Bab 21

7 1 1
                                        

Tengku Ryan meletakkan tubuh Tulip yang berlapikkan selimut di atas katil dengan perlahan. Tulip di tempatkan di bilik tetamu. Selimut dibetulkan sedikit sebelum dia berjalan keluar.

Arkasha yang menelefonnya untuk mengambil Tulip kerana gadis itu tiba-tiba sahaja pingsan di restoran tadi.

Dia turut menelefon Andikka untuk membawa Julianna pulang. Mengambil masa juga untuk memujuk gadis itu pulang dengan Andikka.

"Abah... How is she?" Adris menggosok-gosok matanya yang sudah berat, ada kalanya dia menguap juga.

"Go to sleep, little buddy." Tengku Ryan mengusap rambut anak kecil itu dengan perlahan.

"But I want to be with mummy..." Adris mencebikkan bibirnya.

"Iyaaa, esok pagi Adris jumpa mummy oke?" Tengku Ryan mencangkung di hadapan Adris untuk menyamakan ketinggian mereka.

"Tapi..."

"Dah jom tidur okey?" Tengku Ryan memimpin tangan anak kecil itu menuju ke bilik mereka.

Sedang berjalan kepala Adris berpusing ke arah ruang tamu dan melihat beberapa orang sedang berborak di situ termasuk Tengku Izar dan Tengku Rihana.

"Abah, siapa tu?" seraya Adris menunjuk ke ruang tamu di bawa.

"My friend." Tengku Ryan membuka pintu bilik mereka sebelum Adris di dukung.

"Tidur dulu okey, abah nak buat kerja." sengaja perkataan abah itu ditekan.

Dia meletakkan tubuh kecil itu di atas katil sebelum selimut ditarik ke badan anak kecil itu.

Kaki panjang lelaki itu di bawa menuruni tangga menuju ke ruang tamu rumah itu. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Nikolai.

"Hi miskin." usik Andikka dengan senyuman nakalnya.

Tengku Ryan menjegilkan matanya.

"Seriously, aren't you gonna do something about him?" Tengku Rihana mula bersuara.

"Who?" soal Tengku Ryan.

"Hanif?" balas Nikolai sebelum Tengku Rihana.

Tengku Ryan mengeluh perlahan.

"Kalau kau rasa benda ni terlalu berat, kitaorang boleh tolong..." ujar Arkasha sebelum dia menghirup kopinya.

"Betul tu, kitaorang kan ada!" Tengku Rihana menepuk pehanya sendiri.

"Nanti lah aku fikir." Tengku Ryan menyandarkan kepalanya pada sofa.

"Kalau macam tu aku balik dulu lah, kalau ada masalah call je aku." Nikolai menepuk bahu Tengku Ryan sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu. Dia tidak boleh terlalu lama di sini.

"Ryan." Tengku Izar yang sedang menepuk anak perempuannya yang sedang tidur itu menunjuk ke arah tingkat atas menggunakan muncungnya.

Mereka semua di situ mendongak sebelum kelihatan Tulip yang baru keluar dari bilik.

"Zhel, aku balik dulu lah, thanks for the coffee." Arkasha meletakkan cawan kopinya di singki sebelum dia turut melangkah keluar dari rumah itu.

Tengku Izar bangun perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan anak gadisnya dan melangkah untuk naik ke atas diikuti dengan Tengku Rihana.

Semasa naik mereka berselisih, Tengku Izar hanya menunduk sedikit pada Tulip dan Tulip hanya membalas dengan senyuman nipis. Tengku Rihana pulak mengusap perlahan lengannya.

"You good?" soal Tengku Rihana sebelum Tulip hanya mengangguk dan tersenyum kecil.

"Kalau dia buat hal just call me okay?" pesan Tengku Rihana membuatkan gadis itu mengangguk. Tulip tahu 'dia' itu ditujukan pada Tengku Ryan.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang