"BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...." Bacaannya terhenti apabila mendengar ketukan pintu rumah. Fateh menutup al quran dan membuka daun pintu. Matanya membulat melihat Hana. Terus Hana dipeluk erat.
"Ya Allah.. sayangg tau tak abang rindu sangat dekat sayang.." Hana menjeling. Alah gelilah kita ! Matanya meliar liar ke dalam rumah. Mana Naim ?
"Mana Naim ?" Fateh mengerut dahi. Yelah..sejak ada Naim ni asyik cari Naim ajelaa
"Sikit sikit Naim. Tu kat atas pergilah sana" baru hendak Fateh melangkah masuk ke dalam bilik semula tangannya dirangkul.
"Eleh jeles ke ?" Hana menjongket keningnya. Fateh menjeling. Pergila cari Naim tu !!
"Alah dengan budak budak pun nak jeles !! Mengada !!" Tangan Fateh dilelar. Hana mengangkat beg dan masuk ke dalam rumah. Dia meletakka beg di kerusi ruang tamu dan terus berlari ke atas. Fateh tersenyum senget. Macam budak budak !!
———————————————————————-
PINTU biliknya diketuk. Naim mengerut kening. Dia tak percaya kalau itu adalah Fateh kerana ketukannya berbeza. Naim membiarkan sementara. Ketukan itu berbunyi untuk kali kedua. Naim menghela nafas perlahan. Pintunya perlahan lahan dikuak lebar. Terkejut dia. Mama ? Tubuh Hana dipeluk erat."Naim buat apa ?" Hana menjongket kedua dua keningnya. Naim melepaskan tawa.
"Naim belajar !!" Hana tersenyum melihat anaknya. Dia mencuit hidung kecil Naim.
"Jangan asyik belajar aje buat aktiviti lain sikit..nanti otaknya penat asyik berfikir aje.." Naim mengangguk. Dia tersenyum lebar. Hana mencubit pipi gebu Naim.
"Amboiii bersweet dekat sini pulak !!" Suara Fateh membuatkan mereka berdua serentak menoleh belakang. Fateh cekak pinggang. Bibirnya mengukir sedikit senyuman.
"Jom gi bawah" Fateh menarik tangan Hana. Hana baru sahaja hendak menarik tangan Naim tetapi Naim sudah terlebih dahulu menyorokkan tangannya. Naim membiarkan mama dan papanya bergerak ke ruang tamu dahulu. Dia mengemas meja kecil itu sehingga benar benar rapi. Barulah dia mengorak langkah ke bawah.
Sewaktu di bawah, Naim tidak dapat melihat apa apa. Dari bilik mama dan papa sehingga dapur kesemuanya gelap kecuali biliknya dan stor yang berada di tingkat atas.
"Mama, papa ?" Perlahan Naim mengatur langkah ke bawah. Tiada sebarang respon. Dia tetap mengatur langkah perlahan berharap lampu terbuka. Tapi tidak, lampu langsung tidak terbuka.
Dia mengeluarkan lampu suluh kecil yang pernah dibelinya sewaktu dulu. Dia menyuluh hanya pada lantai.
Fateh dan Hana menggaru kepala. Apa punya budak lah Naim ni suluh ke lantai !! Fateh membuka lampu. Terus Naim mendengar suara yang riuh rendah sedang menyanyikan lagu hari lahir. Naim menggaru kepala.
"Siapa punya hari lahir ?" Terdiam semua orang mendengar soalan Naim. Eik ! Hari jadi dia lah takkan lupa pulak ?
"Hari lahir kamu lah Naim" Naim hanya sekadar mengangguk. Dia sendiri pun tak ingat hari lahir dia bila sebab dia langsung tak pernah peduli tentang hari lahir. Hari lahir yang dia peduli hanyalah hari lahir keluarganya.
————————————————————————
SETELAH selesai makan, mereka semua dengan dunia masing masing. Ada yang menonton television, ada yang berbual, ada yang menyuci pinggan dan cawan. Namun, Naim hanyalah sekadar melukis. Di dalam kepalanya dipenuhi sejarah. Dia melukis bangunan bangunan bersejarah."Naim buat apa tu ?" Hampir terjerit Puteri. Naim lukis !?
"Naim melukis" ringkas jawapan Naim dengan nada yang datar. Dia tidak memandang wajah auntynya itu sesaat pun. Puteri melabuhkan duduk disebelahnya. Badan kecil Naim diangkat dan diletakkan di atas ribanya.
"Naim..Naim tu kecil lagi.. jangan banyak menyendiri okay ? And... memendam tu" tersentak Naim mendengar ayat yang keluar dari mulut auntynya. Dia terus memusingkan tubuh dan merangkul leher Puteri. Puteri memecahkan tawa.
"Aunty tau sangat sebabb dulu aunty macam Naim juga !!" Hidung kecil Naim dicuit lembut. Naim melepaskan tawa. Dia tidak lari dari menatap mata auntynya itu. Muka aunty... sama macam mama
Pipi gebu Naik dikucup lembut sebelum dia masuk ke dalam kereta. Naim melambai lambai ke arah Puteri. Kata kata Puteri itu benar tetapi, yang tak logiknya adalah mama dan papanya yang membenarkan dia tidur di dalam bilik sendiri sedangkan dia baru berumur 4 tahun. Adakah perubahan dirinya ini tetap salahnya atau mama dan papanya ?
YOU ARE READING
C/Cinta Pertamaku
Short StoryNajuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang seni.