Bab 5

15 4 0
                                    

      Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,Clyresa menangis tanpa henti.Tiba di depan pintu rumah Clyresa duduk di luar rumah dia fikir pintu rumah berkunci jadi dia tidak Cuba untuk memusing tombol pintu.Angela,kakaknya yang bersekolah di SMK Tun Fuad Stephens,kiulu yang memegang kunci rumah oleh itu selagi kakaknya belum sampai dia tidak dapat masuk ke dalam rumah.

      Dalam tangisannya,Clyresa Cuba untuk memujuk dirinya sendiri.Tidak apa..tidak apa Cly semuanya baik-baik saja..hati Clyresa berbisik kecil.Clyresa menyeka air matanya berkali-kali tapi air mata nya gagal untuk di hentikan.Ingin saja dia berteriak menangis namun dia takut menarik perhatian orang lain,dia Cuba untuk menjadi kuat...rumah ini tidak ada sesiapa...rumah ini kosong,tidak ada yang akan memeluk kesakitannya dia sedar dia harus memeluk rasa sakitnya sendiri pada ketika ini.Clyresa memejamkan matanya rapat-rapat merasakan angin yang bertiup sesepoi bahasa.Lalu dengan perlahan-lahan lagi Clyresa menyeka air mata dengan tangan kanannya.Walaupun air matanya telah diseka,matanya terlihat sembap.

Krreek!
     Pintu rumah tiba-tiba terbuka,Clyresa yang terkejut sedikit cepat-cepat berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang membuka pintu rumah.
      "Kenapa kau tidak masuk?,"soal Angela.Tanpa berkata apa-apa Clyresa masuk ke dalam rumah,dia naik ke tingkat atas meletakkan begnya di death tangga lalu pergi menyalin pakaiannya menjadi baju rumah.
      "Berapa lama sudah kau di luar?,"soal Angela."Baru saja,"jawab Clyresa ringkas.Rupa-rupanya hari ini Angela tidak ke sekolah kerana dia cuti.Angela melihat wajah Clyresa, dia perasan matanya sembap seperti baru selesai menangis."Kenapa kau nangis?kau punya mata tu bengkak,kau baru habis menangiskan?ada orang buli kau?,"soal Angela ingin tahu tapi cara pertanyaannya tidak ikhlas dan tidak ada pendekatan."Tiadalah,saya tidak menangis,"jawab Clyresa menyembunyikan  situasi sebenar.
        "Kau ingat saya bodoh?saya tahu kalau saya tengok mata kau ni,macam baru habis nangis,siapa yang buli kau di sekolah?ada orang kacau kau?,"sekali lagi Angela bertanya dengan nada suara yang tinggi."Saya tidak menangis,"jawab Clyresa bersahaja.Selepas menyalin pakaiannya,Clyresa berpura-pura mengeluarkan buku latihannya dan mulai menulis seolah-olah dia sedang membuat kerja sekolah sebenarnya ini untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan Angela.
      "Kau lapar?kalau kau lapar apa kau mahu makan?saya masakkan,"tanya Angela.
      "Telur dan nasi,"jawab Clyresa. Angela segera menggoreng telur. Selepas itu,dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan meletakkan telur goreng di atas nasi."Kau mahu kicap?,"soal Angela."Iya," jawab Clyresa.Angela mengicap nasi dan telur di dalam pinggan itu.Setelah itu,dia menghidangkannya kepada Clyresa.Clyresa pun memakannya dengan cepat,dari cara dia makan dia terlihat sangat lapar hanya dalam waktu sekejap sahaja Clyresa menghabiskan makanannya.sampai butir-butiran nasi pun tidak tersisa.

       "Saya mahu lagi,"kata Clyresa kecil sambil mengangkat piringnya.
       "Tidak boleh!kalau mahu makan telur sehari dua biji saja!kau jangan suka-suka hati saja mahu minta kau ingat kau yang beli kah tu?!mesti mahu jimat,bapa dan mama tidak mahu beli lagi tu kalau ni telur cepat habis!,"jerkah Angela kepada Clyresa.
       Clyresa terdiam,dia meletakkan kembali pinggan yang dia angkat tadi..sakit hatinya membuatkan dia berasa sejuk dan tangannya menggeletar.Jantungnya berdetak laju."Kau pergi cuci pinggan kau!,"arah Angela.Clyresa segera membawa pinggannya ke dapur lalu mencucinya di singki dapur.Setelah itu,dia berpura-pura lagi membuat kerja sekolah.Clyresa melukis-lukis bintang pada buku latihannya,sebenarnya dia sedang Cuba untuk menghibur dirinya sendiri. Sedangkan hati dan fikirannya masih teringat akan kejadian yang berlaku kepadanya di sekolah tadi.Apa yang akan terjadi kepadanya nanti?tangan Clyresa bergegar fikirannya terus-menerus mengingat apa yang akan terjadi kepadanya esok.Tapi hati Clyresa...
      
Tidak apa...tenang saja,sudah dibuktikan bukan saya yang ambil,saya sudah kena cek dan saya bukan pencuri...cikgu sudah buat pemeriksaan, tidak apa...tiada yang akan berlaku,saya tidak bersalah..saya tidak bersalah...kata Clyresa dalam hati.Tangan kirinya mengosok-gosok dada sambil tangan kanannya masih melukis bintang.Dia cuba menenangkan detak jantungnya yang berdetak laju.Ya dia memang sedang bimbang..bimbang dengan apa yang akan terjadi kepadanya nanti.

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now