Bab 12

503 19 0
                                    

FATEH mengerut dahi. Haih.. ape lagi lah budak si Naim ni fikir.. sejak sejak ni asyik termenung aje.. Fateh menepuk tangannya di hadapan muka Naim. Bulat mata Naim.Kening Fateh dijongket sebelah. Mata Naim dipandang lama.

"Ha pikir apa tu ? Sampai dari tadi papa cerita no respon" Naim mengerut kening. Papa cerita ? Bila ? Fateh mengurut dahi.

"Tulah..mengelamun aje papa cerita dari tadi pun kamu tak perasan" Pandangannya dijatuhkan. Naim bermain jari jemarinya. Dia bangun dari duduk dan berlari ke dalam bilik. Fateh mengurut kepala. Pening kepala nak jaga budak sorang ni !! Banyak akalnya

Fateh bangun dari duduknya dan menuju ke bilik Naim. Naim adalah sejenis yang suka mangasingkan diri dengan orang dan banyak berdiam diri. Itulah Naim yang dikenali Fateh dan Hana. Tak tahulah perangai siapa Naim ni ikut.

Fateh mengetuk pintu bilik Naim. Perlahan lahan daun pintu terkuak. Naim mendongak ke atas. Fateh mengukir senyum. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Naim hanya mengekori bapanya.

"Naim okay tak ?" Ayat yang dilontarkan Fateh membuatkan birai mata Naim perlahan lahan basah. Fateh memeluk erat tubuh kecil Naim itu. Naim merupakan seorang yang sentiasa berfikiran positif. Tetapi air matanya murah. Dalam positif itu pasti akan timbul negatif nya yang membuatkan air matanya jatuh ke pipi. Fateh mengerling ke setiap sudut bilik dan matanya tertumpu pada meja Naim yang berselerak dengan kertas dan buku kecil.

"Kejap ya" Fateh melepaskan pelukan. Dia mengatur langkah ke arah meja Naim. Terkejut Fateh. Naim kecil lagi sudah minat sejarah. Dia memandang ke arah Naim. Naim membuat muka tidak bersalah.

"Naim, are you study history ?" Naim mengangguk. Nak terjatuh rahang Fateh. Seriously ?

"Mana kamu belajar ?" Naim menghalakan jari telunjuknya ke arah komputer yang sedang terbuka disamping Fateh. Bulat mata Fateh. Komputer aku ni !!!

"Kamu curi komputer papa eh ?" Dia menggeleng. Makin naik hairan Fateh. Dah tu ? Takkan terbang ke sini kot ?

"Mama bagi. Dia tahu pasal Naim nak belajar ni lepastu dia kata ambillah, belajar dekat situ" Fateh menepuk dahi. Lah.. Hana dah tahu rupanya.. kenapalah dia tak share..

"Kenapa Naim berminat nak belajar sejarah ni ?" Fateh melabuhkan duduk pada kerusi kecil milik Naim. Naim tidak terus menjawab. Dia memandang mata Fateh penuh dengan riak wajah yang teruja.

"Naim berminat sebab Naim nak tahu kenapa Pythagoras , Euclid , liu Hui , Brahmagupta , Muhammad bin Musa Al- Khwarizmi , Blaise Pascal dan Johann Friedrich Carl Gaus minat untuk buat subjek matematik." Membulat mata Fateh. Dia hafal semua mat.. aku satu pun tak tahu masalahnya..

"S-sebab tu je ke ?" Tergagap terus Fateh sebab terkejut dengan kehebatan Naim. Naim menggeleng perlahan dengan senyuman.

"Naim nak belajar tentang sejarah islam, malaysia dan 13 buah negeri di malaysia beserta wilayah persekutuan" Fateh dah tak mampu berkata apa apa lagi. Pro. Negeri - negeri ni subjek budak darjah empat ni !! Masalahnya Naim baru 4 tahun bukan darjah 4 !

Naim melepaskan tawa melihat reaksi bapanya. Papa ni asyik terkejut je, lawak lah Hahaha

"Takpelah Naim, papa dah insaf dah nak tanya. Sakit jantung dengar Naim.." Naim ketawa lagi. Yelah.. terkejut sangat lah tu !! Fateh melangkah keluar dari bilik. Dadanya diurut urut. Macam mana lah isteri aku boleh tak terkejut dengan kemahiran budak 4 tahun ni !!

Naim turun dari katil dan melabuhkan punggungnya pada kerusi kecil miliknya. Dia sambung mengulang kaji tentang sejarah Alexander Graham Bell. Tajuk yang belum habis tidak akan Naim skip. Sementara papa masukkan dia ke tadika tahun depan lebih baik dia buat sesuatu yang mengembangkan otak daripada hanya bermain mainan, tidur, makan itu ajelah bosan betul !

————————————————————————
"NAIM.." Fateh mengejut lembut Naim yang sedang terlena di atas mejanya bersama kajian yang belum siap. Naim membuka mata perlahan lahan. Dia menutup mulut apabila dia sudah mula menguap. Mata Fateh dipandang.

"Naim dah solat asar ?" Naim mengangguk. Fateh mencubit pipi Naim. Naim melihat jam ke arah papan skrin komputer. Jam menunjukkan 7;20 . Terbuntang mata Naim. Terus dia bangun dan berlari ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu'. Fateh menggeleng perlahan beserta ukiran senyum dibibir. Dia tidak menggalakkan lagi Naim untuk sentiasa menjaga solat sebenarnya, tetapi ini kehendah Naim sendiri. Dia yang minta.

Sebaik sahaja Naim keluar dari bilik air dia terus menyalami Fateh. Berkerut dahi Fateh. Dah kenapa tiba tiba salam ni ?

"Papa Naim minta maaf tau.." bibir menguntum senyum. Kepala Naim diusap lembut.

"Papa okay aje.. dah go pergi solat sana" Naim mengangguk. Dia terus cepat cepat mendapatkan sejadah dan kopiah. Fateh melangkah keluar dari bilik Naim. Daun pintu ditutup kemas. Anak soleh..

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now