Bab 11

16 4 0
                                    

     Adakah Clyresa cuma berdiam diri ketika mereka memegang kedua-dua tangannya sebelah menyebelah?sudah tentu tidak,dia meronta seperti orang gila. Tapi kekuatan Clyresa yang kecil tidak dapat mengalahkan kekuatan mereka. Dia lemah kerana tubuh Clyresa terlalu kecil untuk bersikap kuat.

       Clyresa berjalan pulang ke rumah yang kosong dan sepi itu..itulah arah perjalanan terakhirnya setiap hari dan dia tidak suka menuju ke arah kesepian ini. Rumah berkunci sehingga dia harus menunggu selama berjam-jam diluar rumah. Angela tidak mahu meninggalkan kunci rumah,kerana dia tidak mempercayai Clyresa katanya takut kalau-kalau kunci rumah itu akan hilang. Padahal,dia boleh saja menguji Clyresa sekali tapi Angela merasa dia terpaling amanah sehingga Clyresa harus terseksa diluar rumah menunggu kedatangan Angela.

     Sama ada dia merasakan panas atau hujan,Clyresa terpaksa rasakan kerana tidak ada tempat baginya untuk berteduh yang selamat di luar rumah sekalipun di dalam terowongan bawah rumah tempat dia tidur,hujan membanjiri tempat itu juga.

     Semenjak dari kejadian dia dibuli beramai-ramai yang dia lalui, itulah kali terakhir Clyresa pergi ke kantin di tahun 2008 ini. Clyresa benar-benar hidup di dalam ketakutan sehingga dia tidak lagi berani untuk membeli makanan di kantin. Mereka tidak akan pernah memahami apa rasanya memiliki ketakutan ini. Tapi Clyresa bernasib baik kerana ada rakan sekelasnya  yang menolong dia untuk membeli makanan di kantin.

     Clyresa gemetaran setiap kali dia menuju ke sekolah tapi jika dia tidak ke sekolah Angela pula akan menyiksanya. Saudari yang akan sentiasa menjadi mimpi buruk bagi Clyresa adalah Angela,dia sama jahatnya dengan mereka. Kedua tempat ini adalah neraka yang Clyresa tidak dapat elakkan pada ketika ini.

     Nama Clyresa sudah tercemar di mana-mana,semua orang benar-benar percaya bahawa dia seorang pencuri. Tapi untuk berselindung di balik rasa duka yang menghancurkan perasaan Clyresa, dia masih mencuba untuk hidup seperti biasa. Walaupun hakikatnya,dia sudah tidak ingin menunjukkan wajahnya di sekolah itu.

    Ting!ting!ting!
     Lonceng berbunyi menandakan waktu pulang. Semua murid tahun satu cepat-cepat mengambil beg masing-masing yang tersimpan dirak khas yang disediakan untuk mereka simpan beg.

      Semua murid telah mengambil beg masing-masing dan rak telah pun kosong. Tapi Clyresa tidak menjumpai beg sekolahnya,Clyresa mencari dimana-mana dia berjalan di setiap sudut ruangan di dalam kelas mencari begnya namun dia tidak menjumpai apa-apa. Clyresa yang berputus asa duduk di tangga dan termenung memikirkan di mana dia meletakkan beg sekolahnya. Semua murid sudah pulang dan kelas sudah kosong. Hanya tinggal Clyresa disana.

      Clyresa berdiri setelah dia duduk di tangga selama beberapa minit,menyambung kembali pencarian beg sekolahnya yang tiba-tiba hilang begitu saja. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahhari. Clyresa menyeluk poket pinaforenya mengeluarkan sebiji gula-gula kiss me. Dia membuka plastik gula-gula memakan isinya dan berjalan ke arah tong sampah dekat tangga tempat dia duduk untuk membuang plastik gula-gula kiss me. Ketika dia hendak membuang plastik gula-gula nya dia melihat sesuatu di dalam tong sampah.

     Clyresa mengangkat beg hitam yang ada di dalam tong sampah dan mengamati bentuk beg itu,dia seperti tidak percaya. 'Ini beg saya!,'kata Clyresa didalam hati. Clyresa mengosok-gosok begnya dengan tangannya untuk membersihkan begnya yang sudah ditumpahi dengan air susu yang baunya sangat busuk serta sisa-sisa nasi yang melekat pada begnya. Gugur air mata Clyresa...sebenci inikah mereka kepadanya?

    Beg ini adalah beg kesayangan Clyresa. Beg yang dibeli oleh papa untuknya, "ini beg mahal ni saya beli,jadi jaga baik-baik ini beg,"kata papa kepada Clyresa. Clyresa ingat pesanan papa dengan baik. Clyresa tahu bahawa papa bekerja sangat keras untuk mencari duit,Clyresa sendiri sudah berjanji bahawa dia akan menjaga beg itu dengan baik. Sebab itulah Clyresa sentiasa memeluk beg ini,kerana beg ini adalah pemberian yang paling berharga yang Clyresa pernah terima dari papa.

      Setiap hari ke sekolah dia menahan hati dan telinganya kerana mereka semua sering memanggilnya pencuri. Dia menjadi bahan gossip dan fitnahan satu sekolah. Juga sangat dibenci satu sekolah kerana kesalahan yang dia tidak pernah lakukan.

      Clyresa ingin mencuba mengabaikan mereka semua,balingan kertas,batu atau apa sekalipun tidak lagi membuatnya hairan walaupun membuatnya sangat sakit hati. Dia juga tidak pernah mencari begnya di rak lagi,setiap hari dia tahu bahawa beg nya sudah pasti berada di dalam tong sampah. Kasutnya yang hampir setiap hari akan diisi dengan nasi dan air susu dia hanya dengan selamba menuangkannya kembali ke dalam tong sampah. Lagipun,dia tidak tahu ini perbuatan siapa. Siapa yang melakukan ini kepadanya. Jika dia menuduh sembarangan riwayatnya akan berakhir..

     Suatu hari,ketika pulang dari sekolah. Clyresa mengikut jalan pulang yang akan melalui kedai runcit uncle Mijan,mula-mula Clyresa pergi menghantar beg sekolahnya pulang ke rumah setelah itu dia kembali berdiri didepan kedai runcit uncle Mijan,Clyresa merenung kedai runcit itu. Ketika dia berusia 4,5 tahun dahulu mama pernah membawa Clyresa ke sini,waktu itu dia belum mengerti istilah penjual dan pembeli..jadi pertama kali dia masuk ke sini dia teruja ternampak banyak gula-gula jadi tanpa sebarang perasaan dia yang masih sangat muda pada ketika itu mengambil banyak gula-gula lalu dia masukkan ke dalam poket,mungkin sejak dari itu cerita tentangnya tersebar bahawa dia pencuri sebab itulah dia menjadi suspek utama di kelas ketika barang milik kevin hilang. Tapi Clyresa  benar-benar tidak mengambil apa pun dari Kevin dan sekarang dia menjadi pelaku kejahatan utama di dalam kelas tahun satu. Waktu ini,fikirannya tiba-tiba menjadi jahat,'alang-alang saya dituduh mencuri tapi saya tidak mencuri,sia-sia saya mendapatkan 'gelaran' itu jika saya tidak melakukannya!'. Clyresa berpura-pura masuk ke dalam kedai runcit uncle Mijan. Dia pergi membeli gula-gula 5 biji dengan duit 50 sen tapi dia mengambil segenggam gula-gula dari dalam balang lalu dia masukkan ke dalam poket pinaforenya. Percubaan pertama Clyresa dia berjaya melakukannya. Dan kedua kali dia mencuba lagi untuk mencuri....hal yang tidak terduga terjadi...

      Ketika dia hendak pergi membayar gula-gula 5 biji yang dia tunjukkan kepada uncle Mijan,lelaki tua itu sudah tahun perbuatan Clyresa. Uncle Mijan memasukkan tangannya ke dalam poket Clyresa,Clyresa terkejut lalu dia gemetaran. "Ini apa?,"soal uncle Mijan usai mengeluarkan tangan menunjukkan segenggam gula-gula  dari dalam poket Clyresa. Clyresa yang berasa malu,tidak jadi membeli gula-gula 5 biji yang dia ambil. Sebaliknya dia meletakkan gula-gula itu di atas meja.

     Dengan pantas Clyresa berlari pulang, sesampainya dia di rumah dia memegang kepalanya kerana malu. Dia tidak akan berani melalui tempat itu lagi. Perasaan malu menyelubungi diri Clyresa. Rasa bersalah menghantui jiwanya.

       Tinggal beberapa hari lagi cuti 2 bulan akan bermula dan tahun 2008 akan berakhir dengan segera. Clyresa tidak sabar menunggu waktu itu,pada ketika ini dia cuba bertahan dalam perundungan yang mereka lakukan kepadanya. Dia ingat cuti nanti dia akan menyembuhkan lukanya dengan bertemu sepupu yang muda setahun darinya bernama Sheila Marian yang bersekolah di kampung Bawang.

       Sheila adalah kawan masa kecilnya, semenjak sebelum mereka mengenal sekolah mereka sudah berteman. Mereka sangat rapat juga memiliki getaran keceriaan yang sama setiap kali bertemu. Ya...hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan Sheila Marian. Inilah menguatkan dia,setiap kali memikirkan teman jarak jauhnya,dia memiliki alasan untuk bertahan...

      Juga Lexter...tapi Keberadaan Lexter tidak diketahui..semenjak mereka bersekolah sudah jarang mereka bertemu. Dia juga sudah tidak ingat bila kali terakhir mereka pernah bersemuka...

     

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now