Bab 8

783 21 3
                                    

FATEH memeluk tubuh. Dia hanya melihat Hana yang sedang makan spaggeti oglio olio itu dengan penuh berselera. Senyuman tidak lekang dari bibir Hana. Hatinya bagai hancur lebur kerana tidak dapat menjadi suami yang baik. Tengoklah..nak makan makanan yang dia mengidam dah seminggu pun kawan masak..suami dia ? Tak boleh harap pun.

"Sedap sangat ke Puteri masak ? Sampai tak boleh lepas dengan bekas tu" keningnya dijongket sebelah. Cuba mengawal riak muka agar tetap tenang.

Hana hanya memekakkan telinganya. Dia menjeling sekilas. Tajam. Tadi orang minta masakkan dia taknak masak, lepastu makan masakan Puteri bising pulak. Desis hatinya. Geram pulak rasa..

"Sedap sangat lah tu kot atau.. Hana memang mengidam dah lama jadi bila dapat makan tu rasa taknak lepas dari makanan tu" Puteri menjawab tenang. Dia tolong jawabkan aje dah Hana diam.

Fateh tersentak. Dah lama ? Tapi kenapa dia tak minta pun ? Dia tak berani ke ? Rasa bersalahnya makin berombak ombak di dada. Sesak.

"Haah betullah tu Hana dah lama sangat mengidam tapi sejak dia ni berkurung je jadi kita pun diam ajelah" Ayat yang meluncur daei mulut Hana membuatkan dada Fateh semakin sempit. Hana..maafkan abang Hana.. abang tak dapat jadi suami yang baik untuk Hana..

"Kenapa Hana tak bagitau yang Hana mengidam sangat benda tu ? Saya boleh je masakkan" Hana menjeling tajam. Fuhh senangnya dia berkata kata kan ? Dia siap boleh tanya lagi kenapa tak minta.. Fateh Fateh..

"Kenapa ? Awak boleh tanya saya kenapa ? Awak tu langsung tak pandang muka saya tau sejak kejadian yang saya tengok 'boyprend' saya tu. Ya , awak merajuk tapi awak jangan ingat dengan awak layan merajuk awak tu saya okay je Fateh. Awak nak saya pujuk awak lah macam tu ? Saya ni pun banyak lagi masalah dalam kepala yang belum selesai dapat pulak awak berperangai macam tu be matured Fateh. Jangan sebab benda remeh pun awak nak merajuk." Fateh mengetap bibir. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia telah menyiksa Hana selama 2 minggu ini. Lailahaillah, apa aku dah buat ni ?

Puteri mengerut dahi. Dia memandang Hana tajam.

"Boyfriend ? What do you mean Hana ?" Keningnya dijongketkan sebelah. Hana memandang tenang wajah Puteri.

"Sunghoon lah" Hana mengambil semula bekas yang berisi spaggeti oglio olio itu. Dia sambung menikmati makanannya.

Plak ! Puteri menepuk dahi. Ya Allah jejaka kacak tu rupanya ! Lah suami pun nak jeles sampai pulau isteri dah kenapa ? Isteri mengandung pulak tu MashaaAllah.. setakat mamat tu je dia bukan boleh miliki pun Fateh !!!

"Fateh, kalau kau merajuk dengan Hana okay aku faham. Tapi perlu ke sampai nak pulau dia ? Dia pregnant Fateh ! Setakat mamat tu dia tak boleh milik pun lah ! Sejak bila Fateh jadi tak matang ni ? Otak kau mana Fateh ?" Fateh menjatuhkan pandangannya. Birai mata mula basah. Kepalanya tidak henti menggeleng perlahan lahan.

Hana yang melihat air mata Fateh jatuh ke lantai terus menutup bekas yang berisi spaggeti oglio olionya dan diletakkan di atas meja. Dia mengatur langkah ke arah Fateh. Tubuh Fateh dipeluk erat.

"Hana..abang minta maaf.."  mata Fateh kabur kerana takungan air mata.

"Hana dah lama maafkan abang.. Hana tak pernah simpan dendam terhadap suami sendiri. Hana nak cakap yang Hana hanya cintakan Fateh El Mukmin. Hanya dia yang mampu menguasai hati Hana." Hana mengangkat wajahnya. Dia memandang Fateh ukiran senyuman. Air mata Fateh jatuh membasahi pipinya. Diseka lembut air mata itu.

"Be matured okay ?" Fateh mengukir senyuman. Dia membalas pelukan Hana. Hana ketawa kecil. Dah macam budak budak lah laki aku ni !!

"Ehem oi dah lupa ke aku kat sini !!" Puteri memeluk tubuh. Dah macam tunggul batu dia buatnya aku ni !!

"Aku tahulah suami aku tengah kerja. Kau orang tunggu eh ! Suami aku balik nanti sweet dengan dia depan kau orang tunggulah !!!" Mereka berdua memecahkan tawa. Terima kasih ya Allah kerana telah menyatukan kami kembali..

———————————————————————-
"SAYANGG" terbuntang mata Hana. Mukanya terasa bahang. Arghh !! Cik suami ni minta jelingan maut betullah !!

"Sayangg pandang lah sinii" Hana menjeling tajam ke arah Fateh. Bibirnya cuba menahan senyum. Pandangan dijatuhkan. Jangan Hana. ! Jangan senyum !

"Elele dia senyum lah ! Comelnya sayang saya nii" Fateh melepaskan tawa. Kacau macam ni pun muka naik merah dah ke ?

"Stop it !!" Hana menekup wajahnya menggunakan tangan. MashaaAllah..sejak berbaik ni makin mengada lah cik suami ni !!

"Sayang... bukak laa abang nak tengok muka Najuwa Farhana yang cantik ni !!" Fateh bermain dengan jari Hana. Jari Hana dijentik jentik dan dipicit picit.

Perlahan lahan Hana mengangkat wajahnya. Mata Fateh direnung tajam. Fateh tersenyum pasrah. Haa sudah...

"Aloo jangan lah marah" dia menarik tangan Hana. Tangan Hana dikucup lembut. Fateh tidak lagi dapat menahan tawanya apabila dia tersedar muka Hana sudah naik merah.

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now