"HANA" Dheanna mengerut kening. Dah kali kedua dah aku panggil ni. Pekak ke apa ?
"Hana oh Hanaa" Dheanna menggoncangkan tubuh Hana. Terus Hana kembali pada dunia nyata. Hana memandang ke arah Dhea.
"E-eh er..k-kenapa Dhea ?" Soalan Hana membuatkan Dheanna rasa nak bagi buku lima je. Dia boleh tanya kenapa ? Dia tu duk perati sir Fateh je dah kenapa ! Dahla sebok nak ikut kita lepastu usya lecturer kita pulak !
"Kau ni tengok je Sir Fateh tu kenapa ? Suka eh ?" Dheanna mengangkat keningnya. Suka lah tu. Dia tersenyum nakal. Hana menjeling Dhea. Bukan bukan lah Dhea ni...
"Ish taknak aku dengan dia tu jangan jangan bakal suami orang tak pun fiance orang ke heih taknak lah !!!" Hana menggeleng geleng kepalanya. Ya Allah taknak lah aku jadi penyondol !!
"Taklah kau ni...kan sir dah cakap sir masih bujang lagi lepastu tak adelah tua mana pun 30an jer.." Terbuntang mata Hana. 30an tak tua kau kata Dhea ? Aku ni baru 23 tau eih budak ni !!
"Ehem maaf terbatuk awak berdua tengah bercakap tentang saya ke ?" Fateh mengurut tekaknya sambil memandang ke arah Hana dan Dheanna. Fateh mengerut kening. Siapa perempuan sebelah cik Dheanna ni ? Fateh mengecilkan matanya. ' Najuwa Farhana (Hana)' nama Hana tertera di atas sebuah buku nota yang sedang terbuka di atas meja.
Terkedu mereka berdua. Masing masing menutup mulut dan menjatuhkan pandangannya ke bawah. Hana menyiku lengan Dhea. Geram betul aku dengan Dhea ni dia lah ni tak pasal pasal masing masing bisu kat depan sir tulah cakap tak tengok tempat !!!
"Aduh , sakitlah Hana !! Sir Hana kan dia.." terus laju tangan Hana hinggap pada mulut Dhea. Mulut Dhea ditutup rapat dengan tangannya.
"Hah ? Kenapa dengan cik Farhana?" Bulat mata Hana. Sejak bila pulak mamat ni kenal aku ha ? Aku kenal dia pun melalui Dhea! Wait.. jangan jangan..
"Hm !! Hmm !!! Hm !!" Hana memandang tajam ke arah Dhea. Kau ni Dhea memang nak kena lah ! Suka sangat jual aku dekat orang ! Kau ingat harga diri aku ni harga pasar ke ? Hana memandang Fateh dengan senyuman.
"Tak ade pape sir hehe.." Fateh cuba mengawal riak wajahnya. Dia menguntum senyum. Eleh panggil kita sir dah macam dia student kat sini pulak.. Ya , Fateh baru tersedar tentang maklumat wanita ini yang tertera di buku notanya. Muka surat buka notanya terselak semasa Hana dan Dhea sedang bergaduh.
"Awak..suka.." kata katanya laju dicantas Hana. Nak tergelak Fateh dengan gelagat Hana ni.
"Ish taklah sir !!! Sir ni.. tak suka semua orang arghh !!!" Hana bangun dari duduknya dan mengatur langkah keluar dari kelas sambil menghentakkan kaki kecilnya dilantai. Kesemua orang di dalam kelas itu hanya memerhatikannya sehinggalah sosok tubuhnya hilang dari pandangan.
"Eh er... Hana !!" Dheanna terus bangun dari duduknya dan berlari mengejar sosok tubuh Hana. Heish habislah !! Jenguh nak pujuk dia dekat rumah nanti !!
"Comellah awak ni Cik Farhana.." Desis hatinya sambil mengukir senyum. Cik tentera yang manis yang sesuai dijadikan milik Fateh selamanya.. ehh !!
——————————————————————-
"HANA !!!" Dheanna berlari ke arah Hana yang sedang duduk senang di sebuah pondok kecil. Farhana memekakkan telinganya. Malas lah aku nak layan dia tu hmmh aku merajuklah !!!"Hanaa !!" Dheanna yang sudah berada disamping Hana menggoncangkan tubuhnya. Ishh dari tadi palau je ! Sakit tekak aku tau..
"Ish apa kau nak ha !!" Hana menjeling Dheanna yang sedang berdiri disebelahnya.
"Sorry lah Hana !! Aku tadi tak sengaja lah !!" Tangan Hana digenggam erat. Alah Hana ni harap je tentera tapi kuat merajuk betul !!
"Tak dengarlah tiba tiba pekak ! Kumbang masuk kot" Hana tidak memandang wajah Dheanna walau sesaat. Pandangannya tetap tertumpu pada langit yang cerah.
YOU ARE READING
C/Cinta Pertamaku
Short StoryNajuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang seni.