Bab 9

626 21 0
                                    

"AWAK.. perut saya sakitlah.." Hana memegang perutnya. Tiba tiba ada air yang keluar. Fateh yang tidak sengaja memijak air itu terus mengerut dahi.

"Hah ? Eh apa ni ! Awak kencing eh !!!" Turun naik dada Hana. Woi aku nak terberanak ni !! Kau boleh pulak tunjuk perangai tak semenggah kau tu !!

"Tu air ketuban pecah lah Fateh !!" Terus Fateh menongkat dagu. Dia cuba mengingat sesuatu.

"Orang tua tua kata kalau air ketuban pecah maksudnya orang tu dah nak terberanak dah" Hana mengerut dahi. Ya Allah... susahnya dapat suami macam ni !!

"Fateh saya sakit ni !!! Cepat lah !! Awak boleh berfikir pulak dekat situ !" Terus Fateh bangun dari duduknya. Cepat cepat dia mendapatkan Hana. Perlahan lahan dia meletakkan Hana dia atas kerusi. Pintu ditutup rapi. Minyak ditekan.

Setelah sampai di hospital, Hana terus dilarikan ke dalam bilik pembedahan. Fateh sudah mula bermain jari. Ya Allah..semoga isteri aku selamat..

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Fateh mendail nombor abang iparnya.

"Hah ? Hana nak beranak ? Awal gila" terkejut Faiq tiba tiba adik dia nak beranak. Cepat betul rasanya last jumpa baru 4 bulan..

"Tak sekarang ni tak kisah lah awal ke lambat ke tapi masalahnya adik awak dah masuk bilik pembedahan ni !! Cepat datang !!" Fateh mengerut dahi. Ya Allah.. abang dia ni susah betulla !!

"Lah dah masuk dah ke ? Ha okay kitaorang on the way sekarang !" Selepas panggilan itu tamat. Terus Faiq menjerit.

"Weh !! Hana nak beranak lah cepat jom pergi hospital !!" Dia menggapai kunci keretanya.

"Ha ? Nak beranak dah ? Ha jom jom !! Cepat tak sabar nak jadi aunty ni !!"  Puteri terus berlari ke arah suaminya.

"Ya Allah.. nak jadi nenek dah aku ye.." desis hati Datin Zulaikha. Cepatnya masing masing membesar...

Setelah mereka semua sampai, masing masing mengambil tempat duduk sambil menunggu kedatangan doktor.

"Ini keluarga puan Farhana ke ?"

"Ha ye saya" Tengku Ayzat laju menjawab soalan kerana sudah tidak sabar untuk melihat cucunya dan juga anaknya. Hana macam mana tu..? Okay tak dia ye ?

"Alhamdulillah baby selamat dilahirkan tapi Puan Farhana masih belum sedarkan diri jadi kamu semua boleh jenguk untuk sementara ya ? Suami boleh azankan baby ye ?" Doktor membukakan pintu. Terus Fateh melangkah masuk. Matanya meliar mencari Hana.

Setelah mereka masuk, Fateh terus mendapatkan bayi dan mengazankannya.

"Sedap suara anak aku" Tengku Irshad menyiku lengan Tengku Ayzat. Eleh, yelahh Shad

"Anak aku lepas bersalin pun muka macam tak ubah. Tetap cantik tapi pipi tu ha ada lah isi sikit kalau tidak runcing je pipi.." terus belakang badannya dipukul kasar. Tengku Ayzat mengerut kening. Dah kenapa si Irshad ni

"Kau ni Zat budak tu belum sedarkan diri lagi. Jadi bapak pon lah Zat.." Tengku Irshad menggeleng perlahan. Apa lah jadi bapak macam ni nasib baik aku tak ada anak perempuan boleh lah cakap macam ni.. cuba kalau ada. Tak boleh tak boleh...

"Apa betullah , aku cakap apa yang aku perasan" tiba tiba badannya terkaku.

"Ehem sakit tekak" Datin Zulaikha menjeling tajam. Suka hati je mengata anak orang !

"Eh eh Shad kau teman aku gi ngeteh malam ni boleh ?" Terus Tengku Ayzat mengubah topik. Tak perasan pulak mak rimau sebelah dia.. habis lah aku..

"Bereh boh" Tengku Irshad menepuk belakang badan kawannya itu. Habis lah kat rumah nanti.. entah tu dapat keluar bila hahaha

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now