Bab 6

15 5 0
                                    

     Clyresa berteriak melepaskan rasa marah,rasa sakit,kecewa dan ketidakpuasan hatinya.Hari ini,nasibnya sangat malang. Dia bahkan tidak tahu bahawa dia akan melalui sesuatu yang sangat menyakitkan dirinya. Jika dia memang pencuri dan dia diperlakukan seperti ini,dia akan mengakui bahawa dia layak menerima hukuman tapi Clyresa yang tidak bersalah difitnah mencuri lalu dihukum atas kesalahan yang dia tidak pernah lakukan. Tidak adil!sungguh tidak adil!...

     Di tengah-tengah tangisan Clyresa, Jessica mendatanginya.
"Cly,kau kenapa?,"soal Jessica sambil mengusap tanah yang ada di rambut Clyresa. "Saya bukan pencuriiii!,"teriak Clyresa bukan dalam kemarahan tapi dalam kekecewaannya. Sangat kelihatan,Clyresa yang sudah melemah dalam tangisan ingin memberitahukan dengan sungguh-sungguh bahawa dia benar-benar tidak mencuri apa pun dari Kevin. Sayangnya,tidak ada yang mempercayainya sampaikan satu sekolah membulinya, menganiaya dia seolah-olah Clyresa adalah orang yang paling menjijikkan di mata mereka semua. Semua murid di SK Pukak,Tuaran ini sudah melampaui batas dengan ikut-ikutan membuli Clyresa tanpa mnegetahui cerita itu benar ataupun tidak.

      Beberapa orang murid perempuan satu kelas Clyresa datang menghampiri Clyresa...Grace,Shifah dan Nadine,mereka cuba untuk menenangkan Clyresa yang sedang tantrum. Tangan mereka mengusap-usap baju kurung Clyresa untuk menyingkirkan tanah yang melekat pada pakaian Clyresa.
      "Siapa yang buat kau begini?,"soal Jessica. Clyresa tidak mampu menjawab kerana dia tidak mengenali mereka,Clyresa menunduk di meja...dia hanya mampu menangis untuk meluah kan apa yang menyakitinya. Pujukan mereka pun tidak berguna,itu tidak dapat menghiburnya lagi. Bagaimana mungkin,selepas dibuli secara brutal masih adakah alasan dia untuk terhibur.Masalah yang dia ingat sudah selesai di kelas tapi sampai satu sekolah merundung dia,terasa sekali dunianya gelap seketika merasakan maruah diri dipijak oleh mereka begitu sahaja.
   Ting!Ting!Ting!
        Lonceng berbunyi menandakan masuk kelas,ketika ini juga tangisan Clyresa sudah mereda. Sewaktu cikgu masuk ke dalam kelas untuk sesi pembelajaran Clyresa berpura-pura tenang,matanya sembap tapi  dia sudah berhenti menangis.."kau ok ka?,"soal Grace yang duduk di sebelahnya." Iya,"jawab Clyresa tapi dengan suara serak. Sungguh hebat Clyresa kecil ini,selepas dibuli begitu teruk setelah itu sekejap sahaja dia bertenang tapi hatinya sudah terluka begitu dalam bahkan hampir hancur oleh perbuatan mereka tapi mereka tidak tahu itu. Pendam...pendam sebab tidak ada yang akan memeluk rasa sakitnya kecuali dia sendiri.

     Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari,lonceng berbunyi menandakan waktu pulang. Selesai mengemas bukunya,Clyresa keluar dari kelas. Pada waktu pulang,ada murid-murid dari kelas lain yang mengejar Clyresa dan membalingnya batu. Batu yang mengenai tubuh dan dahinya memang sakit,tapi apa yang dia boleh lakukan? dia tidak dapat mengubah pandangan mereka dan cara anak-anak ini berfikir. Air mata Clyresa mengalir,tapi mereka hanya mentertawakan dan mengejek dia sambil membalingnya dengan batu-batu kecil.

      "Tengok dia nangis!ha ha ha ha!nangis lagi lah,nangis kuat-kuat!,"ejek mereka. Sesekali ada yang menampar belakang tubuh Clyresa sangat kuat. Tangisan Clyresa berderai,tapi dia tetap melangkah walaupun mereka mengganggunya sesakit ini.Mereka terus-terusan mengejar langkah Clyresa sampai ke luar pagar.

    "Sudahlah tu cukup!dia dapat pelajaran sudah tu,"Clyresa terdengar suara seorang perempuan suara yang sama dia dengar sebelum ini. Ini ketiga kalinya dia mendengar suara perempuan ini. Pelajaran apa?memang Clyresa salah apa?kenapa harus seteruk ini hukuman yang harus Clyresa terima sedang kan dia ini benar-benar tidak melakukannya?

       Ketika Clyresa tiba di luar pagar,dia melihat Bryan sedang berbicara dengan seorang pak cik. Tiba-tiba Bryan menunding jari ke arah Clyresa,"dia itu pencuri,itulah dia kena buli tu,"kata Bryan kepada pak cik itu.Clyresa hanya melihat ke arah mereka." Apa kau tengok-tengok!,"herdik Bryan,mata Clyresa melihat Bryan dengan sangat tajam.Namun ketika Pak cik itu memberikan tombol ibu jari kepada Clyresa seperti mengejeknya nya,emosi Clyresa kembali runtuh. Dia memandang ke hadapan kembali dan menitiskan air matanya.

      Semua orang percaya dia anak kecil yang jahat,hati kecilnya kecewa. Kenapa semua orang seperti ini?dia tidak pernah mengganggu siapapun tapi mereka menjentiknya sampai namanya tercemar dan menjadi senarai hitam dalam hidup mereka semua. Kenapa dia harus melalui sesuatu yang seperti ini disaat usia nya baru 7 tahun?Clyresa tahu dia tidak akan sembuh dalam waktu yang sekejap. Tidak ada yang akan dapat menutup luka ini. Ini sangat sakit,sampai Clyresa merasa sangat putus asa dan dia memiliki keinginan untuk mati saja. Dia sentiasa melalui semua hal buruk yang tidak layak untuk seorang anak kecil rasakan. Kemana semua orang?kenapa tidak ada yang melindunginya. Ma,papa,Alexa....Lexter kamu di mana?Lexter tolong...saya perlukan kamu semua sekarangg..kamu  dimana Lexter,tolong saya untuk senyum dan tertawa seperti yang kita lalui setiap kali kita bertemu.

     Clyresa terus menangis sepanjang jalan sambil memanggil semua orang,...Lexter...kau dimana..hati Clyresa yang pada ketika ini berasa seperti di cabik-cabik memanggil-manggil nama Lexter.Fikiran mula mengimbas kembali di mana Clyresa pertama kali berjumpa dengan Lexter adalah ketika mereka belum lagi mengenal sekolah dan kedua-duanya masih kecil pada ketika itu. Ya...Lexter ada lah sepupu pertamanya,dia sangat suka berteman dengan Lexter. Anak ini memang sangat nakal tapi kenakalannya tidak pernah menyakiti Clyresa.

     Pelukan adalah satu-satunya hal yang Clyresa ingini pada ketika ini,tapi tidak mungkin jadi Clyresa duduk di luar rumah..dia memeluk dirinya sendiri lalu menangis tersedu-sedu. Dia menangis bersandar pada dinding simen di luar rumah dan menangis semahu-mahunya. Siapa saja yang ada disisinya pada waktu ini? Dia berada dalam penderitaan yang sangat dashyat,sangat perih bagi seorang anak yang melalui ini seorang ini...

      Selepas Clyresa menangis semahu-mahunya,dia mulai berasa mengantuk. Pintu rumah tidak dapat dibuka sebab Angela belum pulang dari sekolah. Jadi Clyresa mencari ruang di dalam lorong bawah tanah rumah mereka,beg sekolahnya dia tinggalkan di luar terowong dan Clyresa masuk ke dalam terowong lalu dia tidur di dalam sana. Dia sudah tidak peduli kalau-kalau di dalam ruangan yang segelap itu ada ular atau tiada,dia hanya mengantuk dan ingin tidur hanya itu yang dia tahu. Didalam terowong ini, perlahan-lahan Clyresa tertidur.Tidurnya sangat nyenyak sampai dia tidak sedar bahawa hari sudah malam.

     Ketika Clyresa tersedar,matahari telah terbenam dan hari sudah sangat gelap. Clyresa cepat-cepat merangka keluar dari dalam terowong. Pasti Angela sudah balik, kata hati Clyresa. Ketika Clyresa masuk ke dalam rumah Angela memandangnya sangat tajam,"kau dari mana?!,"jerkah Angela sangat bengis. "Saya tidur sana dalam lubang, bawa rumah,"jawab Clyresa dalam nada suara perlahan. Dari suaranya kedengaran Clyresa berasa sangat penat. Angela datang menghampiri Clyresa lalu memukul dia,menampar bahu Clyresa sangat kuat sampai dia berasa perih dan memcubit Clyresa sampai meninggalkan bekas merah pada kulitnya. Clyresa berteriak menangis lagi,"kenapa kau pergi tidur sanaaa!kalau ada ular di sana apa kau mau buat?!bodohhhh!,"bentak Angela kepada Clyresa lalu menampar kepala adiknya itu. "Arghhhh!!!," Clyresa berteriak kesakitan. Dia terus-menerus diperlakukan dengan kasar,seandainya Clyresa mempunyai pilihan dia juga tidak mahu tidur didalam terowong itu. Tapi bukan Clyresa yang memegang kunci rumah. Rumah berkunci jadi Clyresa harus bagaimana?

      Tekanan Clyresa membuatkan dia merasa seperti ingin mati sahaja. Tapi apa yang buruk hanya dia merasakannya dan orang lain tidak akan pernah memahami penderitaan nya termasuk Angela sendiri. Dia memendam apa yang telah dia lalui hari ini,rasa sakit ini sangat tidak mengasihani dia. Tidak tahu apa yang menunggu Clyresa pada hari mendatang dia tidak tahu. Yang pasti ketakutan itu telah tertanam dalam diri Clyresa.

Menulis Semula BintangWhere stories live. Discover now