Bab 8

12 4 0
                                    

    Selesai sahaja Angela menggoreng telur itu dia membawanya ke hadapan Clyresa,"kau makan ni telur atau kau tidak payah makan sampai besok!,"kata Angela. Nafasnya turun naik menahan marahnya,tapi Clyresa enggan memakannya sebab dia tahu telur itu sudah kotor kerana dia terjatuhkan telur itu di atas lantai.

      Angela mencengkam rahang Clyresa lalu dengan paksa dia menyumbatkan telur goreng itu ke dalam mulut Clyresa,seketika itu juga air mata Clyresa gugur. Clyresa tidak menelan telur goreng itu melainkan dia memuntahkannya kembali dan itu mengundang amarah Angela.
          "Itulah kau!lain kali kau jangan jatuhkan telur tu sembarangan!bodoh!,"jerkah Angela terhadap adiknya itu lalu menampar wajah Clyresa. Tangisan Clyresa pecah kerana merasakan sakit akibat ditampar Angela.

     Angela mengambil buku latihan Clyresa,"kenapa kau lukis-lukis buku kau begini?!kau ingat kau kah yang beli ni buku latihan kau lukis-lukis saja sembarangan!,"dengan amarah yang tidak tertahankan Angela menarik rambut Clyresa,"ini buku untuk menulis buat kerja sekolahhh!bukan untuk lukis-lukis!kau yang tidak buat kerja rumah saya yang kena marah oleh mama sama bapa!eeeee!!...,"Angela mencubit pipi Clyresa... rasa cubitan itu seperti mengoyakkan kulit pipi Clyresa. Clyresa berteriak kesakitan, dia meraung menangis meminta Angela melepaskan rambutnya.

      Angela melepaskan genggamannya dari rambut Clyresa lalu menolaknya sampai jatuh,setelah itu dia melemparkan buku latihan itu ke wajah Clyresa. "Kau padam tu lukisan kau!sekarang sebelum saya tampar muka kau sana!,"bentak Angela kepada Clyresa.
       Clyresa yang tersedu-sedan mencari pemadamnya lalu dia memadam semua lukisannya yang ada di dalam buku latihannya.

      Tiba-tiba ada orang memanggil Angela dari luar rumah,"diam!!,"kata Angela dengan perlahan kepada Clyresa tapi dengan nada kasar,Angela yang mendengar seseorang memanggilnya keluar dari rumah dengan pantas. Clyresa tidak menyibuk,dia takut kalau Angela akan menghajarnya lebih teruk lagi jika dia menyibuk.

    "Cly!saya mahu jalan dulu...kau duduk diam-diam dalam rumah,kau jangan keluar. Kalau ada orang ketuk kau jangan pergi buka,kau kunci ni pintu dari dalam...awas!!kalau kau keluar dari rumah,"kata Angela memberi pesanan dan peringatan kepada Clyresa seperti biasa. Angela berkelakuan seperti tidak ada apa- apa yang berlaku." Kau dengar kah apa saya cakap tadi?!,"soal Angela lagi dalam nada keras. "Dengar, "jawab Clyresa dengan suara serak kerana dia baru selesai menangis.

       Sambil tersenyum-senyum senang,Angela segera keluar berpergian dengan kawan-kawannya. Entah siapa kawan-kawan Angela,Clyresa tidak melihatnya dia terus mengunci pintu dari dalam. Clyresa memungut muntahnya tadi lalu membuangnya di jendela. Dengan perasaan marah terhadap Angela,Clyresa membaling pinggan itu ke dinding.

     "Saya harap kau mati!saya benci kau!,"kata Clyresa sambil menghentak-hentakkan kakinya. Clyresa memasukkan semula buku latihannya kedalam beg sekolah. Dia berbaring di atas lantai,memikirkan kembali tindakan Angela yang melampaui batas tadi. Dia berasa sangat benci dengan orang itu,wajahnya cantik tapi berhati iblis. Memperlakukan saudari kecilnya umpama binatang.

      Air mata Clyresa mengalir ke lantai,hatinya menyumpah seranah Angela. Saya harap kau mati,masa kau jalan-jalan..kata Clyresa dalam hati. Clyresa hairan dengan sikap dan perangai kakaknya Angela. Bagi Clyresa kakaknya itu cantik,semua orang memuji Angela cantik. Clyresa merasa bangga kerana memiliki seorang kakak yang secantik Angela. Tapi sayangnya,apa yang harus Clyresa banggakan dengan kakak yang cantik. Wajahnya cantik tapi perlakuannya kepada Clyresa sejahat itu.
         Clyresa tidak pernah mengingat momen Angela berlembut kepadanya,Angela sentiasa merundungnya dengan kekerasan. Suara lembut tidak pernah kedengaran kecuali Angela berada di hadapan kawan-kawannya. Adapun Clyresa cuma mengingat kakaknya yang seorang,Alexa yang tidak pernah melakukan kekerasan brutal terhadapnya seperti yang dilakukan oleh Angela kepadanya.

       Alexa tidak pernah menyakiti Clyresa seperti yang dilakukan oleh Angela. Clyresa masih pernah mendengar suara lembut Alexa tapi tidak pernah mendengar suara lembut Angela. Angela  selalu kasar dan tidak pernah tenteram. Alexa memiliki kecantikan yang lembut,perwatakan yang sesuai dengan wajah tapi tidak dengan Angela. Dua orang kakaknya ini benar-benar memiliki sikap yang jauh berbeza.

      Diam-diam Clyresa mulai merindukan sosok Alexa. Tapi apakan daya,Alexa sudah berada di Kampung Bawang jauh darinya.
       Akibat terlalu penat menangis tadi,perlahan-lahan Clyresa memejamkan matanya lalu dia tertidur. Ketika Clyresa terjaga dari tidurnya,hari sudah hampir gelap tapi Angela masih belum pulang. Clyresa bangun lalu memungut pinggan yang dia lemparkan tadi dan pergi mencucinya di singki.

     'Kenapa dia belum balik ni,takkanlah apa yang saya cakap tadi tu menjadi kenyataan?,'kata Clyresa dalam hati..dia mulai risaukan sesuatu. Dia tiba-tiba serba salah kerana telah berkata seperti itu tadi. Tapi  tidak lama kemudian, Seseorang mengetuk pintu rumah sambil memanggil nama Clyresa. Clyresa yang mengenali suara itu segera membukakan pintu dan dia melihat Clyresa sudah kembali tapi dengan mood yang berbeza.

      Angela kelihatan lebih gembira,Clyresa kehairanan. Dia kembali menutup dan mengunci pintu rumah.
       "Kau sudah makan?,"soal Angela dalam nada suara yang terdengar manis. "Belum,"jawab Clyresa ringkas tapi dengan reaksi yang penuhkehairanan. Memangnya orang ini kenapa,dia sangat lain..kata Clyresa dalam hati. "Saya tidak lapar,saya tidak mahu makan,"kata Clyresa. "Kalau tidak mahu makan,pergilah tidur,"sahut Angela.

     Dengan tuala yang berlilit di lehernya,Angela duduk di sudut ruangan sambil melihat skrin telefon Nokia dengan senyuman lebar terukir pada wajahnya. "Saya mandi duluan,"kata Clyresa meminta kebenaran. "Pergilah,"jawab Angela ringkas. Senyuman lebar itu masih terukir di wajah cantiknya.

      Selesai mandi,Clyresa memakai baju rumahnya. Lalu dia masuk ke dalam bilik meninggalkan Angela yang tersenyum-senyum sendirian di suatu sudut ruangan di ruang tamu.

       Seperti selalu,Clyresa pergi melihat bintang di tingkap.

Lexter...mungkin kalau kau ada dengan saya sekarang,dunia yang saya huni sekarang ini mungkin lebih baik,walau saya dibenci oleh satu sekolah tapi jika kau berpihak kepada saya..saya akan baik-baik saja..kawan pertama yang saya ada..saya harap kita dapat berjumpa lagi suatu hari nanti..saya sebenarnya sangat rindu, kau seperti saudara yang saya tidak pernah ada..terima kasih sebab sudah hadir di dalam hidup saya dan menjadi sebahagian dari kenangan ini..saya harap persahabatan kita kekal untuk selama-lamanya..Clyresa berkata-kata di dalam hati.

      Entah kenapa tapi anak ini memang sangat menyukai bintang. Katanya indah,cantik..mereka sangat ramai dan tidak akan kesunyian. Mereka bercahaya menerangi sesama sendiri, memberikan keindahan kepada langit pada waktu malam. Dia berharap keluarga juga dapat memberikan dia ketenangan...juga menunjukkan tentang keindahan hidup seperti bintang-bintang ini..

      
         
    

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now