Bab 8

31 4 1
                                        

Andikka yang sedang berbaring di atas sofa rehat itu melihat ke arah satu kepingan gambar di tangannya.

Ryan yang sedang mengelap peluh di tubuhnya itu memandang hairan. Lelaki itu tidak lekang memandang sekeping gambar itu.

Dia ingin tanya tetapi dia tidak suka menyibuk hal orang, walaupun kawan sendiri.

"Aku keluar kejap." ujar Ryan namun tak dihiraukan Andikka yang sedang ralit merenung gambar.

Ryan menjeling tajam sebelum kunci motor dan helmetnya di ambil sebelum keluar.

Tulip keluar dari kereta Julianna sebelum dia melambai ke arah Julianna.

"Thanks hantar aku balik." Ucap Tulip dengan senyuman nipis.

"Dah masuk rumah nanti text aku." Pesan Julianna sebelum Tulip membuat isyarat 'okay' dengan tangannya.

Julianna tersenyum nipis sebelum keretanya di pandu keluar.

Tulip melihat sekeliling sebelum dia melihat kelibat Ryan yang berada di lobby rumahnya.

"Hm? Buat apa dia dekat sini?" Soal Tulip sendiri sebelum dia melangkah ke arah lelaki itu.

"Hi." Sapa Tulip dengan ramah.

Ryan hanya menganggukkan kepalanya sedikit.

"Lupa lah nak tanya, nama awak apa?" Soal Tulip, banyak sangat yang dia nak tanya haritu sampai lupa tanya nama.

"Ryan." Balas Ryan sepatah.

"Ryan?"

"Lysander Ryan."

"Wow, cantik nama awak, parents awak orang luar negara ke?" Soal Tulip apabila mendengar nama lelaki itu yang tidak seperti nama melayu langsung.

"I don't know, diaorang buang aku dulu." Balas Ryan yang membuat Tulip terdiam.

"Jangan rasa bersalah, aku dah biasa hidup seorang, dengan atau tanpa ibu bapa." Sambung Ryan, sememangnya dia sudah hidup susah dari sebelum ibu bapanya membuangnya lagi.

Tulip hanya mengangguk sedikit. Kenapalah aku gatal sangat tanya.

"Umm... Awak buat apa dekat sini? Kerja lagi ke?" Soal Tulip yang cuba untuk menukar topik.

"Tak." Balas Ryan.

"Habistu?"

"Aku tunggu kau." Balas Ryan sebelum matanya bertentangan dengan mata Tulip.

"Tunggu... Saya...?" Tulip cuba untuk mengawal jantungnya yang berdegup laju itu.

Tulip menepuk pipinya sebelum menggeleng beberapa kali. Tak, kau tak boleh jatuh cinta lagi.

Ryan mengerutkan dahinya. 'Pahal dia ni?'

"Aku tunggu kau sebab nak bagi ni sebagai tanda terima kasih." Ryan menghulurkan keychain berbentuk kuda kepada Tulip.

"Ha?" Tulip memandang bergilir kerychain itu dan Ryan kerana keliru.

"Ni untuk belanja aku air haritu." Terang Ryan.

"Ha? Ohh, eh tak perlu lah." Tulip menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Ambil." Ujar Ryan. Suaranya kedengaran agak tegas.

Tulip hanya akur sebelum keychain itu bertukar tangan. Apa ni paksa orang.

"Aku perasan gambar kuda dalam dompet kau, jadi aku bagi lah keychain ni." Ujar Ryan. Dia ternampak sekeping gambar kuda putih di dalam dompet milik gadis itu, jadi dia beli lah keychain yang berbetuk kuda itu.

"Ohh, terima kasih." Balas Tulip sebelum dia menyimpan keychain itu ke dalam bag bimbitnya.

Ryan tersenyum nipis sambil menunduk sedikit.

"Awak okay? Awak nampak penat?" Soal Tulip yang melihat wajah Ryan yang seperti kepenatan itu. Mungkin kerana kerja.

Ryan mengangguk sedikit pada Tulip dengan wajah yang mendatar. 

"Okay lah, saya naik dulu ye? Saya dah barai ni." Ujar Tulip sebelum dia mengukir senyuman manis.

Ryan mengangguk sebelum dia memerhati gadis itu masuk ke dalam lif. 'Cantik je aku tengok.'

Ryan menyarungkan helmetnya yang dipegang sebelum dia melangkah ke arah motornya dan pergi dari situ.

Tulip yang baru sahaja habis mandi itu mengambil keychain yang berada di dalan bag bimbitnya sebelum diletakkan pada zip dompetnya.

Dia menghela nafas panjang sebelum dia menutup matanya.

"Ya Allah, tolong lah buang perasaan ku kepada dia, aku masih belum sedia untuk jatuh cinta semula." Ucap Tulip sebelum mindanya teringat kepada peristiwa lima tahun lepas.

Peristiwa di mana dia dihalau keluar oleh bapanya dan teman lelakinya sendiri yang curang dengannya.

Perlahan-lahan air matanya jatuh, dia masih tidak boleh lupakan perkara itu walau betapa keras dia cuba untuk melupakannya.

"Ya Allah, kenapa aku masih tidak boleh lupakan perkara ini?" Ujar Tulip sebelum dia menyeka air matanya.

Disebabkan peristiwa itu lah dia takut, takut untuk percaya dan jatuh cinta lagi pada seseorang.

Tiba-tiba fikirannya teringat pada Cik Laili yang telah menjaganya dahulu.

"Tulip tak tahu apa yang Cik Laili buat, tapi Tulip harap Cik Laili berada dalam keadaan yang baik." Ucap Tulip sendirian. Hanya Cik Laili sahaja yang dia masih rindu dan percaya di dalam rumahnya itu.

"Thanks to you I'm still alive." Tulip tersenyum nipis apabila dia teringat kembali bagaimana Cik Laili menjaganya. Kalau tidak ada Cik Laili,  memang nahas dia duduk dalam rumah itu.

Andikka yang sedang baring itu teringat semula kepada hari dimana dia bertembung dengan Julianna. Bekas teman wanitanya.

"Argh!" Andikka duduk dari baringnya sebelum meramas rambutnya sehingga kusut.

"Bangang." Ucap Ryan yang masih memakai helmetnya.

"Apa kau panggil aku?" Andikka terus menoleh ke arah lelaki itu.

Ryan membuka helmetnya sebelum dicampakkan ke atas sofa yang diduduki oleh Andikka.

"Bangang." Ulang Ryan dengan wajah yang mendatar.

"Kau ni memang!" Andikka melompat ke arah Ryan sebelum Ryan menggelak dan Andikka pula mendarat di atas lantai.

Ryan menggeleng sebelum dia duduk di atas sofa. Sebab ni lah kau bangang.

"Siapa ni?" Soal Ryan yang melihat kepingan gambar seorang gadis yang berada di atas sofa.

"Nobody." dia merampas semula gambar tu sebelum duduk di depan pintu. Merajuk pula...

Ryan merenung ke arah Andikka dengan tajam.

"Dia ex aku". ujar Andikka secara tiba-tiba.

"Tak tanya." bidas Ryan membuatkan Andikka mendengus kasar. Tadi tanya!

"Kenapa?"

"Hah? Kenapa apa?" Andikka mengerutkan keningnya, tidak faham apa yang lelaki itu cuba soal.

"Kenapa putus?"

Andikka hanya merenung lama gambar gadis kesayangannya itu. Sungguh dia rindu dengan keberadaannya.

"She deserves better." jawapan dari Andikka membuatkan Ryan menjulingkan mata ke atas.

"Then, be better for her buddy." Ryan menepuk bahu Andikka sebelum keluar dari bengkel itu.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang