"Hi boss, lama hilang?" tegur Emma sambil membawa secawan kopi yang baru sahaja dibancuh.
"Huarghh, all of this work makes me overwhelmed..." Tulip menghempas kepalanya di meja yang dipenuhi dengan kertas kerja dan lukisan design baju.
"Siapa suruh boss hilang lama-lama, ada 20 design baju untuk 7 event yang boss kena siapkan bulan ni." Emma meletakkan cawan kopi itu di atas meja office Tulip.
"Seriously? That much?" Tulip memandang Emma dengan wajah kepenatan.
Tulip mengambil cawan kopi itu dan ditiup perlahan sebelum dia menghirup air kopi tersebut.
"Arhh... Much better." Tulip meletakkan semula cawan kopi itu di meja.
"Hm? Lawa betul design baju ni, tapi seingat saya boss, client kita tak ada yang minta untuk wedding event?" Emma mengambil lukisan design baju untuk pengantin perempuan yang telah dilukis oleh Tulip tadi.
"Really? Cantik? You think so?" soal Tulip lagi sebelum Emma mengangguk.
"Do you think I would look pretty in it?" soal Tulip tiba-tiba.
"Boss..." Emma mengangkat sebelah keningnya dengan wajah curiga.
"Boss nak kahwin eh?" Emma menjungkitkan kedua belah keningnya berkali-kali.
"Ish, orang tanya benda lain dia jawab benda lain." Tulip menyilangkan tangannya sambil bersandar di kerusi.
"So, who is it?" soal Emma membuatkan Tulip memandang ke luar tingkap.
"Siapa? Mana ada siapa-siapa?"
"Boss, siapa lelaki yang boss berkenan ni?" Emma meletakkan semula lukisan itu. Ingat orang tak tahu ke.
Akhirnya Tulip mengalah, dia mengeluh perlahan.
"Macam mana you tahu Emma?" soal Tulip.
"Saya dah kerja dengan boss tiga tahun dah, macam mana saya tak tahu boss?" semua susah senang ketika bekerja mereka sudah lalui bersama.
"Boss dah berubah, you're not as cold as you used to be." sambung Emma.
"I'm not that cold..."
"Uh-huh, you are, you are cold, mean, and sarcastic." sambung Emma lagi membuatkan Tulip memuncung.
"But not anymore, you've changed." kata Emma lagi.
"I guess so too..." ujar Tulip perlahan membuatkan Emma tersenyum nipis.
"So, who is it?"
Tulip memanggil gadis itu menggunakan tangan supaya lebih dekat. Emma juga mendekatkan telinganya pada Tulip sebelum Tulip mula berbisik sesuatu kepadanya.
"Huh...rajin pula kau buat kerja hari ni?" tegur Andikka apabila dia nampak Tengku Ryan yang sedang rajin menanda tangan semua kertas kerja yang ada untuk hari ini.
"Kau ni tak ada kerja lain ke selain menyibuk kat sini?" Tengku Ryan memandang lelaki itu tajam.
"Hek eleh, aku pun tak ingin lah nak masuk office kau yang suram ni." Andikka memandang sekeliling office Tengku Ryan.
Dinding office itu putih dan hanya terdapat sebuah sofa, meja kerja dan kerusi, dan penghawa dingin. Tingkap juga jarang dibuka.
"Apa? Kau nak jadi interior planner untuk office aku pula?" Tengku Ryan menjeling lelaki itu.
"Tak, aku rasa kalau aku letak hiasan dalam bilik ni, hiasan tu pun lari tau tengok kau suram sangat buat kerja."
"Then? Tak akan lah aku nak kena senyum setiap kali aku tanda tangan?" nak dibuatnya, boleh tercabut mulut dia kalau setiap kali membuat kerja dia perlu senyum.
"Nasib baik kau boss, nasib baik juga kau yang bayar gaji aku, kalau tak memang aku dah koyak mulut kau tu." Andikka membuat gaya seolah-olah ingin mengoyak sesuatu.
"Mana Adris?" soal Tengku Ryan untuk mengubah topik. Boleh gila dia kalau setiap hari macam ni.
"Ada dengan Nik dekat cafe." balas Andikka.
Tengku Ryan ingin membawa Adris masuk ke office nya tetapi dia takut anak kecil itu akan bosan memandangkan office nya suram seperti apa yang Andikka kata.
Jadi, dia biar sahaja Andikka yang menjaga Adris buat sementara waktu.
"Nik? Apa dia buat dekat sini?" soal Tengku Ryan hairan.
"Entah, dia kata Aleks akan datang Malaysia dalam sebulan lagi?" terang Andikka.
Sepatutnya Nikolai perlu pulang ke Rusia untuk untuk menolong abangnya dengan restoran dan syarikat di sana tetapi tiba-tiba sahaja Aleks memberitahu yang dia akan datang ke Malaysia.
Jadi, Nikolai pun tidak jadi lah untuk pulang ke sana memandangkan Aleks akan berada di Malaysia.
"I see..." Tengku Ryan mengangguk kecil.
"Bagus juga dia datang sini, dah lama aku tak nampak muka dia." ujar Tengku Ryan.
"Betul tu, agaknya dia rindu aku ke tak eh?" balas Andikka pula.
"Buat apa dia nak rindu beruk macam kau?" sinis Tengku Ryan membuatkan Andikka mencebik.
"Hahahahaha..." Andikka ketawa dengan kekok secara tiba-tiba.
Tengku Ryan pula memandang lelaki itu hairan. Dah kenapa pula ni?
"Ryan." panggil Andikka yang mula serius semula.
"Kau kena sampuk ke? Kenapa?"
"Aku nak kahwin." ucap Andikka.
"Jadi? Kahwin je lah." balas Tengku Ryan malas.
"Arghhh!" tiba-tiba sahaja Andikka menghempas kepalanya di meja kerja Tengku Ryan.
"Apa lagi?" Tengku Ryan mengeluh perlahan.
"Dia dah tak sayang aku!"
"Siapa?"
"Liana!" Andikka mencebikkan bibirnya ke hadapan seperti ingin menangis.
"Apa lagi haih..." Tengku Ryan meletakkan pen dan kertas ke bawah.
"Cerita dia macam ni..."
Seminggu lepas
"Julianna! Liana!" panggil Andikka lantang.
"Apa lagi?" Julianna menyilangkan tangannya.
"Jom kahwin."
"HAH?!" Julianna seperti tidak percaya apa yang dia baru sahaja dengar.
"Jom kahwin, aku nak kahwin dengan kau."
"WHAT?!"
"PLEASE!" rayu Andikka.
"Why are you shouting?" soal Julianna.
"Tapi kau yang jerit dulu tadi..."
"Mana ada, kau yang jerit dulu." balas Julianna.
"Kalau macam tu jom kahwin." ulang Andikka semula.
"HAH?!"
End of flashback
"Lepastu aku ulang balik dia jerit balik." adu Andikka pada Tengku Ryan.
"Haih... Apa lah yang aku nak buat dengan kau ni." Tengku Ryan memicit dahinya.
Makin sakit lah otaknya nak melayan lelaki ini dengan kerja yang menimbun lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tulip
Romantik"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...
