Bab 6

851 25 0
                                    

"MAMA kitaorang balik dulu ya ?" Hana mengucup lembut tangan Datin Zulaikha. Pipi dan dahi Hana dikucup.

"Hati hati ya?" Hana mengangguk perlahan. Dia mengukir senyum. Mama masih lagi tidak ubah melayaninya dari kecil sehingga besar.. berat hati ni rasa nak tinggalkan rumah mama..

"Er... mama.." Fateh mengukir senyum. Dia menundukkan sedikit badannya. Datin Zulaikha hanya menguntum senyum kepada Fateh.

"Ma..kitaorang pun nak gerak sekali ni.." Puteri menghulur tangannya. Dia mengucup pipi dan dahi Puteri.

"Ha iyelah.. jaga diri kamu ye Puteri ? Faiq ! Jaga menantu mama elok elok eh ! Kamu cuai mama sekel kepala kamu nanti !" Faiq menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tersenyum pasrah. Dia mengucup tangan mama dan macam biasa mama akan mengucup pipi serta dahinya.

"Iyee mama Faiq tahu lah nak jaga buah hati mama ni macam mana !! Sebab dia ni buah jantung Faiq !" Lengan Faiq dicubit. Faiq ni macam macam lah ! Buah jantunglah buah hati lah buah buahan lah..

"Maa kitaorang gerak dulu babayy !!" Hana melambai lambai keluar tingkap. Dia menguntum senyum yang lebar. Datin Zulaikha melambai lambai anak anaknya. Ya Allah.. cepatnya anak anak aku ni membesar.. macam baru semalam nampak diorang berdua main dekat lama rumah ni..

——————————————————————-
SUASANA di dalam kereta sunyi sepi. Fateh memecahkan kesunyian dengan melontarkan soalan kepada Hana.

"Sayang are u okay ?" Dia mengerling Hana sesaat dan mengalihkan tumpuannya kepada jalan raya semula.

"Okay je" Hana menjawab ringkas. Nadanya datar sahaja. Dia hanya memandang ke luar tingkap sambil melihat langit yang biru.

"Hana yang saya kenal.. selalunya ceria aje. Saya salah Hana ke ni ?" Hana menjeling sekilas. Lengan Fateh dicubit.

"Aduh sakit !!" Fateh menggosok lengannya. Sakitnya mak ketam ni cubit ! Dahlah tadi diam aje lepastu tiba tiba nak cubit kita pulak !!

"Padan muka ! Tulah kacau aje orang healing." Hana mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap semula.

Fateh menguntum senyum. Tangannya perlahan lahan mendarat di atas kepala Hana. Kepala Hana diusap lembut.

"Saya rindu tok ayah.." Fateh terkedu seketika mendengar ayat yang meluncur dari mulut Hana. Hana langsung tidak memandang Fateh. Bibirnya diketap rapat. Dia menutup mata supaya air matanya tidak gugur.

Fateh menarik Hana ke dalam dakapan. Perlahan lahan esakan mula kedengaran. Air mata Hana diseka lembut oleh Fateh.

"Abang tahu Hana kuat.. jangan lah nangis.. nanti arwah tak tenang tau.." kata kata Fateh membuatkan bibir Hana terkatup rapat. Bibirnya bergetar. Ya Allah.. berilah aku kekuatan.. istighfar membasahi bibirnya. Fateh mengusap lembut lengan isterinya.

Fateh mengukir senyum. Dia tetap tenang memandu sambil menenangkan Hana. Hana memandang Fateh. Andai tok ayah masih ada..mesti dia bangga Hana dapat suami macam Fateh El Mukmin ni...

—————————————————————
SESAMPAINYA dirumah, Fateh tersenyum melihat Hana sudah terlena dalam dakapannya. Dia perlahan lahan menyandarkan Hana pada kerusi. Fateh keluar dari perut kereta dan membuka pintu pada side Hana. Hana diangkat perlahan lahan dan dibawa masuk ke dalam rumah.

Fateh menyadarkan tubuhnya pada sofa. Matanya tertumpu pada pintu biliknya. Dia menguntum senyum. Biarlah Hana tidur sorang sorang dulu dalam tu.. tidur luar ni selesa jugak.. Fateh merebahkan tubuhnya pada sofa.

Perlahan lahan matanya terbuka. Alangkah terkejutnya dia sehingga suaranya bergema satu rumah.

"Allahuakhbar !" Terus terduduk Fateh dibuatnya. Dia memandang ke arah Hana. Hana sampai terduduk menertawakannya. Fateh mengurut dadanya. Bertuah betul lah budak ni..

"Hahaha abang ni !! Topeng ni pun abang takut ahahaha" Ya Allah.. senak perut aku !! Fateh menggeleng perlahan. Bibirnya mengukir senyum.

"Hana" terus tawa Hana terhenti mendengar namanya disebut.

"Kenapa abang ?" Fateh menepuk sofa disebelahnya. Hana bangun dan duduk disebelah Fateh. Terus pipi Hana dicubit sehingga merah. Berkerut kening Hana. Dia ni dah kenapa ? Panggil kita lepastu main cubit cubit pulak !!

"Jangan asyik banyak ketawa aje..nanti perur senak kesian baby kat dalam tu.." perut Hana diusap lembut. Pandangannya jatuh pada perut Hana. Hana mengukir senyum.

"Abang" Fateh mengangkat pandangannya. Dia menjongketkan sebelah kening.

"Abang rasa kan.. baby ni boy or girl.." terus Fateh menepuk dahi. Hana ni ! Baru 4 bulan.. mana nak nampak !!

"Hana.. baru 4 bulan.. mana nak nampak ni.." Fateh tersenyum pasrah. Pelik pelik lah budak ni..

"Hana kata abang rasa.. haa bukan suruh pergi scan pun !" Hana menjeling Fateh. Dia ni tak paham bahasa melayu ke apa ? Cucuk matanya kang !

"Saya rasa boy. Sebab dia aktif" Fateh menjatuhkan pandangannya pada perut Hana.
Hana mengerut kening. Dia ni asyik tengok aje perut tu nanti baby dah lahir mesti tengok baby je tak tengok kita dah !

"Abang tengok baby sebab nak bayang rupa dia je.. kalau baby ni lahir pun abang tak pulau Hana lah.. abang sayang dua dua !!" Terus pipi Hana dikucup lembut. Fateh bangun dari duduknya. Dia memecahkan tawa apabila melihat Hana yang terkaku dengan tindakan refleksnya tadi. Hana Hana.. comel sungguh orang yang bernama Hana ni..

C/Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now