"Aunty can I call you mummy?" soal Adris kepada Tulip yang sedang memasak.
"Mummy...? uhh, sure.." Tulip tersenyum nipis.
"Mummy, masak apa? Nak tolong!" Adris memanjat kerusi yang panjang itu supaya tingginya sama dekat tempat Tulip memasak.
"Pasta, Adris pernah makan?" soal Tulip sambil dia membelai anak kecil itu yang berada di sebelahnya.
Adris menggeleng, selama dia di bawah jagaan Riana dan Hanif, perkara yang dia selalu makan hanya roti kosong bersama air putih.
"Is it good?"
"Of course!" mesti lah sedap, tengok lah siapa yang masak.
"Adris pergi dulu tengok tv, dah nak siap dah ni, nanti mummy panggil ya sayang?" arah Tulip sebelum anak kecil itu segera menurut perintah.
Selang beberapa jam selepas mereka habis makan sambil tengok tv bersama, Tulip membasuh pinggan di dapur dengan Adris yang menolongnya untuk mencuci sudu dan garpu.
"Adris, lepas ni kita pergi main dekat taman nak tak?" soal Tulip lembut sebelum anak kecil itu mengangguk laju.
Tulip membawa Adris bermain di taman tasik yang berhampiran dengan rumahnya. Julianna juga turut berada di situ untuk menemaninya.
"Kakak kau tu memang annoying dari dulu lagi." ujar Julianna yang sedang duduk makan aiskrim di tepi tasik.
"Macam mana kau boleh berkawan dengan dia dulu eh?" soal Tulip sambil memerhati Adris yang sedang bermain dengan burung berhampiran dengan tasik.
"Bukannya aku nak, aku dulu pengecut." jujur Julianna. Dia takut jika dia dibuli kerana dia tiada kawan yang betul-betul ikhlas berkawan dengan dia sewaktu zaman belajar dahulu.
"Pengecut?" soal Tulip semula.
"Yalah tutu, dulu aku takut kena buli dengan senior yang geng dengan akak kau tu." balas Julianna.
"Tapi perlu ke kau buli aku juga!" Tulip memukul perlahan lengan gadis itu.
"Kakak kau yang suruh!"
"Yang kau pergi ikut cakap dia kenapa?"
"Kan aku dah kata aku pengecut!" Julianna menjeling tajam sahabatnya. apa susah sangat nak faham, lagipun masa dah berlalu.
"Tulip." tegur suara garau seseorang membuat Tulip terus bangun dari duduknya, begitu juga dengan Julianna.
"Kau..." matanya bergilir memandang ke arah lelaki itu dan Adris.
"Apa kau buat dekat sini?" soal Julianna dengan wajah yang bengis.
"Tulip, please, give me a chance." ujar Hanif yang sedang memegang sebuah bouquet bunga.
"Hanif, pergi dari sini, aku tak nak tengok muka kau lagi." kata Tulip tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Tulip... aku tau kau ambil anak aku." kata Hanif membuatkan Tulip dan Julianna memandang satu sama lain sebelum mereka berdua memandang Hanif.
Sebaik sahaja Riana pulang pada hari itu, dia terus menelefon Hanif untuk memberitahu yang Tulip ingin hak jagaan sepenuhnya pada budak kecil itu.
"Let's make a deal." ujar Hanif dengan senyum sinis.
"What is it?" balas Tulip malas.
"It's either you give him back to me and I won't bother you again or I'll give him to you, everything, but.. you must be mine again." terang Hanif membuatkan Tulip menggenggam penumbuknya sendiri.
Tulip berfikir keras, dia tidak tahu keputusan yang mana lebih baik, dia tidak mahu kanak-kanak lelaki itu merana, tetapi dia juga tidak mahu merana lagi.
"Mummy." Adris menarik hujung baju Tulip membuatkan dia tersedar dari fikirannya sendiri.
"Yes Adris." Tulip tersenyum nipis.
"What is he doing here?" Adris mengerling ke arah Hanif.
"Don't you miss me?" soal Hanif pada budak kecil itu pula.
"In my nightmares." sinis Adris membuatkan Hanif terkejut dengan perkataan yang dia gunakan.
Selama Adris duduk di dalam jagaan Hanif, dia tidak pernah ingin melawan atau berkata kasar, kerana setiap kali dia buat begitu dia akan dipukul oleh Hanif ataupun Riana.
"Mesti kau yang ajar dia untuk cakap macam tu dekat bapak sendiri kan?" soal Hanif pada Tulip pula.
"No-"
"I did." kedengaran satu suara yang datang dari belakang Hanif.
Hanif berpusing ke belakang sebelum ada dua orang jejaka kacak yang lebih tinggi darinya.
"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" seloroh Andikka yang sedang makan lolipop disebelah Tengku Ryan.
"Pendek je rupanya kau ni." bidas Tengku Ryan apabila dia melihat Hanif yang tidak sampai dibahunya pun.
Hanif mengecilkan matanya untuk mengecam lebih baik lelaki itu sebelum dia menelan liurnya kelat.
"T-tengku?" Hanif mengambil beberapa tapak ke belakang.
Tengku Ryan memandangnya tajam. Sesekali dia memandang ke arah Tulip untuk memastikan dia tidak apa-apa.
"Why're you late abah?" Adris mencebik.
"I had a meeting, little buddy." balas Tengku Ryan.
Pada mulanya dia memang ada meeting tetapi selepas anak buahnya memberi tahu yang Hanif berada di taman tasik yang sama dengan Tulip, dia terus sahaja bergegas ke sini.
"Abah?" Hanif memandang Adris dan Tengku Ryan bergilir. Dia keliru dengan apa yang sedang terjadi sekarang ini.
"How about I make a deal for you?" kata Tengku Ryan dengan senyuman sinisnya.
"Kau bagi hak jagaan budak tu pada aku dan aku tak akan bunuh kau atau.... sebaliknya."
"Ugh, fine!" Hanif akhirnya mengalah.
Dia kenal lelaki itu malah, lebih dari kenal. Lelaki itu ialah sebuah ancaman besar baginya. Tidak semua tahu tentang lelaki itu yang sebenarnya, hanya beberapa orang sahaja dan beberapa orang itu lah yang selalu gerun padanya. Tengku Ryan Arzhel.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tulip
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...
