Bab 12

10 1 0
                                        

"Mana kawan awak tu?" soal Tulip kepada Ryan apabila dia tidak melihat Andikka.

"He said he needs time." balas Ryan.

Tulip memandang Ryan hairan sebelum Ryan perasan dan mengangkat sebelah keningnya.

"Kenapa?" soal Ryan.

"Tak ada, cara awak cakap english macam..."

"Macam?"

"Macam orang kaya." ujar Tulip.

Ryan mengjungkitkan sebelah keningnya.

"Kenapa pula?" soal Ryan semula.

"Your accent is so fluent and... and it sounded luxury." balas Tulip.

"Aku..."

"Nevermind, sorry for asking." ujar Tulip, dia takut jika dia akan tersilap kata dengan lelaki itu.

Ryan menghela nafas panjang. Fuh... Sikit lagi nak kantoi.

"Tak apa, jangan risau." Ryan tersenyum nipis.

"Jom lah pergi beli baju untuk awak, awak suka baju macam mana?"

"Err... Tak perlu lah, lagipun bukannya aku akan pakai selalu." balas Ryan, kalau lah gadis itu tahu berapa banyak baju yang dia ada.

"Tapi..." Tulip memandangnya dengan mata yang kesian.

Ryan menggosok lehernya tidak tahu mahu membalas apa. Kenapa comel sangat ni?!

"Haih, yalah, jom." akhirnya Ryan mengalah jua.

"Ha, baju ni simple tapi cantik, sesuai untuk awak." Tulip mengangkat kemeja yang berwarna hitam memandangkan lelaki itu suka kan warna hitam.

Ryan hanya mengangguk.

"Oh ya, mana kawan kau tu?" soal Ryan secara tiba-tiba. Dia baru perasan yang gadis itu tidak ada dengan mereka selama ini.

"Hm? Oh, dia kata dia nak bersendirian dalam kereta sekejap." ujar Tulip, dia juga tidak tahu kenapa dengan sahabatnya itu.

"Awak tunggu sini kejap, saya pergi bayar." ujar Tulip sebelum Ryan menghalangnya.

"Err... Boleh tak aku nak baju tu sekali?" Ryan menunjuk ke arah baju t yang berwarna olive green.

"Awak suka yang tu ke? Boleh, saya pergi ambil kejap."

"Biar aku tolong pegangkan baju ni." Ryan mengambil beberapa baju yang telah dipilih oleh mereka tadi, atau lebih tepat oleh gadis itu. Dia hanya ikut sahaja.

Setelah gadis itu menjauh sedikit, Ryan segera pergi ke kaunter untuk membayar.

"I want to pay, and for that shirt too." Ryan meletakkan baju di atas kaunter dan menunjuk ke arah baju yang berwarna olive green tadi.

"Sure, by cash or card sir?"

"Card." Ryan mengeluarkan American Express card miliknya sebelum di scan.

"Also, don't tell her that I paid for this, just tell her that someone else pays for it" pesan Ryan sebelum penjaga kaunter itu hanya mengangguk.

"Ryan, kenapa awak dekat sini?" soal Tulip apabila dia melihat Ryan yang berada di kaunter.

"Beratur." balas Ryan mudah.

"Kalau macam tu, awak tunggu kejap saya nak bayar." ujar Tulip.

"How much?" soal Tulip pada penjaga kaunter itu.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang