Bab 3

1.1K 44 0
                                    

SETELAH banyak ujian yang mereka lalui akhirnya, mereka telah menjadi suami isteri yang sah.

"Awak nak air ?" Hana baru sahaja hendak menuangkan air untuk Fateh tiba tiba badannya terkaku. Membuatkan pergerakannya terhenti.

"Takpelah saya nak cepat" Hana mengerut kening. Cumanya dia tak fikir apa sangat sebab baru kahwin.

"Kenapa buat muka macam tu ?"

"E-eh takdelah.. kalau awak taknak minum air takpelah saya je minum.." Hana menuang semula air ke dalam cawan. Setelah Hana duduk Fateh terus berlalu tanpa sebarang kata. Dia mencapai beg dan melangkah keluar.

Hana terkedu. Kenapa dengan Fateh ? Takkan Fateh cepat sangat berubah hati kot ?

"Hana okay ?" Suara yang mencapai gegendang telinganya itu membuatkan lamunannya terhenti. Dia memandang Puteri dengan senyuman.

"Eh..ar okay je korang bila bangun ?" Dheanna yang baru keluar dari bilik merangkul tangan Puteri.

"Kitaorang tak tidur Hana..kitaorang nampak apa Fateh buat.. kau yakin ke Fateh cintakan kau Hana ? Jangan jangan dia kahwin dengan kau ada sebab tersirat.." Terkejut Hana. Tapi dia tak boleh fikir macam tu sebab dia yakin Fateh sayang kan dia.. tak apelah tak perlu difikirkan sangat minggu depan dah nak lapor diri kena fokus kerja je lepasni !

"Takpelah minggu depan pun aku nak lapor diri dah.." Hana mengukir senyum tawar. Taknak lah dia fikie benda ni menyakitkan hati aje.

"Selamat pagi ! Hana ! Esok abang dah tak ade sebab nak lapor diri ! Jadi abang nak buli Hana dan peluk cium Hana sebelum hari menjelang esok hari !" Terus Faiq berlari menurun anak tangga . Dari belakang dia memeluk Hana. Terkejut dia merasa suhu badan Hana yang kini kian panas. Tangannya mendarat di atas dahi Hana. Panasnya..

"Hana demam ke ?" Hana hanya memandang Faiq dengan senyuman tawar.

"Hana pun tak perasan Hana demam.. terlampau banyak benda yang Hana fikirkan" Faiq mengerut kening. Dia tahu sangat kalau Hana tak okay.. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Hana.

"Hana dah makan ubat ?" Dia menyoal dengan nada yang tenang.

"Hana baru tahu yang Hana demam tadi,mestilah Hana belum makan.." Hana menjawab soalan dengan nada yang tenang tetapi perlahan. Dari riak wajah Hana dia tahu sangat Hana sedang menyembunyikan sesuatu.

"Hana okay ? Nak share apa apa ?" Faiq merapatkan kerusinya dengan Hana. Apa yang tak kena dengan pengantin baru ni ? Baru kahwin takkan dah gaduh..

Mulut Hana terkatup rapat. Dia menggeleng perlahan. Tak perlulah cerita tak penting pon untuk orang sekeliling tahu cukup lah Allah dan dirinya yang tahu.

Tanpa Hana sedar ada air mata yang sudah membasahi pipi. Faiq menyeka air matanya. Hana dibawa ke dalam dakapan. Kepala Hana diusap lembut.

"Hana jangan lah macam ni.. esok abang nak lapor diri dah.." kepala Hana dikucup lembut.

Hana mengukir senyum. Tak boleh jadi ! Balik ni aku kena tanya dia ! Apa masalah dia layan aku macam tu !

———————————————————————-
SUDAHLAH penat bekerja bila dibuka pintu ada harimau depan pintu pulak ! Nak gugur jantung ! Hana sedang mendongak memandang Fateh dengan renungan tajam.

"Awak tak sayang saya ke Fateh ? Kenapa pgi tadi awak layan saya macam tu ? Kita baru kahwin tau awak ada orang lain ke ? Awak berubah hati ke ? Jawab lah Fateh !" Terbuntang mata Fateh. Ya Allah..isteri aku ni dah kenapa ? Dahlah baru penat balik kerja dia boleh overthingking pikir macam macam pulak..

"Jawab Fateh !" Dia masih tidak berpuas hati. Ish orang tanya tu jawab ajelah ! Boleh tercegat dekat situ sakit leher ni !

"Okay okay.. syaitan apa yang dah merasuki awak ni ?" Turun naik dada Hana. Orang tengah serius lah dia tanya pasal syaitan pulak geram je..

Fateh terus menarik Hana ke dalam dakapanya sebaik sahaja air mata Hana gugur. Senyuman diukir. Riak wajah cuba dikawal agar tetap tenang. Dalam hati sudah mula naik cuak ni.. isteri aku ni.. okay ke tidak ? Balik balik serbu kita dengan seribu soalan..

"Dah dah.. i'm so sorry sayang.. pagi tadi dah urgent kena cepat nanti boss bising sakit telinga saya tau. Bukan saya nak jumpa perempuan lain pun even diorang suka saya pun saya cakap lah yang dah beristeri cantik pulak tu ! Saya ni bukannya gatal sangat pun saya menggatal dengan awak je dengan orang lain saya gatal saya garu lah !" Pipi Hana yang basah dipicit. Geramnya !! Rasa nak picit je kuat kuat ! Harap badan aje kecik pipi punyalah tembam !

"Ish sakitlah.." Hana tersenyum. Lega akhirnya.. ingat dah ada yang baru ! Fuhh ! Najuwa Farhana tetap pemenang dihati Fateh El Mukmin !

"Ehem ! Sedapnya dia bersweet depan tu ! Mentanglah pengantin baharu kan katanya !!" Puteri menjeling ke arah Fateh dan Hana yang sedang berpelukan. Ee dah lah peluk peluk depan pintu ! Aku ni tak adelah kecik mana pun kau orang ek kalau dah bermesra tu memang terus buta tak nampak orang eh !? Kau tunggu ajelah aku kahwin nanti !!

"Itulah tu kan Puterinya ? Mentanglah kita ni masih sesat lagi jodohnya !" Faiq menjeling. Eleh ! Tunggu lah Na abang kahwin nanti abang sweet depan korang !! Sepanjang masa tu abang ikut je kau orang lepastu abang sweet dengan dia sampai korang berdua rimas !!

Terus Hana menolak sedikit bahu Fateh. Direnung tajam Faiq dan Puteri. Kahwin jelah korang dua serabut aku !

"Korang berdua ni kahwin jelah ! Nak cakap sekepala ha memang sekepala pun kasi lima bintang punya ! Ngam dah ni !" Hana siap buat gaya merapatkan mereka berdua. Dia tersenyum senget. Haa aku akan pastikan abang ! Kahwin dengan Puteri !! Sah !

"Eww.. he is not my taste lah Hana" Puteri menjeling Faiq atas bawah. Taknak lah aku suami tentera nanti kena tinggal !

"Abang pun taknak Puteri ni Hana takde taste" Faiq membalas jelingan itu kembali. Heleh ingat kita ni hamak sangat ke nak dia ? Kita pun tak hingin !

"Eh..tak boleh cakap taknak makin dekat jodohnya nanti !" Bulat mata Puteri dengan Faiq. Masing masing saling mengerut dahi. Taknak betul nampaknya siap package buat muka annoying !

Hana memandang Fateh. Tawa mereka bersatu. Heh budak dua ni kerjanya kenakan orang aje !

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now