"AWAK..." Fateh memanggil Hana yang sedang syok bermain telefon bimbitnya.
"Hm ?" Hana hanya menyahut tetapi tidak memandang wajah Fateh. Fateh mengerut kening. Dia tersenyum sinis.
"Sayang.." wajah Hana terasa bahang. Terus dia memukul lengan Fateh . Muka Fateh ditekup menggunakan bantal. Dijeling sekilas lalu mengorak langkah keluar bilik. Fateh mencampak bantalnya ketepi.
"Eh awak nak pergi mana tu !! Meh sini !" Dia terkejut melihat Hana sudah hilang dari katil.
"Nak tidur luar ! Saya takut nak tidur dengan orang yang ligat macam awak !" Hana hanya meneruskan langkahnya. Tiba tiba tubuhnya terasa seperti sedang terbang. Nafas sesak. Setelah dia dibaringkan diatas katil barulah nafasnya lancar. Masalah dia sekarang, dia terkunci. Fateh menyilangkan kakinya dengan kaki Hana.
"Lepaslah !!" Tangan Fateh dicubit. Dia hanya membiarkannya. Sakit sebenarnya..tapi tak apa lah..
"Dah shht tido sayang.." senyumannya kian melebar apabila badan Hana terkaku seketika. Dia terus menutup mata dan merapatkan wajahnya dengan rambut Hana. Hmm wangi..
Badan Hana bagai dikunci tidak mampu bergerak. Hana mengerutkan dahinya dan menutp mata.
"Ye Hana tido ni bang.." terus terbuka kembali mata Fateh yang sudah tertutup tapi tadi.
"H-hah ? Apa Hana ? Ulang balik ?" Mata Fateh terkebil kebil. Dia panggil..abang ke tadi ?
"Tido." Fateh memuncungkan bibirnya. Dia mengerut dahi. Eish !! Hana ni !
"Alaa sayang !!" Hana hanya menghiraukan Fateh. Dia menikmati mainan mimpinya. Indah indah..
Bibir Fateh kian memuncung. Ish ! Geram betul aku dengan budak kecik ni !! Nasib baik isteri tercinta ! Pelukan sengaja dieratkan.
—————————————————————-
SEMINGGU sejak ketiadaan Hana, Fateh kerap mengurung diri sehinggakan Hana muncul di dalam mimpinya."Abang ?" Bulat mata Fateh. Fateh terus cepat cepat berlari je arah Hana. Tubuh Hana dipeluk erat. Ya Allah.. rindunya aku dengan si dia ni !!
Hana tersenyum senget. Dia menolak sedikit tubuh Fateh. Mata Fateh dipandang dengan tenang.
"Abang..abang kalau sunyi jangan berkurung je tau ? Tak bagus untuk kesihatan.." Fateh memegang wajah Hana. Ni Hana betul ke ?
"H-Hana ?" Air matanya mula gugur. Beratnya hati ini menahan rindu...
"Dah.. bangun sekarang kesian mama buat kerja sorang dekat dapur.." Ya, semenjak Hana tiada Fateh tinggal bersama keluarganya. Dia bukan apa tapi kalau dirumah.. Hana sentiasa terbayang dalam fikirannya.
"Hana..sayang abang.." Perlahan lahan Hana hilang dari sisinya. Mata Fateh terbuka. Dia terduduk. Air mata gugur tidak henti. Ya Allah.. Dadanya ditumbuk tumbuk. Sakit, rindu semua lah..
"Hana..abang rindu Hana.." bibirnya bergetar. Bila Hana nak balik.. abang rindu sangat dengan gelagat Hana..
"Hana pun rindu abang" Hana mengukir senyum apabila mendengar bisikan suara Fateh ditelinganya. Walaupun, Fateh tiada disisinya saat ini.
"Hana ?" Lamunan Hana terhenti apabila dia mendengar suara Azzalea. Azzalea mengukir senyum. Rindu cik suami lah tu..
"Eh Lea..kenapa ?" Hana menjawab spontan panggilan Azzalea.
Azzalea menepuk perlahan bahu Hana. Dia tahu sangat Hana rindu dengan suaminya. Sabarlah Hana, cepat misi kalini siap cepat kita cuti !
"Saya pun rindu suami dan anak saya.. takpe Hana sikit lagi ! Kita selesaikan cepat misi kalini cepat siap, cepat cuti !" Hana mengukir senyum. Mata Azzalea direnung lama.
"Dah cepat siap !"
"Kita siapkan tugas ni sama sama ye ?" Ayat yang meluncur dari mulut Hana membuatkan Azzalea terkedu. Dia kembali mengukir senyum. Badan ditegakkan dan tabik hormat diangkat.
"Baik !" Hana memecahkan tawanya. Azzalea yang melihat Hana ketawa turut sama ketawa dengan tawa Hana.
———————————————————————
"ASSALAMUALAIKUM..Hana dah balik !!" Baru sahaja pintu rumah ditutup terus kakinya tidak merasa tanah."Ya Allah Fateh !" Hana memeluk erat tubuh sasa milik Fateh. Ya Allah !! Suami aku ni pun sabar lah dulu !
"Sayang !! I miss u so much !!" Fateh memandang Hana yang sudah menggigil di atas dukungannya. Tentera gayat ? Eleh !
"Turun kan lah !!" Perlahan lahan Hana diturunkan di atas katil. Badan Hana masih menggigil. Eih ! Budak ni ! Aku tempeleng kepalanya kang
"Hehehe rindu angat angat !" Dia melabuhkan punggung disebelah Hana. Tangan Hana dirangkul. Baru balik pun wangi ! Ajaib betul lah isteri saya ni !
"Eleh..sebulan je.." Fateh menjeling ke arah Hana. Sebulan je ? Je ? Pergi balik lah dengan je awak tu ! Saya ni tergila bayangkan awak tau !
"Awak..sebulan tu lama tau ! Lagi satu sebulan time awak tak ada tu sebulan tu lah awak masuk mimpi saya je !" Hana mengukir senyum. Yelah lama sebab rasa kosong ! Tak ada orang nak kacau kita ! Nak bermanja manja sepanjang masa kan !
"Yelah.. saya akui sebulan tu lama sebab saya .. tergila gila bayangkan awak !" Hidung Hana dicuit Fateh.
"Haa tau pun !" Terus Fateh memeluk tubuh Hana. Ee kecik je badan macam mana lah boleh terpilih tentera ! Sekali tiup mau terbang si dia ni !
"Hah ! Dah tak payah nak bermanja sangat saya nak pergi mandi ni busuk tau badan saya !" Berkerut kening Fateh. Mana datanglah busuk dia tu wangi aje !! Wangi sebab dia isteri saya kot.. korang dah ada ? Tak ada kan ? Wlee !
"Taknaklah ! Wangi aje mana datanglah busuk awak tu.." Hana menjentik hidung Fateh. Terus Fateh melelarkan pelukan. Ha ! Amik tu ! Orang nak mandi dia sibuk nak berkepit aje !
"Awak !!" Mata Fateh dijeling tajam. Mengada betul ! Fateh memuncungkan bibir. Eh.. Leftenan Komando ni... lepas balik makin garang ye.. tacod kite
——————————————————————
SEDANG masing masing membuat kerja sendiri tiba tiba Hana memecahkan kesunyian."Awak.." Fateh terus mengangkat pandangannya. Dia mengukir senyum.
"Yes princess ? May i help u ?" Fateh menegakkan badannya.
"Saya rasa macam nak roti canai kedai mamak depan tu lah.." Hana mengusap perlahan perutnya. Aduh, baby lapar ye ? Sabar mama cover okay ?
"Harini ane tutup lah.. esok eh ? Haa ! Saya cari roti canai kedai lain ?" Hana memuncungkan bibir. Air matanya perlahan lahan gugur. Bulat mata Fateh. Eik..salah cakap ke ?
"Ala..Hana nak roti canai ane tu.. H-hana taknak kedai lain.." esakan mula kedengaran. Fateh mengerut kening. Isteri aku ni tak dapat roti canai ane tu pun nangis ke ? Aku buat lagi sedap ! Jeles jeles..
Fateh bangun dari duduknya. Dia mengorak langkah menuju ke arah Hana. Setelah dia melabuhkan duduk. Hana terus dipeluk erat.. Eik.. isteri aku gemuk eh ? Perut dah menimbul ni.. tapi badan kecik ! Ajaib ajaib..
"Sayang , kenapa nak nangis ni ? Takkan lah sebab tak dapat roti canai ane tu pun nak nangis ? Sayang saya yang saya kenal tak cerewet tau..selalu tak memilih pun. Are u okay ?" Hana menumbuk dada sasa milik Fateh. Dia sendiri pun tak tahu tapi bila tak dapat roti canai tu sakit semacam je..
Fateh teringat sesuatu dikepalanya. Terus dia memandang Hana dengan riak wajah terkejut. Dia mengukir senyum lebar.
Hana mengerut kening. Cik suami ni kenapa ? Orang tengah sedih dia happy pulak ye !
"Sayang ! Are u pregnant !" Terbuntang mata Hana. Like how..how he know it.. ?
"M-macam mana awak.." ayatnya laju dicantas Fateh.
"Mama pernah bagitahu dekat saya tanda tanda orang nak pregnant dan awak.. ADA TANDA TANDA TU !! YEYY I WILL BE A FATHER SOON !!" Fateh memeluk kembali tubuh Hana. Ya Allah !! Betul ke ni ? Terima kasih ya Allah !
Hana tersenyum disebalik wajah suaminya. Terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan aku zuriat untuk melahirkan seorang anak..
Tapi masalah dia satu je sekarang, Hana belum dapat roti canai ane tu !!
YOU ARE READING
C/Cinta Pertamaku
Short StoryNajuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang seni.