ada kata-kata 'maaf' dari mereka...padahal Clyresa hanya ingin mendengar perkataan 'maaf' untuk menenangkan hatinya yang sudah begitu sakit. Tapi hatinya bertambah lebih sakit ketika menerima pandangan sinis dari mereka. Tatapan mata mereka juga penuh dengan ejekan yang tidak bersuara.

      Bahkan ketiga orang pembuli itu sempat mengejeknya dengan mimik muka sebelum berlari pergi menuju memasuki kelas. Clyresa yang sengaja memakai kasut dengan lambat tadi hanya melihat ketiga ibu itu berlalu pergi meninggalkannya sendirian di tangga bilik guru itu.
    Akhirnya, Clyresa berdiri menuruni tangga dengan langkah yang perlahan-lahan...dia pun berlalu pergi menuju ke kelasnya.

     Sesampainya dia di kelas,Clyresa tidak memandang sekelilingnya,matanya hanya tertuju untuk melangkah menghampiri kerusinya. Baru sahaja Clyresa duduk,gumpalan demi gumpalan kertas hinggap di wajah dan kepalanya. Mereka membalingnya dengan sengaja,tidak ada yang akan melindunginya jadi mereka tidak perlu risau akan hukuman yang mereka akan terima.

     Clyresa buat-buat tidak peduli dengan gumpalan kertas yang datang ke arahnya tanpa henti. Pensel yang dibaling memedihkan kulitnya...sakit tapi dia diamkan..sedangkan memar pada lengan,paha dan betisnya masih sakit. Bekas di seret,dipijak dan ditendang oleh mereka..
    Apa  yang ada didalam dirinya sudah rosak,apa lagi yang harus dia lindungi?

     Memang pada saat-saat seperti ini dia sangat perlukan seseorang untuk memeluknya,dia perlukan sesiapa sahaja untuk menenangkan rasa sakitnya..tapi ke mana mereka semua? Mereka semua meninggalkannya...Angela...mama...papa...

    Mereka semua tidak ada di sisinya disaat Clyresa berada di dalam situasi yang sangat memeritkan ini. Di mana semua orang?kenapa Clyresa bersendirian seperti ini?dia hanya berusia lapan tahun...

    Mungkin dia layak diperlakukan seperti ini sebab itulah mereka semua meninggalkanya..hari ini juga Esther tidak hadir ke sekolah. 'Pasti dia sakit' Clyresa meneka sendiri punca ketidakhadiran Esther ke sekolah..

    Clyresa pulang ke rumah dalam keadaan menahan sakit hati,pandangan sinis yang dilontarkan oleh ibu dari para pembuli itu terus-menerus berada di dalam ingatannya. Sakit? Seolah-olah Clyresa lah yang paling bersalah di dalam hal itu. Padahal yang diseret,dipijak dan ditendang itu adalah Clyresa. Sehingga meninggalkan memar biru pada lengan,paha dan betis nya. Clyresa yang merasakan sakit jika area itu ditekan apalagi disentuh. Tapi dia diamkan  sebab dia tidak memiliki tempat untuk untuk meluah.

     Semalam Angela juga bertanya dari mana dia mendapatkan memar biru pada tubuhnya,dia berbohong mengatakan bahawa dia terjatuh semasa bermain. Sebab dia tidak tahan dengan cara Angela yang begitu kasar,membentak, menengking dan menjerkahnya ketika berkomunikasi dengannya. Bahkan Angela suka 'main tangan' ketika berbicara dengan Clyresa. Angela sesuka hati menyakiti Clyresa Seolah-olah Angela sedang melepaskan tekanannya yang begitu dalam.
      Kali ini Clyresa akan memakai baju lengan panjang dan seluar panjang untuk menutupi memar di tubuhnya supaya tidak mengganggu pandangan Angela.

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now