BAB 54

7.6K 623 90
                                    

Recommended song: Hari Bahhagia by ATTA Halilintar & AUREL Hermansyah

" Yaa Abang, Aku dengar. Kau jangan risau laa"

" Makan, jangan tak makan. Tu Aku ada belikan vitamin baru, bos Aku yang ada sepuluh anak dia cakap vitamin tu bagus"

" Iya segala vitamin asid folik yang kau belikan tu Aku makan, jangan la risau sangat"

Aku jauhkan sedikit telefon daripada telinga, suara bebelan Amsyar jelas terdengar, main jiwa betul dia ini. Ingatkan Zar sahaja sudah terlebih overprotective, Amsyar ini jauh lebih meresahkan. Ini kalau dia duduk sekali dengan kami, jangan-jangan sikat pun dia haramkan Aku untuk angkat!

" Asid folik tu sangat penting untuk kandungan kau. Dia dapat cegah anemia, nanti kalau kau nak beranak takdak la hilang banyak darah sangat. Lagi satu, penting sangat untuk elakkan kecacatan tiub saraf pada bayi dalam perut tu. Ingat tau!"

" Ingat Adwa, biar Zar buat semua, kau jangan angkat barang dalam rumah tu walaupun  bantal sekalipun!"

Aku juihkan bibir, ini memang melampau betul. Takkan nak harap suami Aku lakukan semua benda? Mahu pengsan dia nanti.

" Lagi satu, haritu kau ada cakap nak makan oyster dari Sabah kan? Haa malam ni Aku naik flight ke Sabah and kalau sempat esok Aku balik terus hantar dekat kau"

Cepat-cepat Aku jarakkan kembali telefon. Biar betik! Melampau betul sampai sanggup ke Sabah semata-mata demi craving ibu mengandung.

" Ishhh tak payah laaa, buang duit kau aje! Dekat Penang pun ada la yang jual. Tak payah la sampai ke Sabah" Larangku keras namun Amsyar seperti selalu, degil tahap kutu di badan kucing. Hembusan kasar Aku lepaskan, serabut betul dia ini. Tahulah sayang adik, namun Aku taknak dia susahkan diri. Aku jeling sekilas ke arah kanan ku, timbunan parcel barangan bayi dan Ibu mengandung yang Amsyar hadiahkan. Haih la Abang...

" Tak apa laaa... Aku tunggu lama tau anak buah, sekali ni bagi la Aku bagi yang terbaik buat kau. Nak harap anak sendiri, Aku pun taktau bila Aku nak kahwin" Nada suaranya jelas kedengaran jauh. Aku gigit bibir lembut, rasa bersalah masih berbekas di hati. Akhirnya...

" Iyalah...tapi kalau tak ada jangan cari, balik je terus. Nanti Mama risau pula..."

" Alaa, dah alang-alang Aku dekat sana, cari bakal bini terus la" Sempat lagi Amsyar berseloroh.

" Kirim salam dekat Danisya, bagitahu dia Pak Cik dia ni tengah on the way cari Mak Cik buat dia, nanti tanya Isya nak apa, kau bagitahu Aku" Ini satu lagi, dengan Danisya jarang lah dia lupa. Rapat sangat macam isi dengan kuku.

" Iyalah, Assalamualaikum"

" Waalaikumussalam..."

Panggilan telefon diputuskan, Aku rengangkan sedikit badan. Aduh lenguh di kiri dan kanan. Perut yang sudah memboyot besar Aku usap dengan rasa kasih yang melimpah ruah. Hari ni mereka bertiga tidaklah terlalu aktif, tendangan pada perut juga hanya sekali-sekala. Aku tersenyum tipis.

" Jadi anak yang baik tau..." Bisikku perlahan.

" Adwa, makan malam dah siap!" Laungan suara Zar menyetakkan Aku. Kaki yang agak bengkak pula menyebabkan Aku tidak mampu melangkah laju, aduh mengah dibuatnya. Aku lihat Zar jengahkan kepala di sebalik pintu. Tidak...mungkin dia akan membebel buat kesekian kalinya. Tanpa banyak soal, dia dukung badanku, lalu diletakkan kembali di atas katil.

" Kenapa letak saya dekat sini? Awak cakap makanan dah siap"

" Tuuu, kaki lagutu bengkak ada hati nak jalan sana sini. Takpa nanti Aku belikan kerusi roda. Satgi nak tidur Aku urutkan hang punya kaki" Terharu dibuatnya. Aku anggukan kepala tanda setuju, bibir merah milikku mencium sekilas pipinya. Amboi terus dia senyum meleret hingga ke telinga.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now