Tulip yang sudah boleh masuk ke kerja semula sudah berangkat ke office awal pagi lagi.
"Welcome back boss." Sapa Emma dengan ramah.
"Thank you Emma." Tulip tersenyum nipis pada gadis itu.
"Macam mana dengan company?" Soal Tulip memandangkan dia sudah terlepas banyak perkara kerana cuti sakit.
"Saya dah uruskan semuanya, jangan risau." Emma tersenyum nipis pada Tulip.
"Good." Puji Tulip sebelum dia mengukir senyuman manis. Tak perlu lah dia nak fikirkan banyak masalah lepas ni.
"Kalau tak ada apa saya minta diri dulu ya bos?" Pinta Emma dengan lembut.
"Ye lah, thanks sebab dah tolong uruskan masa aku tak ada." Balas Tulip yang bersyukur dapat pembantu seperti dia.
"Tak ada apalah, lagipun tu memang kerja saya, saya pergi dulu ye." Balas Emma sebelum dia melangkah pergi dari situ.
Tulip masuk ke dalam office nya dan meletakkan bag bimbitnya ke atas meja kerjanya sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi kerjanya.
Peristiwa di mana dia diselamatkan oleh Ryan bermain semula di mindanya, pipinya berona merah apabila diingatkan kembali wajah kacak lelaki itu.
"Haish, apa aku fikir ni." Tulip menepuk-nepuk pipinya yang masih merah itu.
Senyuman nipis yang terukir di wajahnya kembali pudar. Dia takut jika dia jatuh cinta pada orang yang salah. Dia takut dia jatuh cinta pada Ryan.
"Hachoom!" Ryan yang sedang tidur itu terjaga kerana bersinnya sendiri.
"Ha bangun pun kau, tadi aku rasa badan kau panas." Ujar Andikka yang sedang bermain game di dalam bilik Ryan itu.
Ryan mengerutkan dahinya. 'Apahal mamat ni ada dalam bilik aku.'
"Aku tau kau tengah mengata aku dalam hati tapi aku rasa kau kena pergi klinik, badan kau panas tu." Pesan Andikka sebelum dia menoleh ke arah Ryan.
"Kau tak buka bengkel? Dah pukul berapa ni?" Soal Ryan yang tak menghiraukan langsung pesanan Andikka.
"Dah pukul 11 pagi, aku buka bengkel lambat sikit." Balas Andikka yang sedang memandang ke arah Ryan.
Ryan mengangkat sebelah keningnya pada Andikka apabila dia sedari lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Asal pandang aku?
"Aku sarankan kau untuk pergi klinik." Pesan Andikka lagi sebelum dia bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.
Ryan duduk di bucu katil sebelum dia meletakkan tapak tangannya di dahinya sendiri. Memang benar, badannya terasa agak panas dan kepalanya juga sudah mula sakit.
Ryan membuka baju dan mengambil tuala yang digantung sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
Tulip yang sudah pulang ke rumah apabila dihantar oleh Emma itu melihat di persikataran lobby rumahnya. Jam tangan dilihat dan jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.
Selalunya pada waktu begini, Ryan akan menunggunya di lobby tetapi tiada pula hari ini, motornya juga tiada.
Tulip menghela nafas panjang. 'Kenapa aku perlu kisah dia ada atau tidak?'
Tulip melangkah masuk ke lobby sebelum kembali ke dalam penthouse miliknya.
Tulip mengambil keychain yang berbentuk kuda pada dompetnya sebelum dia menggenggam keychain tersebut. 'Sorry, but I think I've started to miss you.'
Keesokan harinya...
Tulip mengambil bag bimbitnya sebelum dia melangkah keluar rumah. Tulip berjalan masuk ke dalam lif.
Langkah Tulip terhenti apabila dia melangkah keluar dari lif.
"Kenapa lama sangat? Kesian aku tunggu lama." Hanif tersenyum sinis ke arah gadis itu.
"I don't have time for you." Tulip jalan dam cuba untuk menghiraukan lelaki itu.
Dengan kuat pergelangan tangan Tulip di tarik membuatkan gadis itu hilang keseimbangan memandangkan gadis itu memakai kasut tumit tinggi.
Hanif ingin menyambut gadis itu namun ada satu lagi tangan yang menarik Tulip.
Tangan Tulip ditarik dari depan membuatkan wajah gadis itu bertembung dengan bidang dada seseorang. Tulip mengangkat wajah sebelum...
"Ryan?!" Kuat gadis itu bersuara membuatkan semua orang memandang ke arah mereka. Ryan turut mengerutkan dahinya.
Tulip dengan pantas menekup mulutnya sebelum wajahnya memerah secara perlahan.
"Kau lagi!" dengus Hanif tidak puas hati.
Ryan mengangkat sebelah keningnya.
"Who are you again?" soal Ryan membuatkan Hanif lebih marah.
"Kau tu yang siapa! Suka hati je masuk campur hal orang!" Hanif cuba menarik semula tangan Tulip namun Ryan lebih pantas menarik gadis itu supaya berlindung di belakangnya.
"Kenapa pula tak boleh masuk campur hal orang, aku kan orang juga." selamber Ryan menjawab. Tulip tersenyum lucu di belakang. Pandai buat lawak juga lelaki ni.
"Kau tu yang tak boleh masuk campur hal orang..." Ryan memandang tajam ke arah Hanif sebelum menyambung ayatnya.
"Sebab kau setan." Bisik Ryan perlahan namun cukup kuat untuk didengari oleh Hanif. Ryan tersenyum manis sebelum dia mengerling ke arah gadis yang sedang menahan ketawa di belakangnya.
"Kau memang... "
"Jom aku hantar kau pergi kerja." Ryan yang tidak menghiraukan Hanif itu mengambil bag kerja Tulip sebelum berlalu pergi. Tulip berlari untuk mengejar langkah lelaki itu. Hadeh, cepat betul jalan.
"Eh, tapi tak akan lah saya nak naik dengan awak?" Bila fikir balik lelaki itu kan bawa motor, tak akan nak naik sekali.
"Kenapa pula?"
"Awak kan naik motor."
"Tak apa, hari ni aku bawa kereta- eh tak, tak bawa apa-apa." Tulip memandang hairan, dah kenapa.
"Jadi awak datang naik apa tadi?" soal Tulip membuatkan Ryan lega. Sikit lagi nak kantoi.
"Naik pegasus." balas Ryan selamber mengundang jelingan dari Tulip.
"Saya nak cepat ni, awak main-main pula!"
"Okay, okay, saya orderkan grab."
"Aku akan pastikan kau jadi milik aku semula." Hanif memandang dari jauh mengetap giginya. Dia mahukan gadis itu semula!
ANDA SEDANG MEMBACA
Tulip
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...
