HANA langsung tidak bercakap pada paginya. Dia hanya fokus pada sarapan pagi yang hendak dimasak. Fateh pun hanya berdiam diri sahaja. Dia langsung tidak bercakap dengan Hana.
"Ya Allah.." suara Hana yang menyapa telinganya membuatkan anak matanya bergerak ke arah Hana. Hana meraup wajah sambil mengusap perlahan perutnya.
Tiada reaksi. Fateh hanya melihat isterinya dengan pandangan kosong. It's not my fault,bukan, bukan salah aku..tak Fateh tak..
"Papa ? Tengok apa tu ?" Suara Naim menghentikan lamunan Fateh. Pipi Naim diusap lembut.
"Naim.." ayatnya terhenti apabila suara Hana laju mencantas ayatnya.
"Naim, come here. Seat with me" Naim mengangguk. Dia mengorak langkah duduk di sebelah Hana.
"Kenapa ? Takut Naim rapat dengan saya lepastu tak ada siapa yang nak layan sikap manja awak ? Sebab tu awak terus suruh dia duduk berkepit dengan awak sebab taknak dia luangkan masa dengan saya kan ?" Fateh menyoal dengan nada sinis. Dia tidak memandang wajah Hana. Hana ketap bibir. Perlu ke sampai cakap macam tu ?
"Naim.. masuk bilik dulu ya ?" Tanpa sebarang suara Naim terus menuju ke biliknya. Dia sendiri pun tak hingin nak dengar apa uang dibicarakan.
"Kenapa awak cakap macam tu depan Naim ? Dia budak budak awak tau tak ? Awak boleh tak jadi matang ! Takkan sebab saya kurang layan awak, awak nak jadi macam ni ? Kita dah banyak kali tau jadi macam ni sebab perangai awak yang tak matang tu !! Dengan egonya lagi !" Suara Hana bergema satu ruang tamu. Dia bangun dari duduknya dan terus mengorak langkah ke bilik tetamu. Yelah, Fateh pun tak sudi nak tidur dengan dia.
Bibir Fateh terkatup rapat. Najuwa Farhana yang dia kenal tak pernah naik suara sampai macam ni.
"Banyak kali kita jadi macam ni sebab perangai awak yang tak matang tu !! Dengan egonya lagi !" Suara Hana terngiang ngiang di kepalanya. Jelas. Fateh meraup wajah. Tak tenang aku nak buat kerja lah !!
Matanya meliar liar ke luar bilik. Dia cuba mencari sosok tubuh Hana. Pelik. Pintu pun tak terbuka dari tadi.
"Papa, mama okay ke ? Tadi Naim dengar mama jerit... Naim nak tengok mama tau ?" Baru sahaja Naim ingin turun dari katil terus lengannya ditarik. Naim memandang wajah Fateh. Fateh menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan tindakan Naim. Dia melabuhkan kembali duduknya di atas katil. Firasatnya kuat mengatakan bahawa Hana sedang betul betul perlukan bahu sekarang.
Naim bertekad untuk tetap pergi ke bilik tetamu. Selepas tangannya dilelar dari genggaman, terus dia turun dari katil dan berlari ke bawah.
"Eh Naim !!" Fateh meletakkan komputer ribanya di atas tilam. Dia berlari keluar dari bilik untuk mendapatkan Naim. Naim sudahpun masuk ke bilik tetamu. Tangan digenggam kasar. Ya Allah... sabar Fateh.
"Mama okay ?" Naim mengunci tombol pintu bilik tetamu. Dia berlari ke arah Hana yang sedang baring menghadap ke dinding. Hana tidak menjawab. Dia hanya diam.
"Mama ? Mama okay tak ?" Naim memanjat katil dan menggoncangkan tubuh Hana. Hana masih tidak membuka mata mahupun menjawab panggilannya.
"Mama ? Mama Naim kat sini mama ceritalah" Naim masih menggoncangkan tubuh Hana. Tetap tiada jawapan darinya. Naim menarik bahu Hana sehingga dia terbaring telentang.
"Mamaa nii taknak layan Naim ke ?" Tangisan cuba ditahan. Kenapa dengan mama ni ? Kenapa dia taknak jawab ? Nak taknak..
Naim memandang ke arah pintu dengan helaan nafas yang kasar. Fateh, salah satu jalan penyelesaiannya.
Perlahan lahan pintu bilik tetamu terkuak. Terkejut Naim. Tangan Fateh terus ditarik ke dalam. Fateh mengerut kening. Kenapa ni ?
"Eh Naim kenapa ni ?" Naim tidak membalas. Dia tetap meneruskan langkahnya sehinggalah mereka berdua sampai di hadapan katil yang sedang Hana rebahkan tubuhnya.
"Mama..dia tak bangun dari tadi" Dup ! Dadanya sesak. Terus dia memegang leher Hana untuk merasa nadi. Masih ada.. Tangannya mendarat pula di atas leher Hana. Membulat mata Fateh. Terus Fateh mengangkat Hana masuk ke dalam kereta. Naim hanya mengikut jejak langkah Fateh.
Tangan Hana tidak lepas dari genggaman Fateh. Dia menggenggam seerat mungkin dan mengusap telapak tangannya. Hana..bangunlah abang minta maaf
————————————————————————
FATEH menggigit jarinya. Naim mengusap lengan Fateh lembut. Air mata mula gugur. Semua salah aku.. kenapa aku buat dia macam tu ? Dia dahlah tengah mengandung anak aku pulak tu ya Allah... Wajah diraup."Papa, jangan salahkan diri sendiri je.. Allah jadikan macam ni ada sebabnya,papa dengar kan ?" Terus anak mata Naim ditatap lama. Mana Naim tahu ayat tu ? Ayat yang sama pernah keluar dari mulut Hana.
"Awak..jangan asyik salahkan diri tu aje Allah buat semua ni ada hikmahnya tau, awak dengar kan ?" Wajah dan suara Hana terbayang di kepalanya. Ayat yang dilontarkan hampir sama dengan ayat Hana. Pipi Naim dicubit. Pipi tembam macam maknya..
Air mata Fateh diseka lembut dengan tangan kecil milik Naim.
"Smilee !!" Senyuman diukir. Fateh menatap lama anak mata Naim. I'm so sorry Naim,
sebab tak dapat jadi ayah yang baik.."Naim tak kisah pun ayah Naim jahat ke baik ke sebabnya... Naim cuma nak ayah Naim tu sayangkan ibu Naim.. Naim tak suka tengok orang yang Naim sayang nangis, sedih semua lah !!" Mata Fateh membulat. Naim hanya mengukir senyum sambil menanti kedatangan doktor. Kepala Naim diusap lembut.
"Good boy, Fitri." Matanya bergerak memandang wajah Fateh. Senyuman semakin melebar sehingga matanya hilang. Maklumlah sepet
"Terima kasih cik Mukmin" Mata dikecilkan. Pandai ajelah si Naim ni !
"Eleh nak jugak !!" Tawa mereka bersatu. Dalam hati masih risau jugak ni, mana doktornya ?
————————————————————————
"SAYANG... abang minta maaf laa" Hana memulaukan Fateh. Haa biar biar !! Orang dah pingsan nak mati dah baru nak sayang... eii"Alahh sayang sorry lah" matanya dijeling tajam. Hana hanya memandang ke arah jalan raya. Tubuhnya dipeluk dengan tangan sendiri.
"Sorry naik lori ! Dah banyak kali awak buat saya macam ni tau ! Lepas sorry punya sorry buat lagi !!" Fateh memuncungkan bibir. Alah.. Hana ni.. dah minta maaf kan
Naim menutup mulut. Lawak pulak tengok gelagat mama dengan papa ni !!
"Ha Naim ! Sedaplah gelakkan orang nanti Naim ada isteri, Naim pun kena bebel macam ni tau haa" Kepalanya digaru. Aik...kita pun kena ? Yelah mama !!
"Tapi Naim kecil lagi !!! Lambat lagi nak ada isteri heheh !!" Tawanya dan Fateh bersatu. Fateh menunjukkan tanda bagus kepada Naim. Lengan Fateh dicubit.
"Anak beranak ni memang tau !! Geram betul tengokkan lah !" Naim dan Fateh hanya tersenyum pasrah. Mula dah...
Sorry tau korang lama biarkan bab 15 ni dekat draft !!!! Maaf buat korang tertunggu tunggu
YOU ARE READING
C/Cinta Pertamaku
Short StoryNajuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang seni.