BAB 49

10.5K 685 122
                                    

Tiada dirimu by Shila Amzah.

Terasa angin lembut menampar pipiku. Pegangan pada pinggang Zar terasa goyah lalu cepat-cepat Aku eratkan. Entah kemana dia ingin membawa Aku, dari tadi kayuhan basikal meredah semak samun dan juga tanah merah yang berlecak. Jalan yang langsung tidak pernah Aku telusuri sepanjang Aku berada di kampung ini.

Ada sahaja idea di benak pemikirannya. Namun hati ini disapa rasa hangat yang semakin mekar dari hari ke hari. Tidak dinafikan lagi, layanan dia, kata-kata dia, dan segala gerak-geri dirinya membuatkan Aku lupa akan cinta lalu. Aku rasa...Aku mulai cintakan dia.

Terlalu cinta hingga tiada kata yang mampu Aku gambarkan.

" Lama lagi ke Zar?" Soalku padanya.

" Lagi lima minit sampai laa, hang ni berat sangat serupa bawak saka, sebab tu susah Aku nak kayuh" Aku tampar lembut bahunya, berat empat puluh tujuh boleh pula dia kategorikan berat? Apa punya perangai la. Aku sandar kepalaku pada bahagian belakang badanya.

" Kalau saya ada saka sekalipun, awak dapat two in one tau. Bini real, bini hantu" Sengaja Aku lontarkan ayat bodoh.

" Pastu hang nak heret Aku sekali pi neraka? Takmau la Aku" Aku berdecit perlahan, mulut tu kan...kalau ada peluang memang sudah lama Aku sumbat dengan cili api. Menyakitkan hati sahaja. Tetapi...Aku suka.

Auchh, gatal betul kau ini Adwa! 

Aku toleh ke arah langit di atas, sudah jingga kemerahan. Budak-budak kampung pun rasanya sudah dihambat pulang oleh ibu mereka. Apa laa yang dia rancang ini? Sudah lah sekarang sudah pukul enam lebih. Hampir tujuh minit kayuhan akhirnya dia berhenti mengayuh. Aku toleh sekeliling, persisiran pantai namun langsung tiada kelibat manusia lain kecuali kami berdua.

Jadinya dia sanggup meredah laluan hutan pak kaduk mana semata-mata ingin membawa Aku ke sini? Terharu dibuatnya!

" Dah turun" Pantas Aku turun dari basikal miliknya. Ouhh iya, basikal ini juga dia baru sahaja beli. Alasan? Supaya senang nanti dia berlumba dengan budak-budak kampung. Katanya basikal tua Nek Khadijah sudah terlalu nazak, tidak mahu kejadian dulu berbuah dua kali.

Umur hampir tiga puluh an, tetapi perangai serupa tiga belas tahun betul.

" Adwa sat" Belum sempat Aku berlari anak menuju ke persisiran pantai, dia tiba-tiba memeluk kejap belakang badanku, tangan miliknya melekap kemas pada pinggang Aku. Merah padam wajahku, apa dia ingat ini drama hindustan? Tangan nya pula lembut membetulkan shawl jersi yang melilit di kepala, celahan anak rambut  yang terkeluar dikemaskan lalu beberapa saat kemudian, dia cium dahiku sekilas.

" Aku takmau laa orang lain nampak aurat perempuan Aku" Haa sudah, terasa jantung Aku ingin melompat keluar dari dada. Aduh, kenapa manis sangat dia ini?

" Bukanya dekat sini ada orang  lain pun"

" Still..." Dia lirik perlahan ke arah wajahku, lalu tangan miliknya memimpin Aku menuju ke hujung persisiran pantai, lalu dilabuhkan punggung di atas pasir-pasir putih di situ. Aku juga mengikut perlakuan nya. Warna jingga di langit sana sudah mula menunjukkan diri. Sungguh, takkan jemu sehingga hari tua pemandangan seperti ini.

" Cantik" Gumamku perlahan. Tanpa Aku jangka, Zar tarik perlahan tubuhku lalu dia isyarat kan supaya Aku letakkan kepala Aku di dadanya. Terasa kecil apabila berada di dalam dakapan nya. Dapat Aku dengar bertapa damai nya detak degupan jantung miliknya.

Zar ini besar ragam orangnya. Tinggi pun iya, bagi perempuan seperti Aku dan juga wanita di luar sana, dia adalah lelaki ideal untuk dijadikan tempat berlindung. Terasa selamat dalam pelukan dirinya.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now