BAB 51

9.7K 740 136
                                    

Seluruh Cinta by Craka Khan& Siti Nurhaliza

" Degupan jantung dia makin drop!"

" Call Doktor Muhammad STAT!"

" Dia bleeding teruk, lengan, wajah dan separuh badan melecur tahap tiga! Keberangkalian melecur tahap empat juga ada!"

Langkah kaki milikku pantas mengikuti petugas hospital yang sedang mengusung tubuh Zar. Ingin Aku genggam erat tangan miliknya, cuba menyalurkan hatta walaupun sedikit kekuatan Aku walhal diri sendiri sudah pun hancur sehancurnya.

" Puan, Puan tak boleh masuk!" Salah seorang daripada mereka menghalang Aku daripada terus melangkah. Aku tolak sedikit tangan nya, malah masih berusaha untuk masuk lebih dalam lagi. Zar, suamiku sedang terbaring tidak sedarkan diri. Wajahnya luka sana sini malah terlalu pucat bibir itu bagaikan tiada nafas yang berhembus.

" Tolong...saya merayu izinkan saya masuk...saya takkan sentuh dia...saya...saya"

Mati ayat Aku. Tiada lagi kata yang mampu Aku tuturkan apabila pintu wad kecemasan itu ditutup erat dihadapan Aku. Tanggisan semakin menggila bahkan tiada tanda ianya bakal berhenti. Sakit rasanya hati, malah terasa ia juga menyesakkan dada.

" Zar...Zar..." Aku bangun kembali, kaki milikku terasa lemah mendekati cermin kecil yang ada di muka pintu wad itu. Dalam kabur pandangan dek air mata yang tidak henti mengalir, Aku jengahkan kepala untuk melihat situasi di dalam sana.

Zar kaku, terbaring tidak sedarkan diri di atas katil yang putih bersih, darah pekat mengalir dari celahan bibir miliknya malah membasahi cadar katil. Wajah yang selalunya merah hangat kini pucat bagaikan tiada darah yang sedang mengalir. Separuh kanan badan miliknya terdedah, kesan melecur dan terbakar hingga nampak isi daging miliknya. Aku pejam mata dan akhirnya badan Aku terduduk di sebalik pintu wad ini.

" Allah...Allah...."

Aku sembamkan muka di lutut, sakit nya Ya Tuhan...sakitnya apabila Aku lihat dia seperti itu. Hampir beberapa saat dan Aku rasakan bahu milikku disentuh seseorang.

Perlahan-lahan Aku palingkan wajah dan Aku lihat Arthar sedang memandang Aku dengan padangan yang paling Aku benci. Pandangan yang sarat dengan simpati seolah-olah Zar sudah pergi meninggalkan Aku. Tolong....Tolong jangan lemparkan pandangan seperti itu...

" Hang pun luka...pergi check dulu, nanti Aku bagitau kalau doktor dah keluar" Aku tepis kasar tangan milik nya, laju kepala ku menggeleng tanda tidak bersetuju. Ketika ini keadaan Zar lebih penting dari diri Aku. Esak tanggisan cuba Aku kawal semampu yang Aku boleh.

" Tak...saya nak tunggu sini...saya nak tunggu Zar, macam mana kalau dia cari saya?" Sebak Aku tuturkan ayat itu walaupun Aku tahu tidak mungkin Zar mampu membuka mata ketika ini.

" Adwa" Arthar masih cuba memujuk tetapi Aku tetap berdegil. Dapat Aku tangkap hela nafas panjang miliknya. Mungkin sebal dengan perangai Aku. Mata terasa pedih malah bengkak juga. Aku tatap pintu wad itu, menanti ianya terbuka dan membawa khabar gembira dan bukanya duka.

" Takpa kalau hang takmau, Aku panggil nurse tu tengok luka hang kat sini" Bagai orang bodoh, terasa ayat itu hanya berlalu seperti angin.

Bagaimana kalau dia betul-betul pergi tinggalkan Aku?

Bukankah dia sudah berjanji?

Bukankah Zar sendiri yang kata bahawa dia akan sentiasa ada dengan Aku? Aku kenal Zar, dia tidak mungkin akan berjanji kalau tidak dapat dia kotakan.

Aku hulurkan tangan apabila ada satu pembantu kesihatan meminta untuk membalut luka di lengan. Sapuan iodin pada belahan luka yang sepatutnya pedih juga tidak terasa. Saat ini segala rasa sakit sudah melayang keluar. Apalah sangat rasa sakit Aku kalau hendak dibandingkan apa yang sudah Zar lalui.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now