Bab 26

22 1 1
                                        

2 minggu kemudian

Seperti hari yang biasa Tulip duduk di office sambil menyiapkan semua design dan kertas kerja yang masih belum siap.

Baru sahaja dia ingin bangun dari kerusinya untuk mengambil air, ada seseorang yang telah mengetuk pintu officenya.

"Tutu, ni aku." ujar Julianna dari luar bilik.

Mendengar sahaja suara sahabatnya itu, dia terus melangkah ke arah pintu dan membukanya.

"Juju? Kau buat apa dekat sini?" Soal Tulip hairan, setahunya gadis ini perlu uruskan perkahwinannya yang akan berlangsung dalam dua minggu lagi.

"Tutu, ada benda yang kau kena tahu tapi... kau tak boleh terkejut." kata Julianna membuatkan Tulip lebih risau.

"Okey... apa dia?"

"Ryan masuk hospital." jujur Julianna.

Tulip tidak tahu mahu beriaksi apa, tetapi hatinya terasa seakan ada ombak dengan arus yang kuat membawa hatinya pergi.

"Kenapa dengan dia...?" soal Tulip sebelum dia menelan liurnya sendiri.

"Aku tak tahu, Andikka yang suruh aku bagitahu kau..." dia juga baru sahaja ingin bertemu dengan Andikka.

Dia juga terkejut apabila lelaki itu membawa berita yang sebegitu padanya.

"Kau tahu, dia dekat hospital mana?"

"Tahu, jom aku bawa kau." mereka berdua terus bergegas keluar untuk menuju ke hospital tersebut.

Sedang dalam perjalanan untuk ke hospital, Tulip berasa pelik melihat sekeliling, tiada satu pun hospital yang dia nampak berdekatan.

"Juju, kau sure ke ni jalan yang betul?" soal Tulip.

"Yee, aku sure." yakin Julianna membalas.

"Tadi kau kata dah nak sampai, aku tak nampak pun hospital sepanjang kau bawa kereta ni." sambung Tulip. Dia ingin membawa kereta sendiri tetapi Julianna pula yang tidak izinkan.

"Just trust me, Tulip." ujar Julianna, risau betul sahabatnya itu dengan jejaka kesayangannya itu.

"Fine."

Selang beberapa minit menaiki kereta, akhirnya Julianna memberhentikan kereta di sebuah taman bunga yang kosong.

"Kenapa kau berhenti dekat sini?" soal Tulip kehairanan, hospital satu pun dia tidak nampak.

"Keluar lah." arah Julianna sambil melangkah keluar dari perut kereta.

Tulip hanya mengikuti sahaja arahan gadis itu. Baru sahaja keluar, tangannya terus ditarik oleh Julianna dan di bawa ke belakang pokok yang besar.

"Juju-" terus terkedu Tulip apabila dia nampak Tengku Ryan, Andikka, dan si kecil Adris berada di situ.

"Apa yang-" matanya terus tertumpu pada cincin yang dipegang oleh Tengku Ryan.

"Tulip, do you mind if I want to be your husband for the rest of your life?" sempat Tengku Ryan mengenyitkan matanya pada gadis itu.

Perlahan-lahan air mata gadis itu jatuh tetapi gadis itu kelihatan lebih kepada marah daripada terharu.

"Err... Tulip?" Tengku Ryan baru sahaja ingin melangkah ke arah gadis itu sebelum dia mula bersuara.

"Awak tipu saya?"

"Tipu awak?" Tengku Ryan bingung.

"Awak kata awak masuk hospital!" semakin deras air mata Tulip.

"Err..." Tengku Ryan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

Dia sudah makin panik tidak tahu bagaimana ingin memujuk gadis ini. 'Aduhh, macam mana ni?'

"I told you this idea was stupid." ujar Adris yang sedang duduk bersila di rumput sambil menyilangkan tangannya.

"Haaa, aku tak tahu, kau pujuk sendiri." Andikka menunding jarinya pada Tengku Ryan. Padahal ini adalah ideanya sendiri.

"Eh, ini kan idea kau!" Tengku Ryan memandang Andikka tidak puas hati.

"So, what's your answer?" soal Julianna menghiraukan dua lagi manusia yang sedang bergaduh itu.

"No." balas Tulip mengejutkan semua orang.

"But I'll be your wife." balas Tulip membuatkan wajah Tengku Ryan memerah.

"Suka lah tu crush nak kahwin dengan dia." Andikka menjeling tajam.

"Nanti kita adakan double wedding!" ujar Julianna sambil memeluk Tulip.

"Aik, peluk dia je, abang handsome ni tak nak peluk juga ke?" ujar Andikka.

"Diam la kau." balas Julianna mendatar.

"Hiks... Ini lah bakal isteri zaman sekarang, tak hormat langsung bakal suami... Hiks..." Andikka duduk bersandar di pokok sambil berpura" mengelap air mata.

"Kau tu yang takut bini." ujar Tengku Ryan.

"Sayang, jom pergi makan." ajak Tengku Ryan lembut

"Busy." balas Tulip dingin.

Ingin sahaja dia mengikut Andikka bersandar di pokok, tetapi habislah imej dia nanti. 'It's okay Ryan, it's okay... '

"Drama betul." bisik Adris perlahan.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang