Bab 22

7 1 0
                                        

Tulip tinggal di rumah Tengku Ryan buat sementara, lelaki itu juga menyuruhnya untuk mengambil cuti sepanjang bulan ini. Pada mulanya dia berasa berat hati, tetapi setelah difikirkan semula dia setuju, Sekurang-kurangnya dapat lah dia meluangkan masa dengan Adris.

Lelaki itu telah menjaganya dengan baik walaupun dia baru sahaja tinggal di sini. Seperti pagi ini, lelaki itu juga yang memasakkan makan pagi.

"Awak, saya nak tanya..." Tulip meletakkan garfunya di atas pinggan.

"Hmm? Tanya lah." Tengku Ryan yang sedang memangku Adris itu menoleh ke arahnya.

"Err... Siapa lelaki yang tolong saya dekat restoran tu malam semalam?" dia ingin bertanya semalam tetapi dia terlupa pula.

"Who? Arkasha?" Tengku Ryan menaikkan sebelah keningnya.

Tulip mengangguk laju.

"Dia tu personal assistant untuk Nikolai dan Aleks." terang lelaki itu.

"Aleks pula... siapa?" soal Tulip lagi.

"Aleksander, ataupun Aleks, dia abang kepada Nikolai tapi dia jarang balik Malaysia sebab uruskan syarikat restoran bapanya di sana."

Tulip hanya mengangguk.

"Arkasha tu sama macam Andikka, cumanya Andikka itu kerja untuk saya dan Arkasha kerja untuk diaorang." terang lelaki itu lagi, sesekali tangannya naik mengelap mulut Adris yang comot.

"Arkasha tu orang melayu ke?"

Tengku Ryan mengangguk.

"Dia, Andikka, dan abang ipar saya ialah melayu tulen."

"Arkasha tu nampak macam budak baik je, cara dan tutur kata dia pun lembut aje." ujar Tulip pula, Tengku Ryan melepaskan tawa kecil.

"Dia memang yang paling baik antara kami, yang paling jahat pula Aleks." dia melepaskan lagi tawa kecil di hujung ayat.

"Dia bunuh orang macam abah ke?" soal Adris polos sebelum Tengku Ryan menekup mulut anak kecil itu.

Tengku Ryan memandang anak kecil yang sedang tersengih ke arahnya itu tajam. Aku jual kau dekat reban ayam tahu lah!

"Apa maksud dia... awak bunuh orang...?" Tulip memandang lelaki itu dengan serius menunggu jawapan.

"Tak lah sayang, saya makan orang macam dalam cerita Hannibal tu." usik Tengku Ryan mengundang jelingan tajam dari Tulip.

Lelaki itu melepaskan tawa membuatkan Tulip mencebik kegeraman. Ada sahaja lelaki ini nak menjawab dan mengenakannya.

"Saya tanya betul-betul ni, awak bunuh orang ke?" jika Adris yang berkata begitu ada kemungkinan besar itu ialah perkara yamg benar kerana anak kecil tidak pernah menipu dengan apa yang dia nampak atau rasai.

"Tak, saya tak bunuh orang, tapi kalau belasah orang tu adalah sikit." jujur lelaki itu.

"Belasah? Kenapa awak belasah orang? Awak ni... samseng jalanan ke?" soalan dari gadis itu meletuskan lagi tawa lelaki itu.

"Apaa? Saya ada salah cakap ke?" Tulip memuncungkan bibirnya.

"Tak ada lah, cuma awak nampak comel tadi." satu kenyitan diberikan pada gadis itu membuatkannya berubah merah.

"You're so cheesy." bidas Adris yang sedang makan makaroni itu.

"Shut up and eat your food." Tengku Ryan menjentik dahi anak kecil itu, sibuk aja dari tadi.

"Ouch!" Adris menjeling lelaki itu, mesti dahinya merah, sudahlah tangan Tengku Ryan itu sebesar bas.

"Awak ni... mafia ke...?" soal Tulip lagi namun cukup untuk didengari lelaki itu.

Tengku Ryan memandangnya tidak berkelip sebelum dia tertawa terbahak-bahak, Tulip pula sudah keliru, Adris yang duduk di pangkunya itu tidak senang makan kerana asyik bergegar sahaja ketika lelaki itu gelak.

"Ish, orang tanya betul-betul ni!"

"Okey, okey, biar saya cerita pasal diri saya dulu, awak dengar ya?" masih terdengar sedikit tawanya ketika bersuara.

Tulip hanya mengangguk sebelum dia mengalihkan kerusi supaya lebih dekat dengan lelaki itu. Tengku Ryan cuba menahan senyumnya melihat gadis itu yang teruja ingin mendengar ceritanya.

"Macam yang awak dah tahu, saya anak bongsu, saya ada seorang kakak, mak saya ialah orang Rusia dan bapa saya pula orang melayu. Bapa saya dan mak Nikolai ialah kembar jadi kami ialah sepupu."

Sesekali Tulip mengangguk dengar lelaki itu bercerita.

"Tapi, papa dengan mama saya sentiasa perlu berhati-hati dan menyorok sebab keluarga mama saya banyak musuh." sambung Tengku Ryan.

"Tapi awak dengan kakak awak macam mana?" soal Tulip.

"Tak semua orang tahu siapa ibu bapa saya yang sebenarnya jadi saya tak ada ancaman yang besar sangat, lagipun papa dah ajar saya dan dhel untuk mempertahankan diri jika ada apa-apa yang berlaku."

"dhel?" Tengku Ryan tersenyum pada soalan gadis itu, lupa pula yang Tulip mengenali kakaknya dengan nama Rihana.

"Tengku Rihana Ardhel, saya panggil kakak saya Ardhel dan dia panggil saya Arzhel, tak semua saya bagi panggil dengan nama tu sebab... err, adalah sebabnya nanti saya cerita." lelaki itu tersenyum kekok.

"It's okay, saya tak paksa." balas Tulip dengan senyuman.

"Tapi awak cakap keluarga mama awak banyak musuh kan, jadi... mama awak tu mafia ke?" Tulip berbisik manakala Tengku Ryan sudah melepaskan tawanya sebelum lelaki itu menggeleng.

"Bapa kepada mama saya atau atuk saya ialah bekas mafia, jadi mereka akan dikerumuni ramai musuh walaupun sudah berhenti." balas Tengku Ryan, Tulip hanya mengangguk tanda faham.

"Jadi, awak ni keturunan mafia lah kan?"

"Yaa sayang..." Tulip tersentak apabila mendengar lelaki itu memanggilnya dengan panggilan sayang.

Melihat Tulip yang sudah terdiam bisu itu membuatkan lelaki itu melepaskan tawa. Haih... Comel betul...

Sedang dia ketawa, dia merasakan ada sesuatu yang menepuk-nepuknya di tangan. Adris. Anak kecil itu menepuk tangannya sebelum dia memandang ke bawah dan menjungkitkan kedua belah keningnya.

"Put me down, I'm finish, I might puke if I sit here any longer." perli anak kecil itu membuatkan Tengku Ryan menjulingkan matanya ke atas.

Tengku Ryan terus mengangkat tubuh kecil itu sebelum diletakkan semula di bawah. Adris terus berjalan ke arah ruang tamu.

"Where are you going?" soal Tengku Ryan.

"Tengok tv." balas Adris malas.

"Kacau betul lah budak ni." Tengku Ryan menggeleng perlahan.

"Betul tu, tak baik menyampuk masa orang tua tengah bercakap." seloroh Tulip membuatkan lelaki itu memandangnya tajam.

Matanya memandang tajam gadis itu yang sedang menahan ketawa, tahu orang tua itu ditujukan kepadanya. Dia menarik kerusi Tulip supaya mendekatinya.

Tulip terkejut akan perbuatan itu dan terjerit kecil membuatkan lelaki itu mengukir senyuman sinis.

"Seronok kena kan abang?"

"A-abang?"

"Yalah, kan nak kahwin nanti kena lah biaskan diri panggil abang." melihatkan wajah gadis itu yang sudah membahang Tengku Ryan tertawa besar.

"Panggil saya orang tua lagi, siap lah awak nanti!" amaran keras diberikan, tahu yang lelaki itu hanya main-main sahaja namun masih menyeramkan.

"Err... boleh saya tanya lagi satu soalan?" soal Tulip.

"Boleh, tanya lah." balas Tengku Ryan, jarak di antara mereka langsung tidak dipisahkan, dekat namun masih ada jaraknya.

"Awak... Kerja apa...?" lelaki itu tersenyum sinis membuatkan Tulip menelan liur.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang