Bab 7

837 28 5
                                    

FATEH tersenyum bahagia apabila melihat Hana sedang fokus melayan television. Dia terus meletakkan kepalanya di atas peha Hana. Dagu Hana dipicit picit. Pipi Hana dicucuk cucuk. Hana mengerut kening. Budak ni nak apa lah !! Kacau aje kita layan abe Sunghoon !

"Ee awak ni nak apa ha ? Kacau lah saya tengah layan boyfie lurvie saya ni" Hana menjeling. Fateh ni kang !! Penyek muka dia nanti karang !

Bulat mata Fateh. Dia mengalihkan pandangannya ke arah television. Dahinya berkerut. Handsome sangat ke mamat ni ? Handsome aku lagi rasanya ! Bini aku ni matanya dah rosak ke ? Minta dicuci dengan clorox ni !! Muka aku pun ada mix korea jugak siap ada mix UK lagi tauh !

Fateh mengambil alat kawalan jauh dan menekan tombol merah. Hana mengerut dahi. Dia ni dah kenapa ? Fateh bangun dan mengorak langkah masuk ke bilik.

"Awakk !! Kenapa awak tutup !! Bak sini remot tu !!" Fateh hanya memekakkan telinga. Dia meneruskan langkahnya. Pintu ditutup dan dikunci.

Hana memeluk tubuhnya. Dia mendengus kasar. Suami aku ni..nak usya abe Sunghoon pun tak senang ! Alah bukannya handsome mana pun ! Cukup terngiang dalam kepala je

Fateh mengerut dahi. Dia mendengus kasar. Dadanya berombak dengan perasaan cemburu. Yelah siapa je tak jeles isteri duk usya mamat lain ! Siap package cop boyfriend lagi ! Suami dia ni lagi handsome lah !!

Hana bangun dari duduknya. Dia mengetuk pintu bilik.

"Awak !! Saya nak remot !! Nak usya abe Sunghoon !!" Hana memuncungkan bibirnya. Alah dia ni itu pun nak merajuk ke..

Fateh menjeling ke arah pintu. Dia memeluk tubuh. Tak habis lagi dengan mamat tu !!

"Selagi awak masih tengok mamat tu selagi tu saya tak akan bagi remot ni !" Nak terjatuh rahang Hana. Seriously ? Memang tengok youtube jelah aku hari hari...

"Iyelahh saya tak tengok dah boyprend saya tu !!" Fateh mengerut kening. Ceh masih melekat lagi perkataan boyprend dia tu..

"Boyprend ? Maksudnya awak belum move on lagi lah ? Haa taknak bagi remot !!" Hana menjeling pintu biliknya. Ya Allah.. sabar ajelah.. siapa suruh kau cari masalah Hana ! Kan dah tak boleh usya abe Sunghoon !

————————————————————-
PADA paginya, Hana menyiapkan sarapan macam biasa. Tapi harini.. rasa kosong sikit. Fateh merajuk sampai taknak keluar seharian dari bilik.. tak pasal pasal lah dia kena tidur dekat bilik tetamu..

Hana sesekali mengerling ke arah pintu bilik mereka. Dia menongkat dagu. Haih.. bila lah pintu nak terkuak ni..

Tiba tiba daun pintu bilik mereka terkuak. Hana mengukir senyum melihat Fateh yang sedang jalan keluar menuju ke dapur. Setelah Fateh melabuhkan punggungnya Hana terus melontarkan soalan.

"Abang merajuk ke dengan Hana ?" Soalannya tidak dijawab. Fateh hanya mengunyah sarapan. Wajah Hana pun tidak dipandang walau sesaat. Hana sudah ketap bibir. Aik.. takkanlah sebab tu je Fateh jadi macam ni..

Hana bangun dari duduknya. Dia meninggalkan Fateh bersendirian di dapur. Fateh langsung tidak menghiraukan kepergian Hana.

Hana menyandarkan tubuhnya di atas sofa. Kakinya dilunjurkan. Perut diusap usap lembut. Dia ternampak kelibat Fateh. Ingat Fateh nak duduk disebelahnya rupanya masuk ke dalam bilik. Hana meredupkan pandangan.

"Tak ape baby...mama okay je walau tiada papa disisi.. tapi mama nak baby kuat jugak okay ?" Hana mengukir senyum memandang perutnya. Dia perlahan lahan berdiri dan melangkah masuk ke dalam bilik tetamu. Daun pintu ditutup rapi.

Hana merebahkan tubuhnya di atas katil. Air matanya perlahan lahan gugur. Diseka kasar air matanya. Ya Allah.. Hana meraup wajahnya. Perlahan lahan matanya tertutup.

——————————————————————
SUDAH hampir 2 minggu Fateh merajuk dengannya. Kali ini Hana yakin Fateh bukan lagi merajuk tetapi marah. Dia cuba beranikan diri untuk menyoalnya pada pagi ini. Hana menunggu Fateh keluar dari bilik.

Setelah Fateh keluar dari bilik. Dada Hana berdegup laju. Hana boleh ! Jangan gentar Hana ! Fateh melabuhkan duduknya di hadapan Hana.

"Awak, awak marah saya lagi ke ?"'Hana cuba mengawal nadanya tetap tenang.

"Awak rasa ?" Fateh memandang anak mata Hana tajam. Hana membalas pandangan itu tenang. Dia pun sebenarnya sudah muak dengan perangai tidak matang Fateh selama 2 minggu ini..

"Saya rasa awak marah saya lagi.." Fateh mengangkat bahunya.Dia bangun dari duduk dan menuju ke singki untuk menyuci cawan.

"Awak..baby kan teringin sangat nak makan oglio olio papa dia buat" Hana mengusap lembut perutnya. Sudah seminggu dia mengidam tetapi baru hari ini dia berani bersuara.

Fateh menghela nafas kasar. Sabar jelah, merajuk merajuk jugak tapi tanggungjawab suami jangan lupa..

Hana meredupkan pandangannya. Dia nampak Fateh mengeluh tadi. Tak apelah baby makan masakan mommy Puteri je lagi sedap ! Papa tak nak masak nak buat macam mana ?

Hana menggapai telefon bimbitnya dan menuju ke ruang tamu. Makan masakan mommy Puteri ajelah !

Matanya mengerling ke arah isterinya yang baru sahaja hilang dari dapur. Dia mengerut kening. Tadi nak oglio olio tu orang nak masak lari pulak ?

Dia mengorak langkah ke ruang tamu. Badannya terkaku apabila mendengar perbualan isterinya dengan isteri kepada abang iparnya merangkap kepada sepupu rapat Hana.

"Puteri..masakkan saya oglio olio pliss !! Baby minta papa dia buatkan tapi papa dia macam tak ikhlas je nak masak tu kita kata dengan baby..makan masakan mommy Puteri je lah dah papa tak nak masak !" Terkejut Puteri mendengar kata kata Hana. Aik..gaduh ke apa ni ? Tapi taknak lah tanya takut Hana tak selesa pulak.

"Aloo yeke ? Tak apelah nanti aku hantar rumah kau ye ? Aku masak tak lah pedas sangat takut baby pijau nanti" Hana mengerut kening. Dia mengukir senyum. Pelik pelik !

"Eh dia ni sedap aje cakap baby kita kena pijau nanti !" Puteri memecahkan tawanya. Aduh !! Hana ni lah kan..

"Hahaha gurau aje Na.. ha aku nak pergi masak oglio olio kau ni, kau tunggulah dulu ye ? Nanti share sikit kat kita tau ?" Senyuman melebar. Nasib baik ada Puteri yang masih sudi menerimanya saat ini.

"Baik Puteri ! Terima kasih ye ! Sayang dia Assalamulaikum !!" Puteri tersenyum lebar. Hana ni comel betul sejak mengandung ni ! Hilang terus vibe tentera dia tu

"Hahah sayang Hana ! Walaaikumsalam" setelah tamat panggilan Hana tersenyum bahagia. Yeyy !!! Boleh makan oglio olio !! Bestnyaa !!

Fateh mengetap bibir. Bibirnya bergetar. Air mata mula gugur. Ya Allah, maafkan aku kerana tak dapat menjadi suami yang baik kepada Najuwa Farhana. ' jangan terlalu ikut ego tu' kata kata Tengku Irshad berlegar legar dikepalanya. Dia tahu dia silap kerana terlalu melayani ego. Fateh meraup wajahnya. Hana maafkan abang..

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now