Bab 14

10 1 0
                                        

Tulip memandang Riana dengan wajah yang tidak percaya, walaupun sudah lama berlalu tetapi rasa sakit di hatinya masih belum terhapus sepenuhnya.

"Adoption centre?" soal Ryan apabila dia terlihat kertas dokumen yang berada di tangan Riana.

"You had nothing to do with this, come on!" Riana terus menarik tangan Adris dengan kasar sebelum tangannya ditarik oleh Tulip.

"Mana kau nak bawa budak ni?" soal Tulip.

"Apa aku nak buat dengan budak ni, itu urusan aku dan hak aku." balas Tulip.

"Kau nak buang budak ni?" soal Tulip.

"Ya! Memang aku nak buang budak ni! Hanif... Hanif tak nak bertanggungjawab atas budak tak guna ni!" kanak-kanak lelaki itu ditolak ke tepi dengan kasar.

Adris hanya membuat muka biasa, dia sudah terbiasa dengan semua ini.

"Riana!" Tulip ingin pergi pada Adris namun Ryan sudah mengangkat kanak-kanak lelaki itu dahulu.

"You alright buddy?" Ryan menggosok rambut Adris.

Adris hanya mengangguk di dalam dukungan Ryan.

Selepas memastikan Adris tidak apa-apa, Tulip memandang ke arah Riana semula.

"Kalau kau tak nak jaga dia, biar aku yang jaga." ujar Tulip membuatkan Riana dan Ryan terkejut.

"Kau nak jaga dia? Jangan mengarut lah!" Riana melepaskan tawa besar.

"Boyfriend kau sendiri pun kau tak pandai jaga dulu, ni siapa? boyfriend baru kau?" Riana menunjuk ke arah Ryan yang sedang mendukung budak lelaki itu.

"So what if he is?" Tulip memandang Riana dengan tajam.

Telingan Ryan mula memerah apabila dia mendengarkan itu. Adris yang perasan memandangnya hairan.

"Uncle, are you blushing?" bisik kanak-kanak lelaki itu.

"Shh, I'm not."

"Kalau kau memang tak suka budak tu, kenapa tak gugurkan je dari awal?" soal Tulip, dia tahu Riana macam mana, kalau dia tidak suka sesuatu dia akan buat segalanya untuk menghilangkan perkara itu.

"Hanif tak bagi aku buat macam tu." balas Riana.

"Hanif?"

"Ya, dia kata dia akan bertanggungjawab, tapi... lepas sahaja budak ni meningkat umur 3 tahun, dia terus menghilang." terang Riana.

"Kalau macam tu, biar aku yang jaga dia." kata Tulip dengan tegas.

"Bagi semua hak jagaan dia pada aku."

"Tak semudah itu, aku nak budak ni sengsara!" Riana menengking dengan lebih kuat mengundang lebih banyak orang yang memandang mereka.

"Disebabkan budak ni lah Hanif tinggalkan aku!"

"Kenapa perlu salah kan orang yang tak bersalah bila diri kau sendiri yang bersalah?" balas Tulip membuatkan Riana mengetap giginya.

"Fine, kau nak jaga sangat budak ni kan? Jagalah!"

"Tapi, aku tak akan bagi hak jagaan sepenuhnya pada kau!" dokumen yang berada di tangannya itu dilempar kasar ke arah Tulip.

"It doesn't matter." Tulip menuju ke arah Ryan sebelum Adris yang berada di dukungan lelaki itu diusap lembut.

"Are you okay?" soal Tulip lembut.

Adris mengangguk sedikit.

"Come on, let's go." Tulip berjalan menuju ke pintu keluar pusat beli belah itu.

"Thank you, uncle." Adris yang berada di dalam dukungan Ryan itu melentokkan kepalanya pada bidang dada Ryan.

"Don't thank me, thank her." balas Ryan.

"Uncle, you have muscles?" soal kanak-kanak lelaki itu membuatkan Ryan tersenyum sinis.

"Why? You want it too?"

"Yeah!" Ryan tergelak kecil mendengar jawapan budak itu.

"Okay, but you have to wait until you grow up."

"Ryan nanti macam mana awak nak balik?" soal Tulip.

"Hm? Aku kan ada keret- tak tahu." terlupa pula yang dia sedang berlakon jadi penganggur.

"Awak ada?"

"Aku balik dengan kawan aku yang tadi, tu kereta dia masih ada." tunjuk Ryan pada kereta LaFerrari itu.

"He must've goes through a lot." Tulip memandang sayu Adris yang sedang tidur di dukungan Ryan.

"Awak rasa saya boleh jaga dia?"

"Why not?" Soal Ryan.

"Saya cuma takut yang saya tak akan ada masa untuk dia." dia sudah mulai sibuk kerana banyak kerja yang tertangguh apabila dia tiada.

"Aku boleh jaga dia." balas Ryan membuatkan Tulip terkejut.

"Hah? Tapi..."

"Actually, aku bukan lah penganggur." jujur Ryan. Dia sudah tidak mahu berpura-pura lagi.

"H-hah? Apa maksud awak?"

"Kau tak kenal aku?" soal Ryan semula, selalunya ke mana-mana dia pergi mesti ada sahaja orang yang menegurnya.

"Tak..."

"Tengku Ryan Arzhel? Hm? Tak tahu juga?" Ryan merapatkan dirinya pada Tulip yang sudah terkebil-kebil itu.

"Tengku? HAH?! Awak Tengku Arzhel?!"

Tengku Ryan hanya mengangguk.

"I prefer Ryan, Arzhel is fine too." dia lebih suka orang memanggilnya dengan nama Ryan.

"Maafkan saya, saya tak tahu pun." Tulip menunduk sedikit.

"Eh, tak payah lah nak hormat sangat." bukannya diaorang tak pernah makan bersama sebelum ni.

"Maaf, saya pernah dengan tentang Tengku tapi... saya tak pernah lihat muka Tengku jadi saya tak tahu." terang Tulip, dia pernah dengar tentang Tengku Ryan Arzhel yang agak terkenal itu, tetapi dia tidam mengambil tahu dan tidak pernah melihat wajah lelaki itu.

"It's okay, no need to be so polite with me." Ryan tersenyum nipis.

"This kid... I'll take care of him." ujar Ryan.

"Tapi... Saya yang nak jaga dia..."

"Okay, how about this, I'll take care of him, then you'll take care of him when you're free?" balas Ryan.

"Umm... Okay..." Tulip hanya bersetuju.

"Jadi kereta tu..."

"Aku punya." ujar Ryan.

"Tak sangka awak tipu saya, hmph!" Tulip menyilangkan tangannya ke dada.

"I'm sorry okay? Hm?" Ryan ingin tertawa melihat telatah gadis itu.

"Yelah, awak balik lah dulu, saya kena cari mana budak Juju ni pergi." Tulip mengeluh perlahan.

"Okay, see you again love." Ryan mengenyitkan matanya membuatkan Tulip malu.

"S-see you too..."

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang