Bab 13

11 2 0
                                    

PERTAMA kali Zander bersekolah di tadika,Rusinah yang menemaninya ke tadika dan mendaftarkan Zander di sana.

Selepas itu,Clyresa pergi mencari kelasnya. Kini Clyresa telah berusia 8 tahun. Clyresa tercari-cari kelasnya,dia melihat rakan-rakan sekelasnya dari tahun lalu berkumpul di kelas seberang. Oh,mungkin di sana,kata Clyresa di dalam hati. Dengan langkah yang cepat Clyresa menuju ke kelas yang terletak di seberang sana. Ketika Clyresa masuk ke dalam kelas Nadine menyapanya,"tempat duduk di sana kosong,pergilah duduk sana,"kata Nadine sambil menunjuk ke arah tempat duduk kosong yang berdekatan dengan tingkap.

Clyresa tersenyum kecil lalu dengan langkah yang perlahan dia menuju ke arah tempat duduk yang kosong itu. Tahun yang baru,sepatutnya hari yang baru..Clyresa menyangka tidak akan ada yang merundungnya lagi. Baru beberapa minit Clyresa duduk tenang di kerusinya tiba-tiba Bryan,Kevin dan Mark tiba-tiba datang menghampiri nya dan membalingnya dengan kertas dan pensel. Ternyata para perundung ini tidak merubah sikapnya sama sekali,mereka sentiasa sama seperti tahun lalu.

"Jangan ganggu saya!!,"teriak Clyresa. Sakit nya terkena mata pensel akibat dibaling oleh mereka hanya Clyresa yang tahu. Pedih kulit wajahnya,sehingga menitis air mata Clyresa.
Namun,mereka ini tetap degil mengganggunya.

"Cukup!!jangan kamu kacau dia!,"jerit Esther dalam nada garang. Jeritan Esther pada mulanya tidak berkesan,"saya cakap sudah!Bryan,Kevin,Mark!!jangan lagi kamu kacau dia!!,"jeritan Esther untuk kali yang kedua dengan suara yang lebih keras membuatkan mereka akhirnya cepat-cepat beredar dari sana meninggalkan Clyresa sendirian.

Esther menghampiri Clyresa,dia mengusap-usap kepala Clyresa dan memegang lembut bahu Clyresa untuk menenangkan Clyresa dari tangisannya.
"Kau...okay kah?,"soal Esther dengan senyuman. Anak ini sangat cantik dengan raut wajah yang lembut.
Clyresa menggangguk kecil seraya berkata,"saya okay,". Dia menyeka air matanya sendiri,matanya yang sembap menatap Esther. Hari ini Clyresa beruntung kerana dia diselamatkan oleh seseorang sekaligus dia mendapatkan seorang kawan.

"Awas kamu!kalau kamu buli dia lagi!,"kata Esther kepada tiga orang perundung itu dengan nada keras. Pada akhirnya,Esther memilih untuk duduk di sebelah Clyresa.
Esther mengangkat begnya dan barang-barangnya yang lain untuk pergi ke tempat duduk kosong yang terletak di sebelah Clyresa.

"Siapa nama kau?,"soal Esther dengan senyuman ramahnya sambil menghulurkan tangan ke arah Clyresa. Clyresa menyambut huluran tangan Esther seraya menjawab.
"Nama saya Clyresa Dominic,panggil saja Clyresa,nama kau?,"jawab Clyresa dengan suara yang masih serak akibat baru selesai menangis.
"Nama saya Esther Erlin Dania,panggil saja saya Esther,"jawab Esther dengan ramah.
Begitulah perkenalan mereka berdua untuk kali pertama,sejak dari itu mereka berdua menjadi sahabat rapat. Sangat rapat sehingga ke mana-mana pun mereka pergi sering berdua. Bahkan,Esther sanggup memberi Clyresa makan jika Esther tidak ada duit untuk membeli makanan,Esther sanggup membelah kuih yang dibelinya untuk dia berikan kepada Clyresa yang tidak memiliki duit untuk membeli makanan.

     Seketika ini Clyresa merasakan sinar kebahagiaannya pada tahun 2009 ini,harinya berjalan dengan sangat baik. Semenjak kehadiran Esther didalam hidupnya, Clyresa semakin bersemangat untuk ke sekolah. Mereka yang membulinya juga tidak dapat menyentuh Clyresa lagi.

    Suatu masaEsther tidak hadir ke sekolah,semua orang mencari-cari kelibat Esther. Cikgu yang mengajar subjek Bahasa Melayu masuk ke dalam kelas namanya cikgu Karla. Semua murid berdiri memberi salam kepada cikgu Karla, "selamat pagi cikgu,"ucap murid-murid di dalam kelas tahun dua itu. "Ya,selamat pagi,silakan duduk,"sahut cikgu Karla. Buku-buku yang ada di tangan cikgu Karla diletakkannya di atas meja.

     Semua murid pun duduk,cikgu Karla melihat ke sekeliling kelas,"siapa yang tidak hadir?,"soal cikgu Karla. "Esther,cikgu,"jawab Grace. "Mana dia pergi?,"soal cikgu Karla. Semua murid memandang sesama mereka. Mereka juga tertanya-tanya antara satu sama lain.

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now