Bab 7

14 5 0
                                    

       Angela merentap lengan Clyresa dengan kemarahan,"ini baju kau kenapa begini?!kenapaaa penuh lumpur ni bajuu kauuu!!saya sudah cakap kan kau jangan kotorkan baju putih kau niiii!!!bodohhhh betul kau ni buat hidup saya susah sajaaa!!kenapa kau tidak mati sajaaa!,"bentak Angela lalu mencubit pipi Clyresa begitu kuat sehingga Clyresa merasakan seperti hendak terkoyak daging pipi nya,Angela juga menampar kepala Clyresa untuk melepaskan rasa geramnya kepada anak ini.

      Clyresa berteriak kesakitan,tangisannya sangat lirih dan melalui tangisan ini kedengaran dia seperti meminta belas kasihan walaupun dia tidak berkata-kata. Tangan Clyresa sakit kerana terjatuh berkali-kali akibat ditolak sampai jatuh,bekas balingan batu pada bahunya membuat kan rasa sakit itu sangat perih tatkala Angela merentap tangannya dengan paksa." Kau buka baju kau ni sekarang kau pergi mandi!kau rendam terus!!,"teriak Angela lalu menolak Clyresa dan dia menyempatkan diri untuk menampar belakang tubuh Clyresa. Clyresa yang sudah merasa sakit sangat di sekujur tubuh perlahan-lahan berjalan untuk pergi ke kamar mandi.

     Kamar mandi rumah mereka ada didapur selepas pintu masuk dari bawa akan kelihatan dapur dahulu dan kamar mandi. Kamar mandi rumah mereka adalah terbuka,jadi Angela dapat melihat Clyresa dengan jelas..Clyresa membuka pakaiannya dengan perlahan-lahan. Pertama yang dia lakukan adalah merendam baju kurungnya yang bahagian putih,baju putih yang basah lencun oleh lumpur akibat dia di buli beramai-ramai tadi.

   "Itu kepala kau kenapa tu benjol?!apa kau buat tu?!,"soal Angela yang masih bertanya dengan suara yang keras. Clyresa membelakangi Angela yang sedang memasak,"kau tuli kah?!saya tanya kau kenapa kepala kau tu benjol?!,"kali ini suara Angela bertanya dengan suara yang lebih bengis lagi. "Tiada,saya terhantuk sana bawah rumah,"bohong Clyresa dengan suara yang perlahan padahal dia tahu bahawa kecederaan yang dia dapatkan itu berasal dari buli beramai-ramai yang dia alami itu ketika murid-murid dari kelas lain membalingnya dengan batu.

     "Itulah,siapa suruh kau pergi tidur sana!padan muka kau!,"kata Angela dalam nada yang puas hati. Air mata Clyresa mengalir lagi,gayung demi gayung dia siramkan ke tubuhnya. Untuk memadam air matanya dan membersihkan kotoran yang ada di tubuhnya. Dia tidak akan jujur kepada Angela tentang apa yang terjadi kepadanya,kerana dari kelakuan  Angela dapat Clyresa rasakan bahawa kakaknya itu sama sekali tidak peduli kepadanya.

    Angela tidak pernah berlembut kepadanya,tidak pernah bermain dengannya. Clyresa pernah meminta Angela untuk bermain dengannya hasilnya Clyresa dipukul dan diusir pergi. Sejak dari itu Clyresa serik dan tidak pernah lagi mendekati kakaknya itu dan dia lebih memilih untuk membuat halnya sendiri.

      Selesai sahaja Clyresa mandi dia naik ke tingkat atas untuk mencari pakaian rumahnya. Setelah itu dia turun semula untuk makan malam. Seperti biasanya Angela hanya menghidangkan telur dan nasi yang dikicap untuk nya. Sambil mengosok-gosok matanya yang sembap dia dengan tenang duduk di depan Angela dan menikmati makanannya. Rasa sakit hati memang masih terasa tapi dia berusaha untuk melupakan hal buruk yang berlaku kepadanya di sekolah tadi.

      Baru Clyresa teringat,besok adalah cuti. Jadi dia ada waktu untuk merehatkan mental nya sekejap,betapa peritnya memendam semua ketika tidak ada tempat untuk meluahkannya. Seorang anak yang baru berusia 7 tahun harus melaluinya sendirian sedangkan seharusnya bila sebenarnya Clyresa memiliki sebuah keluarga lengkap yang boleh mendengarkannya tapi tidak ada yang pernah bertanya baik-baik.

        Kalau adapun diantara mereka yang bertanya, sikap mereka itu sama seperti Angela. Membuatkan Clyresa tidak berani untuk membuka mulut mengenai apapun. Tanpa memandang wajah Angela dan tanpa memperlihatkan sebarang perasaan dia hanya makan sehingga makanannya habis. Setelah makanannya habis Clyresa cepat-cepat berdiri membawa pinggannya ke singki untuk dicuci. "Kau mau tambah lagi kah?,"soal Angela kali ini suara nya tidak sekasar tadi. "Tidak,"jawab Clyresa ringkas,selepas mencuci pinggan Clyresa terus berlari ke atas sambil membawa beg sekolahnya.

    Dia mengeluarkan buku latihannya dan seperti biasanya dia melukis bintang-bintang dengan orang lidi ditengah lukisan menggambarkan dirinya sedang melihat bintang sambil berdiri di atas rumput. Saya mahu menjadi seperti bintang yang cantik,dan tidak pernah merasakan sakit,sentiasa bercahaya berkelip, kata Clyresa sambil tersenyum kecil. Tiba-tiba fikirannya teringat akan Lexter. Seorang kawan yang sangat dia sayang,satu-satunya kawan yang paling nakal tapi tidak pernah menyakitinya. Hatinya terasa sendu dan rasa rindu yang Clyresa rasakan sama seperti ketika dia melihat bintang terasa bintang itu sangat jauh sehingga dia tidak dapat mencapainya. Oh ya bintang! Clyresa teringat sesuatu..

      Clyresa menutup bukunya lalu dia masukkan ke dalam beg,dia berlari ke arah jendela bilik dan melihat ke  angkasa raya. Jutaan bintang yang bercahaya berkelip membuat Clyresa tersenyum. Cantikkkk..kenapa saya tidak boleh ke sana..kata hati Clyresa. Clyresa sangat menyukai Ketenangan malam ini,apalagi kalau ada bintang-bintang itu. Inilah hal kecil yang menghibur dia walaupun dia mengalami luka-luka yang perih.

     "Kau tiada kerja rumah kah mahu buat?sebelum mahu tidur?,"soal Angela tiba-tiba muncul di belakangnya. Clyresa segera berpaling ke belakang melihat ke arah Angela,"tiada,"jawab Clyresa ringkas. "Kalau tiada tu tidurlah,buat apa lagi kau berdiri di sana tu?,"kata Angela. "OK,"jawab Clyresa lalu dia pergi berbaring di tempat tidur. Tapi jendela dibilik dibiarkan terbuka luas supaya dia melihat bintang-bintang itu. Clyresa akan melihat bintang sampai dia tidur. Hatinya sangat mengagumi indahnya semesta alam ciptaan sang pencipta.

    Angela pergi menutup lampu,lalu dia pergi tidur di sebelah Clyresa. Tapi Angela tidak benar-benar tidur,dia sibuk melihat ke arah telefon nya yang berjenama Nokia. Pada zaman tahun 2008 ini telefon Nokia tekan-tekan adalah telefon yang terkenal,belum ada yang mampu membeli telefon yang lebih canggih daripada ini.sesekali Clyresa berpaling melihat ke arah Angela,Angela tersenyum-senyum sendiri sambil melihat skrin telefon Nokianya.

     Ketika Angela melihat ke arah Clyresa,Clyresa cepat-cepat berpaling ke arah jendela. Dia merenung ke arah bintang-bintang sampai dia tertidur.

     Cahaya terang yang menyinari wajah Clyresa membuatkan Clyresa sedar bahawa hari telah pun siang. Matahari telah terbit tinggi,perlahan-lahan Clyresa bangun dan dia menyedari bahawa Angela sudah tiada di sebelahnya. Tiba-tiba dia terhidu wangian seperti seseorang sedang menggoreng nasi di dapur. Clyresa berdiri dan pergi melihat jam di ruang tamu. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Perlahan-lahan dia turun ke dapur kerana dia terhidu masakan Angela.

   "Kau mahu makan sudah kah?,"soal Angela kepada Clyresa. Clyresa mengganggukkan kepala mengiyakan. Angela menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan lalu dia berikan kepada Clyresa. Clyresa menyenduk nasi goreng itu dan disuapkan ke mulutnya. Hmmm....sedapp..kata Clyresa dalam hati. "Macam mana rasanya?sedap juga?,"kata Angela sambil tersenyum ke arah Clyresa. "Sedap,"jawab Clyresa seraya mengganggukkan kecil kepalanya.

     Burung-burung berkicauan diluar rumah,Clyresa termenung sambil memandang ke luar jendela rumah dari ruang tamu. Dia melihat burung-burung yang berparuh panjang berterbangan di luar. Dalam fikirannya terlintas seronok menjadi seperti burung itu,bebas terbang ke manapun ia mahu. Seperti biasanya Clyresa mengeluarkan buku latihan dari dalam beg dan melukis bintang-bintang.  Kini buku latihannya hampir dipenuhi lukisan bintang yang tidak berwarna.

      "Cly,kau laparkah?,"soal Angela. Ternyata waktu tengah hari telah tiba,waktu makan tengah hari juga telah tiba waktunya. Sebab itulah Angela bertanya. "Iya,"sahut Clyresa." "Kau pergi ambil telur di peti sejuk saya gorengkan untuk kau,"arah Angela. Clyresa dengan senang hati mengambil telur sebiji dari dalam peti sejuk. Namun,ketika Clyresa hendak pergi memberikan telur ayam itu kepada Angela untuk digireng dia tidak sengaja terlepaskan telur ayam itu ke lantai sehingga telur ayam itu pun pecah.

     Clyresa terkejut,"kau tengok apaa kau buatttt?!kenapa kau jatuhkan telur tu dilantai!,"jerkah Angela kepadanya. Clyresa terdiam,jantungnya berdetak laju dan tangannya menggigil. "Saya tidak sengaja...,"kata Clyresa kesal tapi dengan suara yang perlahan. Angela menghampiri Clyresa lalu mencubit dan menampar kepala Clyresa. Clyresa berlari menyembunyikan diri ke dalam bilik.

     Sangkaan Clyresa bahawa Angela akan membersihkan telur yang dia tidak sengaja jatuhkan di lantai,rupa-rupanya Angela mengambil sudu dan mangkuk untuk menyenduk telur yang Clyresa tidak sengaja jatuhkan. Angela memandang ke arah Clyresa,"kau mesti makan juga ni!,"kata Angela dengan penuh rasa geram lalu berlalu ke  dapur untuk menggoreng telur yang dia senduk dari atas lantai tadi.

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now