Bab 10

23 4 1
                                        

Tulip mengemas semua barangnya untuk pulang ke rumah. Hari juga sudah semakin lewat dan semua pekerja di office sudah pulang, hanya tinggal dia seorang sahaja.

Walaupun sudah banyak kali Julianna berpesan kepadanya supaya jangan pulang sendirian namun dia tetap tidak mahu dengar. Bukan apa, banyak kerja yang perlu disiapkan jadi dia terpaksa lah melanggar pesanan dari gadis itu.

Turun sahaja Tulip daripada lif banggunan yang sunyi itu dia mempercepatkan langkahnya kerana terasa seperti ada seseorang yang mengikutinya.

"Arghh!" Terkejut dia dibuatnya apabila ada seseorang yang menarik tangannya secara tiba-tiba.

"Tulip, ni akak lah." Riana memandang wajah gadis itu lama.

Tulip mencari semula nafasnya sebelum dia merenung tajam ke arah Riana. Tangannya di tepis.

"Memang suka buat kejutan dekat aku ke?" soal Tulip dengan nada yang dingin.

"Hah?" Riana memandang wajah gadis itu keliru.

"Tak ada apa lah."

Cis, mula-mula kau bagi kejutan dekat aku dalam bilik kau, sekarang ni dekat office pula.

"Apa kau nak?" soal Tulip semula.

"Aku nak minta maaf."

"Aku maafkan, dah bye." baru sahaja ingin melangkah pergi Riana menarik semula tangan gadis itu membuatkan Tulip mendengus kasar.

"Please, aku tahu aku salah, jadi aku datang nak minta maaf."

"Ye dan aku maafkan, apa lagi kau nak?"

"Kau tak nak balik rumah ke? Jumpa papa dengan mama?" soal Riana membuatkan Tulip melepaskan tawa kecil.

"Rumah? Kalau setakat dinding dan bumbung di panggil rumah, aku pun ada." Dia pun ada rumah lah, lagi besar pula tu.

"Kau berjaya sekarang..." Riana mengukir senyum tawar.

"Alhamdulillah, I am." Tulip menarik semula tangannya sebelum berpaling tubuh.

"Kalau tak ada apa lagi, aku nak balik rumah aku, penat." Sengaja perkataan rumah itu ditekankan.

Kakinya melangkah pergi, diikuti oleh Riana dengan perlahan di belakang. Bunyi hentakan dari kasut tumit tingginya di banggunan yang kosong itu bergema dengan kuat.

"Hm?" baru sahaja ingin masuk ke dalam keretanya dia melihat seseorang yang sedang duduk berseorangan.

"Ryan?" tegur gadis itu.

"Err... Hi?" Ryan tersenyum sipi.

"Apa awak buat dekat sini?" Tulip berjalan mendekati lelaki itu.

Baju lelaki itu kotor bersama dengan selipar yang dipakai lelaki itu dipandang hairan.

"Awak kenapa duduk sini?" soal Tulip. Tak akan lah lelaki ni menganggur di sini.

"Saja?" balas Ryan sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Jangan cakap... awak penganggur ke?" soal Tulip membuatkan Ryan terkebil-kebil tidak tahu mahu cakap apa.

"Haih... Terpaksa lah aku jujur... Betul lah tu..." drama betul kau ni.

"Tapi awak cakap awak kerja sebagai mekanik kan? dan awak pun ada motor?" soal Tulip lagi.

"Arr... mesti lah aku terpaksa bekerja untuk menampung makan minum aku, motor tu... kawan aku dekat bengkel yang punya." terang Ryan menimbulkan rasa simpati di hati Tulip.

Lagipun lelaki itu selalu memakai baju yang sama setiap kali datang menjenguknya. Muka pun selalu aje penat. Mungkin betul apa yang dia kata kan?

"Habistu awak tak ada tempat balik ke?"

"Sepatutnya aku balik dengan motor, tapi kawan aku tak kasi aku pinjam motor dia dah."

"Really? Jahatnya dia!" Ryan mengangguk turut bersetuju dengan gadis itu.

"Jom lah saya tumpangkan awak." Pelawa Tulip membuatkan lelaki itu terdiam.

"Tapi kau nak bawa aku pergi mana?" soal Ryan.

"Hmmm... tempat kerja awak? bengkel?"

"It's okay, turunkan aku dekat depan appartment rumah kau."

"Hah? Tak akan lah awak nak tidur dekat situ pula." balas gadis itu membuatkan Ryan melepas tawa kecil.

"Tak apa, nanti saya jalan kaki pergi bengkel, lagipun tak jauh dari appartment kau." Tak jauh apanya, naik motor sahaja dah 30 minit.

"Kalau macam tu jom lah."

"Huh? Bukan ke tu..." Riana yang memerhati dari jauh itu merenung lama ke arah Ryan, muka lelaki itu seperti dia pernah nampak.

"Tak tahu pula kau pandai bawa sport car." kata Ryan yang agak tertarik dengan cara gadis itu memandu McLaren 720s.

"Saya seorang saja, jadi lebih baik beli kereta two seated." terang Tulip membuatkan lelaki itu mengangguk.

"Tapi awak betul ni nak saya turunkan dekat appartment saya? Saya boleh je hantar awak pergi bengkel awak..." soal Tulip, dia kesiankan lelaki itu.

"It's okay, aku pandai jaga diri." Ryan mengukir senyuman kecil ingin menenangkan hati gadis itu yang sedang risau.

"Kalau macam tu atleast bagi tahu lah dekat mana bengkel awak tu."

"Ha dekat.. Err.. dekat... aku tak ingat lah."

Tulip menjeling tajam lelaki itu. Main-main pula dia!

"I'm sorry, aku memang cepat lupa, banyak sangat pressure."

"Erk, patutnya saya yang minta maaf, sorry."

Tiba-tiba pula hujan turun dengan deras. Kena dengan masa betul.

"Eh hujan... Nanti awak macam mana?" Ryan yang mendengarkan soalan itu hanya diam.

"Tak apa, kan aku kata aku pandai jaga diri."

"Tapi-"

"Tak ada tapi, trust me." Tulip hanya mengangguk sebelum dia fokus semula memandu.

Setelah sampai, Tulip memberhentikan keretanya di hadapan tempat masuk appartment. Ryan keluar sebelum dia melambai ke arah Tulip.

"Jaga diri." Pesan Tulip membuatkan Ryan mengangguk.

"You too."

Setelah kereta Tulip hilang dari pandangan, riak wajah yang tenang tadi berubah dingin. Iphone dari poket seluarnya di bawa keluar.

66 missed called from Volvoka

Ryan mengerutkan dahinya, kemaruk apa lelaki ni, banyak betul missed called. Terus jarinya menekan butang telefon. Nombor lelaki itu di dial.

"Hoi! Ingat kan dah mampus."

"Apa hoi hoi, cepat datang pickup aku, hujan ni."

"Eh eh, mana kereta kau?"

"Entah."

"What do you mean entah?!"

"You're my bodyguard, can't you just do your work?"

"Ugh, fine!"

"дурак" (Idiot)

"What did you-"

Ryan terus meletakkan panggilan. Malas dia mahu melayan perangai lelaki itu.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya sampai juga lelaki itu.

"Hoy, masuk!" kata Andikka yang berada di dalam kereta.

Sepanjang perjalanan Ryan hanya diam, memikirkan tentang gadis itu. Am I falling in love?

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang