BAB 55

3.9K 555 152
                                    

Recommended song: Selamanya Cinta by Shila Amzah & Alif Satarr

"Pak Cik nak turun laut bila?"

Terhincut bahu kedua-dua lelaki berusia itu. Mana tidaknya secara tiba-tiba sahaja disergah dari arah belakang. Nasib tidak gugur jantung ke lantai, Dipusing ke arah belakang dan di situ, adanya seorang lelaki muda sedang tersengih sambil menggaru kepala.

" Hang ni cucu si Khadijah tu ka?"

" Haa, saya Pak Cik" Zar mengangguk mengiyakan, perasaan malu sudah dicampak ke tepi, hal yang bermain di minda sekarang ini lebih penting.

" Ni pasaipa hang tanya kami nak turun bila? Awat hang nak ikut ka?" Pak Cik Hisyam menyambung kembali menjahit jala yang robek, baginya tidak mungkin anak muda seperti Zar berminat hendak turun ke laut, apatah lagi secara mendadak seperti ini.

" Haaa Pak Cik, kalau Pak Cik tak kisah saya nak turun ikut. Bini saya mengidam nak makan ikan fresh dari laut, tapi dia takmau hat beli dari pasar tu"

Pak Cik Hisyam dan Wak Aman berpandangan antara satu sama lain. Hendak ketawa tidak boleh, rasa terharu juga ada. Dipandang lama-lama wajah Zar yang penuh mengharap dan akhirnya bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

" Hang ni ok ka? Ni kalau orang yang tak biasa turun, satgi dia mabuk laut." Zar pantas geleng kepala. Tidak kira, dia harus ikut! Permintaan Adwa harus dia turuti. Apalah sangat mabuk laut kalau hendak dibandingkan dengan anak-anak yang ditunggu selama sembilan tahun?

" Takpa Pak Cik, saya ni tentera laut. Biasa dah dekat laut-laut semua ni"

" Hang yakin?"

" Ishhh takpa aih Pak Cik, paling kurang pun saya dah bawak minyak angin plastik muntah semua" Ditayang beg kecil di hadapan mereka bedua. Hampir berminit juga dan akhirnya mereka berdua mengangguk setuju. Zar senyum senang, lega rasa di hati.

" Hang tunggu Adwa! Aku bawak balik untuk hang!"

" Awak...saya nak minta something boleh?"

Zar jeling sedikit ke arah isterinya, buku di tangan ditutup lalu diletak ke tepi, duduknya pula diperbetulkan agar menghadap lurus ke arah Adwa. Kening pula terjungkit naik ke atas.

" Hmm hang nak apa? Buah rambutan hat Aku petik semalam banyak lagi, pokok durian kat belakang rumah baru nak berbuah. Kalau nak kata kek tapak kaki kuda Pak Lebai Aku dah tolong battlekan tadi, dah dapat. Sambal nyuk dari Khairul Amung pun dah beli, nak apa lagi?"

" Errr saya...saya nak" Tergagap-gagap Adwa hendak teruskan kata. Aduh dia sedang mengidam sesuatu sekarang, kalau diabaikan tidak lena pula tidurnya.

" Hmmm nak apa sayang? Nak Aku ka?" Zar sudah tersenyum nakal namun tangan milik Adwa laju menampar sisi bahu lelaki itu. Gatal! Makin tua makin merenyam seperti ulat bulu.

" Aduhhh, kita tanya dia tampaq kita pulak. Lekaih hang nak apa, dah lewat dah ni satgi baby dalam perut tu letih pulak" Adwa genggam tangan Zar, sekali ini sahaja dia akan susahkan Zar, selepas ini dia janji dia tidak akan meminta yang bukan-bukan lagi.

" Saya nak makan ikan!"

" Haihh? Ikan dalam peti ais dah banyak. Siap dengan belut hang nak makan pun Aku dah pi tangkap dalam selut. Hang nak makan ikan apa? Ikan paus? Kaa ikan spesies dinosaur?"

'" Ishhh bukan lah! Memang laa ikan dah banyak tapi Saya mengidam...nak makan ikan fresh yang baru naik dari laut. Ikan bila fresh isi dia sedap, rasa manis-manis macam tu..."

Terdiam Zar, dipandang wajah Adwa lama sebelum raut isterinya itu sudah bertukar sebek. Zar cukup tahu, Adwa kalau mengidam sesuatu dan selagi ianya tidak ditunaikan, malam wanita ini tidak akan lena. Lama dia berfikir sebelum hatinya bulatkan satu keputusan.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now