HARI demi hari berlalu, Naim sudahpun berumur 10 tahun. Hari ini, mereka yakin Naim akan suka dengan hadiah hari lahirnya yang ke 10. Sebelum ini, Naim hanya mengucap terima kasih dan menyimpan barang yang mereka berikan. Tidak ada reaksi di wajahnya kecuali segaris senyuman.
"Assalamualaikum.." Naim melangkah masuk dengan kaki kanan. Dia baru sahaja hendak naik ke atas untuk meletakkan bag sekolahnya pada rak. Tiba tiba Hana memanggil namanya.
"Naim !" Suara Hana yang agak sedikit tinggi membuatkan Naim terus memusingkan tubuhnya. Dia memandang Hana dengan nada yang tenang.
"Sini" Naim hanya sekadar mengikut katanya. Dia mengorak langkah mendekati Hana.
"Yes mama ?" Hana mengukir senyum. Dia menyuruh Naim menutup mata. Dia perlahan lahan mengeluarkan pregnant test yang tersorok di belakangnya.
"Open your eyes dear" Naim membuka matanya perlahan lahan. Birai matanya basah. Seriously ? Tubuh Hana dipeluk erat.
"YEYY I WILL HAVE A SISTER !!!" Fateh melepaskan tawa. Comel betul lah budak yang sorang ni...
"Seronok Naim ye.." Naim memandang Fateh dengan mata yang berbinar binar. Bibirnya mengukir senyum lebar
"Mestilah papa !! Naim lama dah nak adik !!" Fateh memandang Hana. Hana menjeling tajam. Heleh sudah lah ! Aku tidur dengan Naim malam ni ! Dia melepaskan tawa melihat reaksi spontan Hana terhadapnya.
"Alah mana lah tahu..." laju ayat Fateh dicantas.
"Mana lah tahu apa ?" Turun naik dada Hana. Terus bibir Fateh terkatup rapat. Sejak jadi ibu ni makin bertambah pulak singa tu...
"Takde pape lah sayang" Fateh mengorak langkah masuk ke bilik mereka. Takpelah, lari jelah ghisau kena bebel..
———————————————————————-
FATEH kerut kening. Aik.. si Naim ni termenung aje.. pikir ape lah tu dahla tersengih sengih !!"Naim !" Suara Fateh yang kuat itu bergema satu dapur sehinggakan Naim terkebil kebil melihat bapanya.
"K-kenapa papa ?" Hana memandang tajama anak mata Fateh. Dah kenapa lah dia ni ?
"Awak dah kenapa ?" Terus dia ketap bibir sambil perlahan lahan memusingkan kepalanya menghadap Hana. Fateh tersenyum senget.
"Hehe sorry lah marah anak awak.." Dia menggaru kepalanya. Naim menggeleng perlahan. Setelah makanannya benar benar habis dia terus mengangkat pinggan dan cawan ke dalam singki. Kemudian, dia mengorak langkah masuk ke dalam bilik.
Fateh dan Hana hanya memerhati setiap langkah Naim. Tiba sahaja di bilik, Naim terus berlari dan melompat ke atas katil. Tubuhnya direbahkan.
"Awak lah ni !" Hana mencubit Fateh menggunakan tangan kirinya.
"Aduh sayang ! Sakitlah !!" Fateh memuncungkan bibir. Hana ni, lepas ada anak terus manjakan aje anak tu..
"Awak ni lepas ada anak terus asyik manjakan aje anak tu.. saya ni nak letak mana ?" Soalnya sinis. Riak wajahnya berubah masam mencuka. Hana mengerut kening. Dah kenapa dia ni tiba tiba ?
"Awak ni dah kenapa cakap macam tu ? Mestilah saya lebihkan anak ! Sebab dia tu kecil lagi awak ni dah tu bangka nak mengada lagi saya bagi pelempang jugak !" Suara Hana meninggi seoktaf. Dadanya diurut. Ya Allah... dahlah tengah mengandung, ada pulak si Fateh ni macam macam !
Fateh hanya membiarkan Hana membebel. Dia bangun dan menyuci pinggan mangkuknya. Dia mengorak langkah ke dalam bilik. Hana hanya memerhatikan langkah Fateh. Dia menghela nafas perlahan. Nauzubillahimindzalik...dugaan apa pula ni?
————————————————————————
"SELAMAT malam sayang.." Hana mengukir senyum dan perlahan lahan merapatkan daun pintu bilik Naim. Dia mengatur langkah ke biliknya. Senyumannya serta merta hilang apabila melihat bantal peluk berada di tengah tengah yang memisahkan antara dia dan Fateh. Dia cepat cepat mengambil bantal dan selimut yang berada di almari lalu melangkah keluar."Awak nak pergi mana ?" Hana tidak menjawab. Dia tetap meneruskan langkah.
"Najuwa Farhana, awak pekak ke ?" Serta merta langkah Hana terhenti. Dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Fateh yang sedang menyandarkan tubuhnya pada kepala katil.
"Awak buta ? Terang lagi bersuluh saya nak tidur kat bilik tetamu" turun naik dada Hana. Dah tak ikhlas nak tidur sekali ada hati suruh tidur bilik ni ? Memang tak lah !
"Siapa suruh ? Ada saya..." laju ayatnya dicantas Hana. Fateh mengetap bibir.
"Saya yang nak. Tak perlulah rasanya saya tidur dengan orang yang tak menghargai saya dan awak.. jangan risau, tidur lah. Kuasai lah katil tu takpayah nak tahan rimas sebab saya tak ada sebelah awak. Anggap aje saya ni dah lama hilang dari hidup awak" bidas Hana.kata kata Hana membuatkan dada Fateh sesak. Bukan dia tidak biasa kena bidas dengan Hana, sebelum ni banyak aje gaduh tapi jarang lah sampai asing bilik..dan lagi lah Hana tu pulak emosi sangat sangat. Waktu dia mengandung Naim tu..entah macam mana lah kesabaran dia boleh setebal tu. Cuma, sampai aje dia kandung anak kedua mereka ni.. terus emosi dia tak stabil. Marah itu biasa tapi kalini agak lain sikit..macam dah lama dipendam.
Hana terus memusingkan tubuhnya dan berlalu pergi. Malas lah nak layan cik suami ni. Dahla tengah mengandung ada ke nak merajuk merajuk bagai ? Menyampah. Sudah tua pun tidak sedar diri.
Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Perut diusap perlahan. Air mata perlahan lahan jatuh ke pipi. Lemah rasa diri ni..
Tiba tiba pintunya perlahan lahan terkuak. Dia mengerut dahi. Naim melangkah masuk dengan senyuman. Naim mengatur langkah mendekati Hana.
"Mama, can i sleep with you ?" Laju air kata Hana gugur. Nasiblah ada Naim yang sentiasa manjakan dia walaupun dia tahu dia seorang ibu.
Perlahan lahan Hana mengangguk. Naim naik ke atas katil dan duduk disebelah ibunya. Perut Hana dikucup lembut.
"I think this baby is girl because you are so sensitive mama" Hana mengukir senyum senget. Kepala Naim diusap usap. Pandailah !
"Nurul Maysarah Ain.. Isn't her name beautiful?" Perut Hana diusap usap dengan tangan kecilnya. Hana mengukir senyum lebar. Indah jugak dengarnya... pandai Naim ni
"If he is your little sister would you be happy ?"
"Yes !! Of course mama !!" Mata Naim berbinar binar. Hana ketawa kecil. Comel betul lah reaction dia ni..
YOU ARE READING
C/Cinta Pertamaku
Short StoryNajuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang seni.