Bab 11

593 21 0
                                    

"AWAK saya pergi dulu ya ?" Hana mengukir senyum. Lama dah tak lapor diri.. Kepten marah tak..?

"Hati hati.." Fateh membalas senyuman Hana. Haih.. rindu lah nanti dekat budak kecik ni...

"Mama nak pergi mana ?" Naim menyoal polos. Hana dan Fateh menundukkan pandangan. Wajah comel itu direnung lama. Naim mengerut kening. Mama papa ni seram la..

"Mama nak pergi work sayang.." tubuh kecil Naim diangkat. Pipi gebu milik Naim dikucup lembut. Senyuman Hana kian melebar.

Hana mengucup pipi Naim dan menyalami suaminya. Baru sahaja hendak dia mengangkat begnya tiba tiba Naim bersuara

"Mama bawak beg ? Lama ke mama pergi ?" Hana menaruh semula begnya. Pipi gebu Naim diusap lembut. Mata Naim direnung dengan senyuman. Ya Allah.. rindu lah dekat budak ni nanti.. semoga aku selamat pergi dan pulang..

"Mama tak pasti lah lama ke tak..jaga diri okay ? And... doakan mama selamat pergi dan balik !!"

"Aaminn !!!!!" Naim menjerit sambil mengusap mukanya dengan kedua telapak tangan. Pipi Naim dicubit Hana. Pandailah budak ni !!

"Dah jom pergi nanti awak lambat pulak" Fateh mengangkat beg Hana. Hana mengangguk perlahan. Dia hanya mengikut jejak langkah Fateh. Naik diberikan kepadanya. Fateh mengunci pintu rumah. Enjin dihidupkan dan minyak ditekan.

———————————————————————-
NAIM memecahkan kesunyian di dalam kereta.

"Mama jangan lupa Naim tau ?" Hana mengukir senyum. Dia memusingkan tubuhnya. Mata Naim yang kebiru biruan itu ditatap lama. Haih.. dulu selalu berdua je.. sekrang dah bertiga..

"I will not forget you sayang.. mama janji" Naim tersenyum lebar sehingga giginya kelihatan. Bibir Hana mengukir senyum semakin lebar.

Hana baru sahaja hendak memusingkan kembali tubuhnya tiba tiba ayat yang dilontarkan oleh Naim membuatkan Hana memusingkan kembali tubuhnya.

"Mama Naim nak adik" Hana mengerut dahi. Dia memandang wajah Fateh. Fateh pun naik hairan sekali. Dah kenapa lah anak dia yang sorang ni tiba tiba nak adik.. cukuplah pening jaga dia sorang ni..

"Kamu dah kenapa Naim ?" Fateh melontarkan soalan. Dia tidak memandang Naim kerana sedang memandu. Naim terus mengetap bibir. Bulu roma sudah mula naik apabila suara Fateh menyapa gegendang telinganya.

"Naim, kenapa cakap macam tu ?" Dahi Hana semakin berkerut. Tiada seukir senyuman pun dibibirnya dan Fateh. Naim hanya mengetap bibir. Tangisan cuba ditahan.

"Naim. Answer mama" tegas suara Fateh. Minta bukan bukan memang kena lah. Naim masih tidak membalas. Dia merapatkan tubuhnya dengan pintu. Matanya tidak memandang sesaat pun ke arah mama dan papanya. Dia hanya cuba menenangkan diri dengan melihat indahnya kawasan sekitar.

Fateh melepaskan keluhan berat sehingga Naim perasan. Naim cuba memandang ke arah Fateh dan meminta maaf tetapi seluruh badannya menjadi berat. Hana memusingkan kembali tubuhnya ke hadapan. Dia mengeluh perlahan. Wajah diraup. Naim ni.. buat hal lah..

"Naim minta maaf" perlahan suaranya. Naim cuba memandang ke arah mama dan papanya tetapi hati berkata tidak. Dia terus memandang ke luar tingkap dengan pikiran yang serabut. Otaknya memikir pelbagai benda selepas Fateh meninggikan sedikit suaranya.

"Jangan minta bukan bukan understand Muhammad Naim El Fitri ?" Bulu romanya semakin mencacak ke atas. Betapa takutnya dia dengan Fateh sehingga bibir mula bergetar.

———————————————————————-
"NAIM.. mengelamun apa tu ?" Fateh mengerut dahi. Sejak dia sound Naim tadi terus Naim senyap sunyi. Hantar Hana pun Naim hanya sekadar melambai dan mengucup pipi Hana. Dia tidak membuka mulut langsung.. dalam kereta pun sama.

Naim tidak menjawab. Dia masih tidak berani untuk membuka mulut. Pandangannya dijatuhkan kembali pada mainan yang berada ditangannya. Fateh meraup wajah. Ya Allah.. Naim ni.. perangai macam diri sendiri pun ada... nak cakap macam Hana, tak pernah lagi lah Hana macam ni..

Tubuh kecik Naim yang ringan itu diangkat. Sesak dada Naim asbab terlampau terkejut tiba tiba dia diangkat. Setelah tubuhnya perlahan lahan direbahkan diatas katil baru lah nafasnya lancar. Fateh ketawa kecil. Dah macam Hana aje...

"Naim. Come here" dia menepuk tilam yang kosong disebelahnya. Nak tak nak Naim perlu ikut. Dia hanya menuruti kata Fateh. Setelah tubuh direbahkan Fateh menarik Naim agar lebih dekat dengannya. Jauh sangat lah Naim.. sini sikit

"Papa, Naim minta maaf.." entah dari mana kekuatan itu muncul. Naim dapat bersuara lancar sehinggakan mata Fateh tadi yang sudahpun tertutup rapat terbuka kembali. Fateh mengukir senyum.

"Papa dah lama maafkan Naim" Naim memeluk Fateh. Fateh melepaskan tawanya. Yang ni sebiji diri sendiri !!

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now