SAAT tangannya meraba ke tilam Fateh terkejut. Dia meraba lagi tilamnya dan tetap kosong. Terus dia bangun dan mencari sosok tubuh si isteri. Fateh menghembus nafas lega melihat cik isteri yang sedang tekun masak di dapur. Terus dari belakang Fateh memeluk Hana. Tangannya mengusap perlahan perut cik isteri.
"Baby ni cergas betu ya..sampai mama awak ni pun makin rajin memasak" Hana mengerling tajam. Dia mengerut dahi. Sebelum ni aku malas masak ke ?
"Amboii awak nak cakap saya malas masak ke sebelum ni ?" Terus Fateh mencari ayat di dalam kepalanya. Aduh salah tafsir pula !
"Mana ada..awak masak apa tu yayang?" Dia mengubah topik. Hana mengukir senyum. Eleh ubah topik pula !
"Saya masak.. daging harimau cry cry !!" Fateh mencubit pipi isterinya.
"Banyaklah cru cry.. menangis lah"
"Menangis in english cry kan ?" Hana membuat riak wajah bangga. Dia mengangkat kedua dua keningnya.
"Eleh pandai lah awak !" Fateh mencuit hidung isterinya. Hana memecahkan tawa.
"Tapi betullah kan !" Dia menggeleng perlahan sambil tersenyum. Pipi Hana dikucup lembut. Pelukan dileraikan. Dia mengorak langkah ke ruang tamu.
"Nak pergi mana tu ?" Hana memusingkan tubuhnya. Fateh tersenyum senget.
"Nak pergi tengok amoi jogging mesti cantik !!" Hana ketap bibir. Dia memusingkan kembali tubuhnya. Mendengar lontaran ayat yang keluar dari mulut Fateh membuatkan dadanya terasa sesak.
"Ha hati hati" Dia tidak memandang Fateh. Tumpuannya tetap kepada papan pemotong. Siapkan benda ni lagi tak menyakitkan hati..
"Alah tak jadilah tiba tiba nak tengok tv !!" Sebuah senyuman terlakar dibibir Hana. Ada aje perangai cik suami ni ye..
"Nanti minum susu !!" Terus hilang lakaran senyuman yang manis tadi. Muka Hana bertukar menjadi masam mencuka. Dia memusingkan tubuhnya mencari cik suami. Fateh yang duduk senang di ruang tamu dijeling tajam.
"Taknak lah tak sedap !" Fateh mengerut dahi. Eih dia ni ! Mengada betul !
"Ini arahan suami Hana !! Kena ikut ! Paham !!" Dia mengerling ke arah si isteri sesaat dan kembali menumpumkan perhatiannya kepada television.
"Paham cik suami !" Fateh memecahkan tawa. Comel betul !!
Hana memuncung bibirnya. Eii susu tu dahlah tak sedap ! Macam nak elak ya..
"Tak payah pikir macam mana nak elak minum aje susu tu"Bulat mata Hana. Macam mana pulak dia tahu ni.. ajaib betul
"Saya tahulah hati awak tu cakap apa sebab hati kita kan dah bersatu ! Disatukan oleh cinta hehe !" Fateh tersenyum nakal. Terlalu disatukan sehingga mendapat zuriat si comel !
———————————————————————
TERKEJUT Hana. Baru sahaja dia menutup pintu rumah telinganya mendengar suara garau yang menegurnya. Terus bibirnya menguntum senyum apabila dia melihat Faiq sedang duduk senang di atas sofa berserta senyuman di bibir."Abangg !!!" Hana berlari laju ke arah Faiq. Arghh !!! Rinduu !!
"Hana !" Fateh meninggikan suaranya. Terkejut dia nampak Hana berlari. Memang nak gugur mak buyung sorang ni !! Tak kena dengan mengandung !
Faiq mengerut kening. Dah kenapa baru masuk nak jerit jerit ? Mata kuyunya dikecilkan. Tak nampak pape, okay besarkan balik.
"Fateh ! Kamu ni kenapa baru masuk dah nak tinggi suara dekat menantu mama !" Turun naik dada Datin Kirana. Kenapalah dengan Fateh ni..
"Of course Fateh akan marah dia ! Tengoklah dia tu tak kena dengan mengandung nak lari lari !" Fateh mengeluh perlahan. Ya Allah Fateh..sabar..
Terbuntang mata masing masing. Hana mengandung ? Seriously !? Kesemuanya memandang ke arah Hana. Hana yang masih di atas riba Faiq tiba tiba blur.
"Siapa yang mengandung ? Akak Puteri ke ?" Hana menyoal polos. Dia menolak sedikit bahu Faiq. Matanya terkebil kebil memandang semua orang. Kepalanya digaru. Siapa mengandung ni ? Kenapa semua orang tengok aku ?
"Hana ! Hana pregnant ?" Terkejut Hana. Dia baru teringat yang dia mengandung. Hana tersenyum senget. Perlahan lahan kepalanya mengiyakan kata kata abangnya itu.
"Dia boleh tanya pulak siapa yang mengandung.." Tengku Adrean Sofea menggeleng kepala. Ya Allah lah mak buyung sorang ni.. boleh lupa dalam perut tu ada baby !
Hana hanya tersenyum pasrah. Datin Zulaikha menggeleng geleng. Hana Hana...
"Ya Allah !! I will be a aunty soon !!" Puteri melompat lompat bahagia.
"Soon ! Puteri pulak jadi ibu !!" Dheanna dikerling tajam. Budak ni kan ! Memang aku dah agak dah mulut dia ni tak boleh simpan rahsia ! Ergh Dheanna !!!!!
"Macam macam lah kamu ni Dhea.." Tengku Ayzat menggeleng perlahan.
"Hah ? Puteri kahwin ? Bila ? Dengan siapa ?" Bertubi tubi soalan yang dikeluarkan dari mulut Hana. Hana bangun dari pangkuan abangnya dan mengorak langkah ke arah Puteri.
"Bukan taknak jemput.. masa tu kamu masih belum balik sini lagi.. sibuk tembak tembak !!" Tengku Irshad memecahkan tawanya. Lengannya dicubit Datin Kirana. Suami aku ni pon satu ! Patutlah perangai anak macam tu bapaknya pun contoh yang bukan bukan !
"Lah..yeke.. suaminya siapa ?" Bibir Tengku Irshad muncung ke arah Faiq. Faiq sedang menekup wajahnya menggunakan tangan. Bulat mata Hana. Hah ? Abang !? Seriously ?
"Haaa tulah haritu orang dah kata jangan asyik cakap taknak je kan dah jadi pasangan swumur hidup !!" Faiq memandang Fateh dengan renungan tajam. Fateh tersenyum senget. Alah abang ipar ni.. gurau aje maa santai la beyy
"Fateh !" Suaranya bergema satu ruang tamu. Fateh menggaru lengannya. Dia tersenyum senget sambil menundukkan sedikit kepalanya.
Faiq memandang ke arah Puteri. Sebenarnya.. rasa untung jugak kahwin dengan dia ni.. dia pun dah macam Hana sikit tak adalah sunyi !!
"Haa lepastu tenung aje isteri tu.. kenapa ? Sehari tak tengok tak tenang hidup tu ?" Hana menjeling tajam mata Faiq. Faiq tersenyum pasrah.
"Entahlah cantik sangat.. tak puas ." Terkejut Puteri dibuatnya. Faiq ni minta buku lika betul !
"Eh !" Puteri menjeling tajam. Pelik peliklah Faiq ni !
"Ceh pengantin baru yang lagi satu ni ! Dua dua aku campak jugak dalam laut.. dari haritu lagi geram aku tengok tau !" Tengku Ayzat menjeling. Eleh ! Takpelah dulu aku muda pun macam tu..
"Itulah sakit mata kita ni !!" Tengku Irshad mengangguk tanda setuju dengan kata kata Tuan Ayzat. Tapi tulah dulu aku lagi buas.. eh ! Nauzubillahimindzalik !!
YOU ARE READING
C/Cinta Pertamaku
Short StoryNajuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang seni.