Bab 9

11 3 0
                                    

     Tinggal sehari lagi cuti Clyresa iaitu besok,belum sampai esok lusa jantungnya berdetak laju dan dia merasakan ketakutan yang timbul dari dalam dirinya. Matanya memandang bintang-bintang dari jendela bilik tapi fikirannya memikirkan apa lagi yang akan dia lalui selepas ini? Rasa takut yang dia hadapi seperti ketakutan ketika menghadapi kematian.

     Apa lagi yang akan dia harus hadapi selepas ini?

    Tup!
Suis lampu ditutup,Angela masuk ke dalam bilik dengan rambut yang berbalut tuala. Dia duduk bersandar lagi pada dinding bilik sambil melihat skrin telefon nokianya sambil tersenyum-senyum sendiri. Clyresa hanya memperhatikannya,lalu mengalihkan pandangan kembali ke arah jendela.

     Angela sibuk dengan dunianya sendiri,kakaknya Angela tidak memiliki perasaan untuk menjaga Clyresa sikapnya hanya mahu tidak mahu. Mungkin kerana terpaksa akibat suruhan mama dan papa. Kalau dilihat dari raut wajah Angela,dia sama sekali tidak menyesal atas apa yang dia lakukan kepada Clyresa pada waktu siang tadi. Sikapnya biasa sahaja,tidak pernah minta maaf dapat dikatakan dia sama sekali sudah melupakan semuanya. Clyresa kecewa, perbuatan Angela yang melampaui batas tadi memang sakit. Rahangnya yang dicengkam Angela masih sakit, tapi hatinya jauh lebih sakit.

     Tidak lama kemudian Clyresa terlelap. Dan Angela masih sibuk meneroka indahnya 'dunia' yang dia 'tinggal'.

       Keesokan harinya,Clyresa terbangun ketika dia merasakan sinar matahari terbit menerangi wajahnya sampai mata dia terasa silau walaupun dia menutup mata. Sewaktu dia berpaling melihat ke sebelahnya Angela sudah tiada, dia terdengar bunyi periuk bising dari arah dapur seperti seseorang  sedang menggaul-gaul memasak. Clyresa tahu,itu sudah pasti Angela. Dan seperti kelmarin dia turun ke dapur dan bersarapan pagi dengan Angela.

     Hari ini Clyresa berharap kalau Angela tidak akan ke mana-mana lagi. Clyresa sunyi dia juga perlukan kawan dan satu-satunya yang dia ada sekarang adalah Angela. Tapi harapan Clyresa punah ketika Angela berkata kepadanya,"saya mahu jalan ni nanti, macam biasa kau jangan keluar rumah!siapa pun yang ketuk selagi dia tidak panggil nama kau,kau jangan buka pintu!kau dengar?,"kata Angela dengan mata yang garang.

      "Bolehkah saya ikut?,"soal Clyresa..kanak-kanak juga memiliki perasaan sunyi. Clyresa kecil pun sudah tentu merasa kesunyian tinggal dirumah sendiri setiap kali cuti. Berbicara dengan bayang sendiri,bercakap sendirian sehingga Angela mengecopnya gila padahal Clyresa juga memerlukan seorang teman bicara tapi Angela tidak dapat menjadi teman bicara Clyresa.
    
     Itu kerana Angela sibuk dengan dunianya sendiri,Clyresa sering terkurung di dalam rumah sedangkan Angela berjalan bebas ke sana ke mari. Dengan bengis Angela menjawab pertanyaan lembut Clyresa tadi,"buat apa kau ikut?!kau tinggal di rumah saja!saya tidak suka kau ikut-ikut saya,semua benda pun kau mahu beritahu mama!kau tu menyusahkan saya saja!," Clyresa terdiam.

     Mendengar kata-kata Angela yang sangat kasar itu dia tidak protes. Dia tunduk memandang pinggannya lalu menyuapkan nasi demi nasi ke dalam mulutnya,hati yang mulai berasa sunyi ingin mata mengalirkan air mata. Tapi Clyresa sedaya upaya menahan air matanya.

       Jam menunjukkan pukul 10 lebih dan benar sahaja Angela keluar dari rumah dengan kawan-kawannya meninggalkan adiknya yang masih kecil di dalam rumah sendirian. Angela memang egois,dia tidak pernah memikirkan seorang adik yang masih bergantung kepadanya. Lebih rela dia berpergian dengan teman-temannya daripada menemani Clyresa di rumah.

      Keluar sahaja Angela dari rumah,seperti biasa Clyresa akan mengunci pintu dari dalam rumah. Kesunyian melanda jiwa Clyresa, dia duduk bersandar pada dinding sambil memeluk lututnya. Tangannya menggeletar lagi,jantungnya lagi-lagi berdegup laju...sebab inilah kenapa dia ingin bercerita,sebab inilah kenapa dia tidak ingin Angela meninggalkannya..dia perlukan seseorang untuk berbicara dengannya supaya apa yang dia rasakan saat ini berkurang..

     Jika dia memiliki teman ketawa, bercerita hari ini dan jika dia merasakan kebahagiaan hanya untuk sehari sahaja...mungkin dia tidak akan peduli dengan apa yang akan dia lalui esok. Tidak kira semenakutkan apa yang akan dia lalui esok nanti dan jika dia sudah merasakan kebahagiaan hari ini..dia sudah mendapatkan kekuatan itu untuk menghadapi segala-galanya nanti..

     Tapi kini dia ditinggalkan sendirian. Tanpa sokongan dan tanpa kekuatan dari sesiapapun dia akan menderita untuk hari ini, juga untuk hari esok. Lagipun kenapa kanak-kanak sepolos Clyresa harus dituduh sebagai pencuri sedangkan dia tidak pernah mengambil apapun. Satu sekolah membencinya dan merundung dia seteruk ini. Dia dihukum atas kesalahan yang dia tidak pernah lakukan. Sekarang dia harus hidup dalam ketakutan yang dia tidak layak rasakan.

        Clyresa menangis sendirian,dengan tubuh yang menggeletar..dia menangis untuk meluahkan rasa takutnya..pada ketika ini Clyresa berharap bahawa ada seseorang akan membawanya pulang ke kampung bawang untuk menjauh dari sekolah  SK Pukak,Tuaran. Di usianya baru 7 tahun ini,dia melalui momen-momen yang seharusnya dilalui oleh orang dewasa atau remaja tapi dia melaluinya sebagai kanak-kanak. Dia meratapi nasib yang akan dia lalui besok nanti.

      Tidak ada apa yang Clyresa dapat lakukan di rumah ini ketika dia bersendirian,jadi dia tidur untuk menunggu Angela datang. Hari-hari masa cutinya seperti ini,Angela pergi...Clyresa bermain sendiri sampai dia rasa mengantuk. Setelah itu dia akan menunggu Angela pulang. Sampai larut malam, ketika matahari sudah berganti bulan barulah Angela akan kembali. Entah dari mana saja dia,tapi yang pasti senyuman dan rasa senang yang terpancar dari wajah Angela ketika dia pulang ke rumah agak berbeza. Sepertinya mood dia bertukar sehingga 360°.

      Tapi kali ini Clyresa menunggu bukan sambil bermain patung-patung seperti selalunya,dia menunggu Angela sambil memendam rasa takut esok akan tiba. Clyresa berharap mereka sudah berhenti memikirkan cara untuk membuatnya menderita lebih sakit lagi.

      Malam pun tiba,Angela telah kembali. Selepas mandi,mereka makan malam bersama-sama lalu mereka pun masuk tidur selepas mencuci pinggan masing-masing. Clyresa membawa ketakutannya ke dalam tidur.

       "Cly!Cly!bangun!,"jerit Angela sambil mengoyang-goyangkan tubuh Clyresa. Clyresa terdengar namanya dipanggil segera membuka kelopak matanya cepat-cepat. "Kau kenapa?!,"soal Angela. Clyresa merasakan air matanya mengalir,wajahnya basah lencun oleh peluh. Rupa-rupanya tadi Clyresa berteriak dan menangis dalam tidur sebab itulah Angela yang terperanjat membangunkannya. Clyresa sendiri tidak tahu apa dia mimpi sehinggakan dia berteriak dan menangis. Pada saat ini pun Clyresa menangis,tapi yang pastinya ketika dia terbangun tadi dia merasakan sakit yang menusuk-nusuk dadanya. Rasa sakit itu seperti ketika dia sakit hati.

    

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now