Bab 2

1.5K 51 0
                                    

HANA menuruni anak tangga rumahnya dengan berhati hati. Abayanya diangkat sedikit. Mulut Dheanna terkatup rapat. Cantiknya !!

"Tengok macam nampak bidadari..dah jom lah cepat kata nak jumpa mamat tu !" Dheanna menggosok matanya. Terkejut dia melihat wajah Hana yang seperti dipaksa mengikutnya.. tapi memang terpaksa pon !

"Eh er.. aa jom !!" Dheanna masuk ke dalam perut kereta. Hana masuk dan menutup pintu. Dia mengeluh sedikit. Kenapa lah mesti jumpa dia !!! Hana memeluk tubuhnya. Dheanna hanya tersenyum senget. Sorry.. Hana sir suruh ajak kau..

——————————————————————-
MATA Fateh meliar liar pada cermin luar cafe. Mana lah budak dua orang ni kata jumpa pukul 2 ni dah pukul 3 tak sampai pon sengaja je nak sidai orang..

"Assalamualaikum sir..lama tunggu ?" Fateh terus memandang ke arah Hana yang baru sahaja ingin melabuhkan punggung dihadapannya.

"Waalaikumsalam..taklah kejap je nak berjambang dah saya tunggu awak berdua ni" Dheanna menjeling tajam. Eleh sir ni mengata kemain !

"Pandailah mengata orang !" Dheanna melabuhkan punggung disebelah Hana.

Fateh ketawa kecil. Halah.. kita gurau aje..

"Ha sir apa yang penting sangat tu ?" Tawa Fateh terhenti. Dia memandang wajah Hana dengan senyuman.

"Tulah tu urgent lah sangat sir ni" Dheanna menjeling Fateh. Menyampah lah aku dapat lecturer macam ni !

Matanya hanya tertumpu pada Hana. Tak puas mata memandang cantik betul ciptaan tuhan ni.. Dadanya berdegup kencang . Terus Fateh menggeleng . Syaitonnirajim !!

Dhea dan Hana yang melihat gelagat Fateh mengerut dahi. Dah kenapa pula lah dia ni..

"Cepatlah sir apa yang penting tu ?" Hana merenung tajam. Ei dia ni sengaja nak sidai !

"Cepat sir Hana dah marah tu" Dhea yang perasan dengan renungan Hana terus menelan liur. Tu lah sir tenung je dia kan dah kena tenungan maut

"Benda yang penting tu ialah saya.." kata kata Fateh terhenti apabila telefon bimbit milik Hana berbunyi.

"Eh kejap tau mama telefon" Hana bangun dari duduknya lalu mengorak langkah keluar dari cafe untuk mengangkat panggilan Datin Zulaikha.

"Alah aunty zu kacau line lah !" Dheanna menyandarkan tubuhnya. Aunty zu ni baru je nak dengar sir confess ! Dheanna tahu sangat yang sir Fateh ni dah jatuh hati dekat Hana sebabtu ligat semacam !

"Assalamualaikum Hana.. mama kacau ke ?" Datin Zulaikha menyoal dengan nada tenang.

"Waalaikumsalam..tak adelah kenapa mama ?"Hana tersenyum senget. Merdu pula suara mama dalam ni !

"Ni ha Zafrel datang..tapi kamu dekat luar kan ? Nanti baliklah cepat sikit diorang singgah aje ni.." Terbuntang mata Hana. Ish tak boleh jadi ni ! Kena ajak Dhea balik ! Zafrel dahla jarang balik kena jumpa jugak !!

"Hah Zafrel balik ? Takpe mama Hana balik sekarang tau sabar kejap mama !! Cakap dengan Zafrel Hana dengan Dhea on the way mama !!" Hana terus menutup panggilan. Dia berlari ke dalam cafe. Beg tangan diambil dan terus menarik tangan Dhea.

"Dhea jom balik ! Zafrel dekat rumah ! Dia singgah aje tu jom cepat !!" Terkejut Dhea. Kena balik ni ! Cousin yang paling jarang jejak kaki dah balik !!!

"Hah !? Zafrel balik ? Sir kitaorang balik dulu bayy !!" Dhea bangun dan mengambil beg tangannya. Mereka meninggalkan Fateh yang sedang duduk tercegat. Fateh mengerut dahi. Zafrel ? Siapa Zafrel ? Kenapa diorang teruja sangat nak jumpa Zafrel tu ? Hana.. tak ! Tak mungkin lah !!

———————————————————————
FATEH memuncungkan bibirnya. Dagu ditongkat dengan kedua dua belah tangannya. Dahinya berkerut sehingga kening hampir bercantum.

"Kamu ni muncung aje kenapa Fateh ? Nak practice jadi itik ?" Tengku Irshad hampir tersembur melihat gelagat Fateh yang tiba tiba berubah setelh balik dari cafe. Masam mencuka aje mukanya.

"Nothing. Just jealous of Hana." Dahi Fateh makin mengerut. Tangan menggepal penumpuk. Rasa nak tumbuk je meja sampai patah dua ! Zafrel tu siapa hah !!

"What are you jealous of Hana ?" Datin Kirana naik hairan. Rasanya Ayzat kata Hana suka anak dia jugak.. Hana curang ke ?

Tengku Irshad menjongketkan sebelah keningnya. Bila difikir balik Hana tu sensitif juga dengan lelaki. Fateh is one of the men who managed to capture Hana's heart.

"Tadi tu.. tengah borak dengan dia sekali dengan Dheanna tiba tiba aunty Zu call ada orang datang namanya Zafrel lepastu diorang excited sangat ! Zafrel tu siapa !!" Nasib baik Tengku Irshad tak minum air, tekak pun kering. Terbatuk batuk Tengku Irshad mendengar ayat yang dilontarkan dari mulut anak terunanya. Habis pecah gelaknya halah Fateh ni pun..

"Kamu dah kenapa Fateh ! Zafrel tu sepupu dia lah !" Terkejut Fateh. Lah..sepupu rupanya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dengan senyuman yang pasrah.

"Tu lah kamu jealous je.. Tengok papa dulu ! Mama yang kuat jealous tau !" Peha Tengku Irshad dicubit Datin Kirana. Dia menjeling tajam ke arah suaminya.

"Banyaklah awak ! Awak pun sama je ! Cakap orang lebih dia ni"

"Aduh ! Sayang sakitlahh !! Abang gurau aje !! Sorry lah !" Tengku Irshad menggosok pehanya. Aduh.. dah macam ketam lah ! Sakitnya peha aku Fateh lah ni

——————————————————————-
"HANA !" Dia memegang lengan baju Hana. Kalini dia tidak akan benarkan lari daripadanya. Tak akan !

Hana menghempas tangannya kuat sehingga genggaman Fateh terlepas. Dia menjeling tajam.

"Apa awak nak ?" Soalnya dengan nada menahan marah. Sabar Hana sabar.. tak suka betul lah jantan ni rasa nak hempuk je ! Menyampah tengok !

Fateh membalas jelingan tajam itu dengan senyuman yang manis.

"Hana i love u." Bulat mata Hana menerima kata kata yang terluncur dari mulut Fateh. Speaking mat !

Fateh menggaru kepala. Salah ke cara aku bagitahu ni.. alamak pishang beyy

Hana membalas kata kata itu dengan senyuman tawar. Dia sendiri pun tidak tahu jika Fateh boleh menerimanya atau tidak dan dirinya boleh menerima Fateh atau tidak..

"Erm.. kalau cara saya bagitau tu salah.. saya minta maaf saya tak pandai nak confess selalu orang je confess dekat saya.." lagilah terkejut Hana. Lelaki punya handsome kacak macam ni tak pandai confess ? Pergh mahal !

"Tapi saya bukan kerja biasa.. saya kerja dekat laut.." Hana menjatuhkan pandangannya. Risau aje dia kalau baru kahwin nanti dah kena tinggal cik suami dekat rumah..

"It's okay Hana.. saya faham kerjaya awak.." Dia mengukir senyum. Berkerut kerut dahi Hana. Aik..papa spill the tea ni !

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now