Bab 10

628 17 0
                                    

"YA ALLAH... comelnya budak kecik ni !!! Siapa nama dia Hana ?" Pipi gebu milik bayi itu dikucup lembut. Comelnyaa !!!!

"Hm..Hana rasa.." Hana memandang ke arah Fateh. Segaris senyuman terukir manis di bibir. Dia mengalihkn kembali pandangannya ke arah bayi kecil itu dan Puteri.

"Muhammad Naim El Fitri" Fateh menguki senyum. Eleh nak ada El jugak..

"Fateh El Mukmin, Muhammad Naim El Fitri. Anak bapak lah ni ye ?" Hana cuba menahan geli hatinya. Jangan gelak Hana.. putus jahitan tu nanti.

"Eh awak ni Puteri ! Isteri saya beranak czer tau putus jahitan tu siap awak !" Fateh yang perasan Hana sudah ingin tergelak terus dia memarahi Puteri. Tak marah serius pon gurau gurau aje tu..

"Uu takutnyee !! Naim.. papa kamu garang lah ! Mama je baik kan ?" Hana mengukir senyum apabila bayi kecilnya itu melepaskan tawa. Mata Naim yang kebiru biruan itu ditatap lama. Sebiji macam papa dia.. mata biru biru..

"Hah ! Tengok dia sokong aku tau Fateh ! Like aunty like Fruit !" Puteri membuat riak wajah bangga.

"Fruit tu buah lah ! Ini baby" Fateh mengerut kening. Berani kau panggil anak aku buah ?

Puteri dan Fateh terkaku seketika apabila tangisan bayi itu bergema satu bilik. Faiq menggeleng perlahan. Teruk betullah..bapak dengan aunty nya sama aje..

"Haa anak buah aku tu kau orang buat dia nangis eh.." Faiq menatap tenang mata isterinya dan adik iparnya.

Hana memukul perlahan lengan Faiq. Terus Faiq mengukir senyum. Dia mengerling ke arah Hana beberapa saat dan kembali menatap dua orang punca anak buahnya menangis.

"Fateh buat" laju jari telunjuk milik Puteri menunjuk ke arah Fateh. Terkejut Fateh. Eih kita pulak ? Dia pun sama !

"Eh tak ! Puteri buat" Fateh mengangkat jari telunjuknya dan menunjuk ke arah Puteri.

"Bak sini Naim tu" nada tenang tapi seram. Faiq tidak lekang dari memandang mereka berdua. Haih.. adik aku tengah pantang ni korang dua buat hal pulak..

Puteri menjeling tajam ke arah Fateh. Dia mengatur langkah perlahan dan memeberikan Naim kepada suaminya. Sampai sahaja Naim di dalam dakapannya. Terus Naim melepaskan tawa.

Hana mengukir senyum. Eleh pandai lah Naim ni.. selek pulak dia..

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now