Bab 20

9 1 0
                                        

Tuan Rizal dan Puan Dahlia turun keluar dari perut kereta. Mereka berdua telah dijemput hadir  makan malam bersama Hanif.

"Hanif." tegur Tuan Rizal apabila dia melihat kelibat lelaki itu.

"Oh! Selamat datang, sila masuk jangan malu-malu." Hanif menunjukkan isyarat tangan ke arah pintu masuk restoran itu.

Dua pasangan itu tersenyum ke arahnya sebelum masuk ke dalam restoran. Restoran itu sangat besar bahkan seperti sebuah istana besarnya.

"Jadi, ini restoran kamu yang baru tu?" soal Puan Dahlia sebelum Hanif mengangguk.

"Ya! Betul tu, jadi saya ingat nak berikan restoran ini pada Tuan dan Puan tetapi ada syaratnya..." Hanif memandang wajah mereka satu persatu untuk membaca reaksi mereka.

"Apa syaratnya?" soal Tuan Rizal pula.

"Saya nak kahwin dengan anak perempuan Tuan dan Puan." terang Hanif.

"Anak perempuan? Maksud kamu Riana?" soal Tuan Rizal lagi sebelum Hanif menggeleng.

"Tak, maksud saya Tulip."

Tuan Rizal dan Puan Dahlia serentak terkejut mendengar nama itu. Tulip. Nama yang telah lama tidak didengari mereka.

Tuan Rizal tertawa sinis apabila dia mendengar nama itu. Nama yang telah lama dia buang dari keluarganya. Nama yang tidak dianggap lagi.

"Budak tu hidup lagi?" soal Puan Dahlia sinis sebelum Hanif hanya mengangguk.

Tuan Rizal memandang lelaki itu lama.

"Baik lah, kalau kau nak dia, ambil aje lah, dia bukan anak kami lagi, jadi apa kau nak buat dengan dia buat aje." balas Tuan Rizal sombong.

Sudah lama dia tidak menganggap Tulip itu sebagai anak mereka, sejak gadis itu lari keluar dari rumah mereka lagi.

"It's a deal?" soal Hanif untuk kepastian.

"It's a deal."

Hanif tersenyum kemenangan, dia gembira kerana rancangan dia untuk menipu dua pasangan ini dan mengambil semula Tulip telah berjaya.

Kcikk!

Hanif memandang sekeliling, dia berasa seperti ada orang yang mengambil gambar mereka tetapi semua orang di situ sedang menjamu selera dan membuat kerja mereka sendiri.

Hanif menjungkit bahu. Perasaan aku je kot.

"Kalau macam tu jom lah kita makan dulu." Hanif mengiringi dua pasangan itu ke meja mereka.

"Fuhh! Ni istana ke restoran?" ternganga mulut Julianna apabila dia mula-mula melihat restoran 5 bintang yang mewah itu.

"Nampak macam dobi." bidas Tulip mengundang jelingan dari gadis disebelahnya itu.

"Aku dobi mulut kau tau lah." Julianna masih menjelingnya.

Tulip datang untuk makan malam di sini pun kerana Tengku Ryan yang menyuruhnya untuk datang ke sini. Kata lelaki itu restoran ini kepunyaan 'old friend' lelaki itu.

Tengku Ryan tidak dapat makan malam sekali bersamanya jadi sebagai ganti lelaki itu menyuruhnya untuk makan di sini dan untuk memesan seberapa banyak yang gadis itu mahu. Soal bayaran dia akan uruskan semua.

Tulip mencebik apabila mengingatkan perkara yang dikatakan oleh lelaki itu. Dia lupa agaknya aku pun sama kaya dengan dia.

Gadis itu sama saja kaya dengan Tengku Ryan tetapi tetap tidak boleh kalahkan kekayaan lelaki itu. Apabila ditanya lelaki itu kerja apa, dia hanya akan menjawab supaya tidak merisaukan tentang kerja yang dibuatnya.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang