BAB 40

11.3K 693 45
                                    

Recomendded song: Cinta takkan berakhir by Anuar Zain.


" Adwa ok?" Aku anggukan kepala, walhal tangan dan kaki ini sudah sejuk dek peluh dingin. Walaupun Aku masih di luar pekarangan mahkamah, debaran di jantung usah dikata. Terasa bakal berhenti berdegup bila-bila masa sahaja.

Terimbas kembali setiap detik itu, riak wajahnya, gerak geri dia dan juga tawa syaitan miliknya ketika mana dia lakukan perkara keji itu. Menitik air mata, bukanya air mata sedih tetapi air mata yang menahan amarah. Tangan Aku kepalkan sekuat hati, dada berombak. Allah...Adwa jangan biarkan emosi kawal diri engkau sekarang.

Emosi melebihi akal fikiran merosakkan semuanya.

Aku dapat rasakan kehadiran seseorang di sisi, kepala Aku palingkan ke sebelah. Zar Uzair, dia menepati janjinya untuk tetap berada tepat di sisi Aku. Aku lihat dia, tinggi melebihi paras bahuku, rambut hitam miliknya ditata kemas. Hari ini dia kelihatan lain, buat pertama kalinya dia berpakain jauh dari kebiasaan. Berkemeja hitam dengan lengan sengaja disingsing ke siku. Dia panahkan anak mata hitam itu melihat ke arahku. Tiada kata yang terucap di bibir, namun renungan redup itu cukup Aku tahu. Dia...ingin salurkan kekuatan padaku.

" Saya Insyallah ok" Dia mengangguk perlahan, masa nya sudah hampir tiba.

Masa untuk putuskan ikatan takdir ini.

Dari jauh, siren polis mula kedengaran, wartawan mula berkerumun di jalan masuk. Suara jeritan memanggil nama si penjenayah meminta penjelasan. Flash kamera di sana sini hingga menyilaukan mata. Zafran Anaqi Bin Engku Aiman. Orang bodoh sahaja tidak mengenali sebaris nama itu. Engku Aiman sendiri adalah insan yang mempunyai nama, perniagaan yang dia jalani juga berjaya di setiap pelosok negara. Satu-satunya anak lelaki tunggal dan apabila kejadian ini berlaku, gempar satu negara. Bertebaran sana sini di dada akhbar mengenai jenayah yang dia lakukan, keluarga kami juga turut terkena tempias namun kami bertindak untuk mengunci mulut. Benar Zafran daripada keluarga yang baik-baik namun...

Akhlak yang baik itu tidak mampu diwarisi walaupun berkongsi darah yang sama.

Zafran Anaqi. Suami yang dahulunya Aku kasih, Aku berikan sepenuh rasa cinta dan seluruh hidupku demi dia. Dia melangkah turun dari jentera polis itu, berbaju jingga, dengan tangan bergari dan matanya menatap ke arah Aku

Terlalu berbeza, wajahnya cengkung, jambang tumbuh melata di rahangnya, dan riak wajah itu tidak dapat Aku teka. Tiada sinis, gembira, sedih namun yang ada hanyalah terselit satu emosi yang lain.

Emosi yang Aku sendiri tidak pasti.

Lemah lutut, terasa ingin terjelopok jatuh di atas tanah. Bagaimana mungkin takdir kami berakhir seperti ini? Terbayang kembali selama bertahun-tahun Aku mengenali dia, begitu baik cara layanan bahkan juga cara dia bersabar terhadapku. Topeng yang dia pakai terlalu sempurna hingga Aku juga tertipu buat jangka masa yang lama.

Bahu kanan dan kiri miliknya dipegang kemas oleh polis yang bertugas, bagi mengelakkan dia melarikan diri. Aku perhati langkahnya, kalau...kalaulah masa boleh diundur, dan kalaulah Aku mengetahui hal ini lebih awal, mungkinkah Zafran Anaqi boleh berubah dan kembali ke jalan yang nyata?

Tapi tidak! Teringat kembali setiap detik neraka itu sudah cukup untuk Aku lepas dari ikatan ini.

Setiap langkah yang Zafran ambil, tidak henti-henti wartawan dari pelbagai syarikat akhbar menghimpit dirinya bertanya itu dan ini. Namun mulutnya langsung tidak membalas. Seolah jasad yang sudah tidak bernyawa lagaknya.

" Encik Zafran, sila berikan kenyataan!"

" Adakah betul dakwaan Encik melakukan kesalahan cubaan membunuh dan memperkosa isteri Encik sendiri?"

ZAR | OGWhere stories live. Discover now