Bab 19

11 1 0
                                        

"Kenapa budak ni kena ada sekali?" bisik Julianna seraya menunjuk ke arah Andikka yang sedang makan aiskrim coklat bersama Adris.

Tulip hanya menjungkit bahu. Mana aku tahu mamat ni ex kau. Sempat dia mengerling ke arah Tengku Ryan yang sedang menelefon seseorang.

Tak sampai beberapa minit kemudian Tulip menepuk peha Julianna yang sedang duduk di bangku dengannya.

"Apesal kau tak cakap yang dia tu ex kau? Kau pun tak cakap yang dia tu sebenarnya... Tengku..." Tulip menunjuk ke arah Andikka kemudian dialihkan ke arah Tengku Ryan.

"Buat apa bagitahu? Kan dah jadi ex?" seraya Julianna menggosok pehanya yang ditampar itu.

"Yang tu pula, mana aku tahu kau dating dengan dia." balas Julianna lagi.

Sudah banyak kali dia tanya tentang lelaki itu tetapi tidak sedikit pun sahabatnya itu memberitahunya, mana lah dia hendak tahu.

Tulip menjeling tajam gadis disebelahnya itu. Mana ada aku dating dengan dia!

Adris yang sudah habis makan aiskrim itu bangun sebelum mengibas seluarnya memandangkan mereka duduk di atas rumput. Anak kecil itu berjalan ke arah Tengku Ryan yang sedang sibuk menelefon seseorang.

Ada kalanya lelaki itu tertawa dan ada kalanya lelaki itu serius, entah siapa lah yang dia telefon itu.

"Abah, up!" Adris mendepakan tangannya ke atas pada Tengku Ryan supaya lelaki itu mendukungnya.

Tengku Ryan mengangkat anak kecil itu dengan sebelah tangan sahaja memandangkan lagi sebelah memegang telefon di telinga.

Adris hanya memerhati lelaki itu, kedengaran suara seorang lelaki di sebalik telefon. Namun lelaki itu bercakap di dalam bahasa lain membuatkan Adris langsung tidak faham.

Adris hanya buat tidak endah perbualan mereka itu sebelum dia melentokkan kepalanya di bahu tegap lelaki itu.

Tulip yang memerhati dari jauh mengeluh perlahan menarik perhatian Julianna.

"Kau dah kenapa?" soal Julianna.

"Tengku... dia tahu macam mana nak jaga Adris sedangkan aku...aku asyik busy aje memanjang." dia juga ingin memberikan kanak-kanak lelaki itu kasih sayang seorang ibu tetapi kerjanya pula makin bertambah.

"Kalau macam tu kenapa kau tak biar je Tengku tu yang jaga dia?" soal Julianna lagi.

Tulip menggeleng laju.

"Aku tak akan biar dia jaga seorang diri, aku pun akan jaga Adris sebab aku yang nak jaga dia!" balas Tulip.

"Actually, siapa Hanif kepada kau ni?"

"Arghh!!" Andikka yang tiba-tiba berada di belakang bangku yang mereka duduk membuatkan dua gadis itu terkejut.

"Haish, kau ni, cuba lah bagi salam ke apa!" marah Julianna sebelum dia mengusap jantungnya yang berdegup kencang kerana terkejut.

"Aik, dah tak dingin dah?" Andikka tersenyum nipis apabila gadis itu memarahinya.

"Apa? Nanti kang kau juga yang menangis!" Julianna menjeling tajam membuatkan Andikka tertawa nipis.

Tulip yang berada di sebelah hanya menayangkan wajah kosong dengan adegan drama mereka itu.

"So?" Andikka memandang ke arah Tulip.

Tulip memandang ke arahnya juga sebelum diangkat sebelah keningnya.

"Hanif. Dia tu siapa pada kau?" soal Andikka semula.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang