Tulip duduk di sofa, dengan wajah yang masih merah. Dia masih tidak boleh lupakan kejadian yang berlaku pagi tadi dan juga jawapan dari lelaki itu tadi.
"Awak... Kerja apa?"
"I used to be an assasin dear, but now I work as a CEO at my father's old company."
Dia masih tidak percaya yang lelaki itu dulu juga pernah membunuh...
"Mummy?" panggil Adris namun gadis itu masih di dalam dunianya sendiri.
"Mummy? Mummy!" Adris menjerit di telinga gadis itu membuatkan gadis itu terkejut dan tersedar dari dunianya.
"Eh! ya ya, maaf mummy tak dengar tadi, kenapa?" Tulip tersenyum nipis pada anak kecil itu.
"Jom pergi beli aiskrim." Adris membulatkan matanya cuba untuk membuat 'puppy eyes'.
"Err... Haih... Yalah yalah." akhirnya Tulip tewas juga dengan mata yang minta simpati itu.
"Tapi nak beli macam mana? Kereta mummy tak ada dekat sini." keretanya telah dibawa pulang oleh Julianna, gadis itu juga ada melawatnya semalam itu pun Andikka yang menemaninya.
"Ermm..." Adris duduk kembali di sofa sebelah Tulip sambil berfikir keras.
"Arghhh!!" Tulip dan Adris terus menoleh ke arah jeritan seorang perempuan itu. Sepertinya datang dari halaman belakang rumah.
Tulip segera bangun untuk melihat apa yang berlaku, Adris pula berlari untuk mengejar langkah gadis itu.
Tulip terkejut apabila dia melihat beberapa orang yang berpakaian serba hitam dengan topi dan topeng muka sedang mengacukan pisau di leher Tengku Rihana.
Tengku Isabella yang sedang menangis itu dipandang lama sebelum ada seseorang yang sangat dia kenal.
"Hai... Sayang..." Hanif tertawa kecil.
"Kau... Apa kau buat dekat sini?" soal Tulip cukup dingin, wajahnya yang risau tadi berubah mendatar.
Adris pula menyorok di belakang kaki gadis itu sesekali dia mengerling ke arah Tengku Isabella yang sedang menangis.
"Tolong... Lepaskan anak aku..." rayu Tengku Rihana, dia ingin melawan semula tetapi dia tidak mahu anaknya tercedera.
"Kau diam!" marah Hanif.
"Tulip... Be mine again..." Hanif mengatur langkah ke arah gadis itu.
"Never!" memang tak lah dia ingin menerima lelaki ini semula. Selepas apa yang telah terjadi di antara mereka.
"Argh! Kenapa lah kau ni susah sangat nak dengar cakap?!" Hanif membaling pisau lipat ke arah gadis itu membuatkan Tulip mengambil beberapa langkah ke belakang, begitu juga dengan Adris.
Hanif meramas rambutnya kasar sebelum dia tersenyum kembali kepada Tulip.
"Kita boleh bahagia macam dulu lagi... Anak tu... Kita boleh besarkan sama-sama kalau kau nak..." Hanif tiba-tiba sahaja melutut di hadapan gadis itu.
"You're insane!" Tulip memandang lelaki itu tidak percaya.
"Yes I am! So please, accept me again..." rayu lelaki itu seperti ingin menangis.
"Tak mungkin!"
Hanif meluru ke arah gadis itu sebelum kedua belah lengan gadis itu dicengkam kuat menbuatkan Tulip terkejut. Adris pula jatuh terduduk apabila dia ditolak ketika Hanif meluru ke arah Tulip.
"Lepas lah!" Tulip meronta-ronta untuk melepaskan diri. Lelaki itu sudah gila!
"Jadi, milik aku semula! Terima aku!" badan gadis itu digoncang dengan kuat membuatkan Tulip semakin pening.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tulip
Cinta"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...
