Bab 14

13 2 2
                                    

      "MARK apa kau buat pada Clyresa?,"soal cikgu Karla.
       
***
     Mark terdiam,sepertinya dia tidak mampu menjawab soalan mudah dari cikgu Karla. Namun,wajahnya sama sekali tidak menunjukkan rasa bersalah sama sekali. Ketika tidak ada jawaban dari mulut Mark,cikgu Karla berpaling memandang Clyresa. "Apa yang mereka lakukan kepada kamu,Clyresa?,"soal cikgu Karla.

     "Mereka tarik rambut saya,lepas tu seret saya atas pantai,ludah muka saya,tendang dan pijak kepala dan kaki saya...,"jawab Clyresa dengan suara yang ditahan-tahan supaya tangisannya tidak pecah lagi. Selepas mendengar kata-kata Clyresa, cikgu Karla memandang tiga orang murid lelaki itu.

      "Kenapa kamu buat dia begitu?,"soal cikgu Karla kepada mereka pula. Mulut mereka hanya terkatup rapat lagi-lagi tidak dapat menjawab soalan mudah yang sebenarnya mereka tahu. Mata mereka turun memandang lantai.
      "Mark!jawab!kenapa kamu buat dia begitu?!,"kali ini suara cikgu Karla menjadi lebih keras. Akhirnya, Mark menjawab tapi jawapan dari mulut Mark membuatkan dunia Clyresa menjadi gelap,emosinya runtuh,kakinya juga terasa lemah saat Mark berkata "sebab dia pencuri,"kata Mark dengan tenang...

***
     "Apa yang dia curi?,"soal cikgu Karla sambil menatap wajah Mark dengan tangan bersilang di dada. "Mainan card milik Kevin,"jawab Mark. Seketika itu juga Clyresa terduduk di atas lantai. Tangisannya berderai lagi,kerana hatinya terlalu sakit air matanya ikut berguguran. "Saya bukan pencuri...,"rintih Clyresa sangat sedih. "Saya tiada curi apa-apa,"suara Clyresa hampir tenggelam..

     Tubuhnya terasa lemah sekali,semua orang menandainya sebagai pencuri. Disebabkan mereka Clyresa merasa sangat jijik pada diri sendiri.
      Mata cikgu Karla merenung Mark. "Kamu ada buktikah bahawa dia inilah yang mencuri barang milik Kevin?,"soal cikgu Karla. Mereka segera menggelengkan kepala masing-masing seraya menjawab "tiada,". Lalu jika tidak ada mengapa dalam ramai-ramai orang,Clyresa lah yang dibingkai sebagai pencuri?sehingga dia dihukum diseksa dari tahun 2008 sampai tahun 2009 ini?
     "Jadi kenapa kamu menuduh dia pencuri?,"soalan ini juga tidak dapat mereka jawab. Masing-masing terdiam seribu bahasa sedangkan hati Clyresa mengalami retak seribu, dia tidak menyangka mereka masih membingkainya sebagai pencuri walaupun sebenarnya dia di fitnah.

***
     Dia yang tidak mencuri apa pun dari Kevin tapi dia juga dihancurkan oleh mereka seperti ini.
      Clyresa masih terduduk di atas lantai,hatinya tidak dapat menerima tuduhan ini sebab dia memang tidak bersalah. "Saya bukan pencuri,bukan saya yang buat begitu...,"Clyresa mengatakan ini terus-menerus walaupun mereka tidak percaya kepadanya.

     "Clyresa, berdiri,"arah Cikgu Karla.
     Atas arahan cikgu Karla, perlahan-lahan Clyresa berdiri semula. Seluruh tubuhnya sangat sakit akibat dipukuli oleh mereka katanya sebagai hukuman atas perbuatan yang dia tidak pernah lakukan. Adil?adilkah?adakah orang yang memahami rasa sakit yang Clyresa rasakan?betapa seksanya menjalani hukuman ketika diri benar-benar tidak bersalah.

     "Kamu dengar apa yang dia cakap tadi?dia sudah cakap dia tidak mencuri..bila kejadian tu berlaku Mark?,"soal cikgu Karla.
    "Tahun lalu,"jawab Mark perlahan...mendengar jawapan Mark,cikgu Karla menggelengkan kepalanya serasa tidak percaya lalu berkata kepada mereka,"tahun lalu??kamu ada laporkan kepada cikgu tentang barang yang hilang kena curi kan?bukan masa tu dia sudah kena cek kah?,"kata cikgu Karla kepada mereka. "Iya,"jawab Mark.

***
      Mendengar kata-kata cikgu Karla, Mark menurunkan kembali pandangannya. Tidak ada sangkalan dari mulut para pembuli ini. Masing-masing mendiamkan diri. Mata cikgu Karla menatap Bryan,Kevin dan Mark bersilih ganti,"hal ini belum selesau,esok kamu bawa ibu atau bapa kamu datang sini...Clyresa bawa mama atau bapa datang sini..kita sambung perbincangan ni besok,sekarang kamu balik kelas masing-masing dan belajar betul-betul, "kata cikgu Karla. Dengan jelas mata Clyresa melihat wajah ketiga-tiga orang itu sama sekali tidak ada rasa takut.
       Apa yang  paling menyakitkan reaksi mereka bersahaja dan tidak peduli. Perkataan maaf pun tidak ada keluar dari mulut mereka.

     Mereka masing-masing kembali ke kelas atas arahan cikgu Karla.
     Clyresa berjalan menjaga jarak dari mereka kerana ketakutan yang masih tertanam dalam hati Clyresa. Ketiga orang itu berjalan beriringan di depan Clyresa, jarak lebih kurang dua meter dari mereka. Gaya bicara, reaksi dan sikap mereka benar-benar menyakitkan hati..mereka benar-benar tidak tahu caranya meminta maaf.
     Sakit...sakit...bukan hanya ditubuh,kulit tapi jiwanya ikutan hancur bukan kepalang.
       Tapi siapa yang dia akan bawa esok?mama dan papa tidak ada dirumah,kedua-duanya berada di kampung bawang. Menemani atuk dan neneknya. Mengingat sosok Angela saja buat dia berasa seram,tapi dia akan mencuba untuk berbicara dengan Angela..siapa tahu Angela akan datang sebagai wakil mama dan papa nanti. Hati Clyresa dipenuhi harapan...
     
***
Pukul 12.30 tengahhari.
     Clyresa meletakkan begnya lalu dia duduk di atas simen di luar rumah. Zander yang baru pulang dari tadika pun ikut duduk dengannya di luar rumah,dia mengeluarkan patung mainannya dari dalam beg lalu bermain sendirian. "Dari mana kau dapat itu,
?,"soal Clyresa. "Kawan saya bagi,"jawab Zander lalu menyambung bermain lagi.

      Mengingat apa yang telah menimpanya di sekolah tadi,dia merasa sangat marah,rasa malu,serasa sampah yang mereka harus pijak. Dia sangat sakit hati tapi dia terpaksa memeluk rasa sakitnya sendiri,Clyresa menangis sambil memeluk lututnya..Zander mendengar tangisan Clyresa lalu dengan cepat dia pergi melihat kakaknya itu,"Resa,kau kenapa?,"soal Zander.
       "Tiada apa-apa, "sahut Clyresa sendiri memendam semua rasa di dalam hati. Tidak mungkin dia akan menceritakan semua hal kepada Zander. Dia masih kecil dan tidak mungkin dia akan mengerti semua ini. Pada saat ini Clyresa sangat-sangat perlukan satu pelukan dari seseorang pada ketika ini...tapi kemana semua orang?

     Pada waktu malam,hati Clyresa berdetak sangat laju. Dag...dig..dug!
     Matanya terus-terusan memandang Angela,tubuhnya gemetaran. Tangan Angela sangat sibuk menyusun buku teksnya mengikut jadual manakala Clyresa dan Zander sedang makan malam nasi berlaukkan telur goreng.

    Walaupun dia terketar-ketar dengan kerongkong yang seperti tersekat tidak ingin mengeluarkan apa-apa suara. Akhirnya Clyresa memberanikan diri untuk mencuba nasib,"Angel...besok cikgu panggil untuk datang ke sekolah...,"kata Clyresa dengan suara perlahan..takut-takut dia bersuara..
      "Untuk apa!!kau tahu kah besok saya sekolah?!apa masalah  yang kau sudah buat di sekolah sampai perlu panggil saya mahu pergi sana!!,"jerkah Angela. Baru beberapa kata yang dikeluarkan oleh Clyresa Angela sudah sangat marah.
      "Apa masalah yang kau buat di sekolah?!,"soal Angela dengan sangat kasar. Matanya yang bulat penuh kemarahan menatap Clyresa.

       "Tiada...tidak tahu,cikgu suruh saya panggil saja,"bohong Clyresa untuk menyelamatkan diri dari amarah Angela. Melihat reaksi Angela yang begitu sudah sangat menyeramkan sekali..lagi Clyresa memendam rasa sakit ini. Dia seperti ingin menangis,tangannya yang bergegar menyuapkan nasi ke mulutnya.
      "Kau jangan kurang ajar sama saya sana!jangan cuba-cuba menyusahkan saya!,"tengking Angela lalu meluruh ke arah Clyresa dan mencubit pipi Clyresa begitu kuat. Pedih...sangat sakit seperti mahu terkupas kulit pipinya. Tangisan Clyresa tidak berderai tapi air matanya gugur kerana rasa sakit yang dia rasakan dari cubitan jari Angela.
     "Kau dengarkah apa yang saya cakap tadi?!,"soal Angela lalu menolak kepala Clyresa begitu kasar sekali. "Dengar..,"jawab Clyresa dengan suara yang tenggelam kerana sakit hati membuatkan lidahnya membeku daripada mengeluarkan suara dengan jelas.
      "Itulah kau,"tambah Zander. Clyresa diam. Tidak mengambil hati dengan kata-kata Zander...dia masih kecil jadi dia tidak akan faham apa yang dirasakan oleh Clyresa..
      Angela meneruskan menyusun buku teksnya dan Clyresa teruskan makan malam.

     Pada waktu ini,waktu di mana dia sangat memerlukan Angela...sebagai harapannya pada ketika ini tapi dia malah di sakiti olehnya..dia sudah mencuba nasib dan Angela menolaknya..siapa lagi?mama dan papa tidak ada di sini..
Jadi besok dia terpaksa menghadapi semuanya seorang diri...kenapa semua orang meninggalkannya pada ketika ini??jadi dia harus menyusun kebohongan besok..dia tidak ada pilihan lain. Dia mungkin akan dipersalahkan tapi semua ini adalah untuk menyelamatkan dirinya sendiri...tapi Clyresa juga tidak tahu nasibnya seperti apa esok?dia pun berharap semuanya akan baik-baik sahaja...

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now